Glitter Words

Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan ( Rahsia-Rahsia Puasa )

Di dalam kitab Sair as-Salikin oleh al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syeikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani رحمه الله, pengarang menyebut:

فصل في أسرار الصوم وشروطه الباطن
Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama - Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu
Darjat Kedua - Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:
(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah. Sabda [Nabi] صلى الله عليه وآله وسلم:

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي)

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.
Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

خمس يفطرن الصائم، الكذب، والغيبة،
والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة – رواه الأزدي، ضعيف (العراقي)

Ertinya: 5 perkara yang membatalkan (pahala) puasa: (pertama) berdusta; (kedua) mengumpat; (ketiga) mengadu-ngadu akan orang; (keempat) bersumpah dengan dusta; (kelima) melihat akan sesuatu dengan syahwatnya, yakni dengan ingin.
(Kedua) memelihara lidah:
  • daripada perkataan yang haram dan
  • daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan
  • memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan
  • daripada mengumpat akan orang dan
  • daripada mengadu-ngadu akan orang dan
  • memelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan
  • memelihara pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan
  • memelihara daripada memaki orang.


Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu
  • melazimkan diam dan
  • masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
  • membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid رحمه الله تعالى

خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب
Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa. (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) seyogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) seyogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yankni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhiratdan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة

Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:


Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

Usahakanlah paling kurang puasa peringkat kedua. Semoga kita memperolehinya dengan rahmat dariNYA.

Friday, July 8, 2011

Sukar Nya Kalau Terlalu Sayang


salam semua-semua..semoga Allah mengampunkan dosa kita sebagai umat islam yang sentiasaa dalam kesilapann..amin.semua orang bersalah,semua orang berdosa,semua orang pernah merasa menyesal dan semua orang pernah merasai kecewa..hakikatnya adalah kerana sayang..

Sayang dan kasih untuk Allah adalah yang terrrrbaikk dan selamanya.Itulah janji kita bilamana kita baca doa iftitah dalm setiap solat .sesunguhnya,solatku,ibadatku,hidup ku,dan matiku semuanya hanya untuk Mu ya Allah..

Namun kita sedari bahawasanya Allah telah menjadikan semua makhluk dialam ini berpasangan.si jantan dengan si betina,si lelaki dengan perempuan..Indah terlalu indah..maklumlah kalau dah sayang dan kasih semua sangup diberi.semua benda nak dikongsi,dan semua perkara hendak dirasai bersama,masa tulah saat di dunia yang kononya paling manis..u jump i jump...hehe.

itulah keindahan kasih sayang,seorang suami yang kasih akan isteri ,seorang sahabat yang kasihkan sahabat yang lain dan seorang yang dalam percintaan akan cuba mengasihi kekasihnya.ini sememangnya hakikat..

Namun,setelah hidup di alam pekerjaan yang dirasai setiap hari,hakikat kasih sayang serta fitrah cinta mencintai itu makin hari makin entah kemana,kadang-kadang si suami buat hal,kadang-kadang si isteri buat hal..apa yang lebih menyayat hati sekarng ni kadang-kadang kaum adam terus dimain-mainkan dengan ketidakjujuran si isteri..kalo dulu kita rajin dengar suami main kayu tiga,tapi sekarng macam hampir nak terbalik,kadang-kadang bukan setakat si isteri main kayu tiga tapi tak terkira kayunyaa..entahlah akhir zaman.

Apa yang lebih menyedihkan,bila kasih dan sayang serta kepercayaan yang tinggi pihak suami atau lelaki telah cuba beri kepada si isteri diperkotak katikan..kesian si lelaki ni,terus terperangkap dalam dilema.kadang-kadang ada yang kata saya terlalu sayangkan dia,saya tak buleh ceraikan atau lepaskan dia..Allahurabbi,betapa kasihnya manusia kepada manusia.tulah fitrah,kita mungkin tak merasai tapi bagi mereka umpama diluah mati emak ditelan mati anak , so terpaksa lah dikemam.namun apabila dikemam, buat si suami,sangupkah kita membiarkan isteri-isteri kita yang kita ikat kasih nya dengan ikatan pernikahan yang ikhlas kerana Allah itu terus hidung didalam maksiat? hal ini terlalu menyedihkan...bagi yang meluahkan dekat saya,saya cuma cakap usha dan doa,mintak jalan yang terbaik.bagi peluang dan kalo tidak mampu lage kita lepaskan dengan jalan yang elok.

itulahh,kadang-kadang agak susah bila dah terlalu menyangi seorang hamba,tapi apakan daya,kita sedekit pun tak mengetahui tentang masa depan,apa yang kita sangkakan kejujuran yang kita bagi kepada dia dan kasih sayang sudah cukup untuk dia pelihara hubungan dan cinta kita..akhir zaman, semuanya terlalu mudah,hubungan tanpa batasan yang digunakan dengan cara yang salah,lama kelamaan bukan setakat hancur sebuah istitusi kekeluargaan bahkan satu hari akan hancur sebuah nilai2 keislaman.

Akhirnya, biarlah kasih sayng kita kepada Makhluk itu kita serahkan dekat Ilahi kerana dia maha mengetahui kejujuran,keikhlasan dan segalnya di dalam setiap hati hambanya.selaku hamba dan manusia biasa,kita sering lupa dan kadang teringkar dalam janji kita untuk mentaati Allah apatah lagi dengan janji kita yang kita cuba taburkan kepada sesama manusia lagilah banyak yang kita ingkari..

Semoga segala yang berlalu kita jadikan pengalaman dan pengajaran agar kita tidak tersilap buat selamnya dan terus jatuh didalam kemurkaan Allah.Astaghfirullah...wallahualam.wasalam

Wednesday, June 29, 2011

Hidup Ku Kini


salam.buat semua-semua terutamanya sahabat yang selalu bersama-sama didalam susah dan senang berjuang untuk menegakan agama Allah dari sudut usha dunia dan akhirat.

huhhh..dah dekat sebulan lebih tak menulis dalm blog ni,rindu rasa..inagat lagi haritu pas siap2 exam blik kampung 5 mei 2011,tarikh keramat jugak lah tu sebab 3 taun duduk belajar kat kedah.Allhamdulillah lepas keputusan keluar hari tu maka habislah cerita pengajian dgree kat negeri jelapang padi tu..

ermm pengalaman kat sana macam2,apatah lagi dengan kawan-kawan rapat serumah dari zaman diploma hingga dgree.terima kasih buat korang semua faizul,yassar,alak, ed, n pian..untuk faizul selamat masuk ke alam baru selamat pengantin baru n cepat-cepatlah bagi hj Kesah timang cucu..hahaha..pastu buat pian takziah atas kematian ayah nya.Allahyarham Yuob bin Md Ripin.semoga dicucuri rahmat..amin.

pasal result peksa,boleh lah dkatakan tak berapa percaya, sebab sem lepas lah kira sem yang palin banyak program dan kerja dan paling banyak isu.pepun Alhamdulillah Allah bagi apa yang kita ushakan n Allah akan kenangkan pegorbanan kita untuk agama dan masyarakat islam.bila natijah kuor ada sahabat-sahabat yang suruh amik je kesempatan buat PHD terus,akak n mak pun ada bge cadangan.maklumlah benda ni peluang dan rezeki.Tapi bila ditanyakan kat hati kecil ni,hati ni kata ,takpe bro, relax dulu nanti sambung n sekarang kerja dulu.hehehe..insyallah niat memng nak sambung tapi nantilah mungkin belum masa yang sesuai dan ada sebab tertentu.


(Nilah bilik aku,terlalu cantik buat budak2 bru nak belajar..mekasih bos..hehe)

lepas seminggu sampi umah, tanggal 9 hb Mei adalah hari pertama aku masuk kerja,kerja di firma guaman akak (Tetuan Eidah Sulaiman& Co) ..Alhamdulillah mula-mula memang lah tak nmpak punca, tapi ni dah dekat msauk 2 bulan dah nmpak lah punca-puncinya..hehe.mudah-mudahan dipermudahkan semua-semua.insyallah kalo tak ada aral melintang bulan 10 ni akan ada exam untuk Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor.so, buat sahabat-sahabat doakanlah apa yang terbaik ye..cepat dapat tauliah, cepat jadi peguam n leh lah mula fikir nak memanjangkan masa depan n memanjangkan zuriat..hehe.insyallah

Lagi satu buat teman-teman n ustaz-ustaz Pemuda kawasan Muar, insyallah ana akan tetap bersama waloupun kadang-kadang sampi usrah lambat sikit.maklumlah kuor opis dah pkul 6 sampi umah 6 suku.pepun tu bukan alasan yang penting kita kena berjuang..bukan hanya nak tumbangkan pihak lawan tapi matlamat utama nak membantu menegakkan islam dan membantu masyrakat yang kurang faham akan islam agar sama-sama dengan kita dan tak lupa membantu diri ni ke arah yang lebih baik..amin

(ni teman punya opis ujung minggu,yang ni tak ada econ..memang gelap lah sikit kulit.ni tak banyak lage barang sebb bos tak bge bwak kuor banyak sangt nanti cepat sangat jadi kaya..hehe kat kedai banyak)

apa lagi ek?? hah lagi satu buat sahabat yang nak beli kurma n keropok Patani dan macam-macam lagilah barang produk muslim hubungi-hubungilah teman disini.insyallah harga boleh runding atau call talian 019-2183465 (Sarahira enterprise)...waloupun hanya jadi pekerja hari minggu dipasar tani n ditapak ceramah tapi insyallah harga memang tip top n boleh nego..haha.selalu teringat pesan Dr Faraid Ali Jalbat.dia kata kamu meniaga dapat 9/10 rezeki dan dalam pada tu kalo kamu bekerja dengan orang lain kamu akan dapat 1/10.natijahnya sape buat busnes dan bekerja dia akan dapat 10/10 rezeki..insyallah..

ok lah.dah siap dah rasanya taqwim 2 bulan lepas diceritakan.so jangan lupa 9 julai ni.sama-sama meramaikanya..ok.salam ukhwah dan seribu kemaafan.salam israk mikraj dalam sama-sama kita menghayatinya.wassalam.

Golongan Umat Islam


SABDA RASULULLAH S.A.W. MENGENAI GOLONGAN UMAT ISLAM

Dalam sejarah Islam telah tercatat bahawasanya ada beberapa firqah (golongan) dalam lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain amat jelas dan nyata perbezaannya.

Sesiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan mendapati di dalamnya beberapa firqah-firqah. Antaranya ialah Ahlussunnah wal Jama’ah, Mu’tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Syiah, Mujassimah, Bahaiyah, Ahmadiyah dan sebagainya.

Banyak hadith-hadith yang membicarakan akan adanya firqah-firqah yang berselisihan fahaman sesama umat Islam.


Hadith pertama

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Maka bahawasanya sesiapa yang hidup (lama) selepasku daripada kalangan kamu, nescaya akan melihat perselisihan (fahaman) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Khalifah ar-Rasyidin yang diberi hidayah.Berpegang teguhlah dan gigitlah dengan gerahammu.”
[Hadith riwayat Imam Abu Daud dan lain-lain. Lihat sunan Abu Daud m/s 201]

Hadith kedua

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam :

“Akan ada dalam lingkungan umatku 30 orang pembohong dan mendakwa bahawa dia adalah Nabi. Aku adalah Nabi penutup, tidak ada lagi Nabi sesudahku”.
[Hadith riwayat Tirmidzi. Lihat Sahih Tirmidzi juzu’ 9 m/s 63]


Hadith ketiga

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam :
“Ada dua firqah dari umatku yang pada hakikatnya mereka tiada sangkut paut dengan Islam, iaitu kaum Murji’ah dan Qadariyah”.
[Hadith riwayat Imam Tirmidzi.]


Hadith keempat

Daripada Hudzaifah r.a., beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam :

“Bagi tiap-tiap umat ada majusinya, dan majusi umat aku adalah orang yang mengingkari takdir. Kalau mereka mati jangan hadir pengkebumiannya dan kalau mereka sakit jangan dijenguk. Mereka adalah kelompok dajjal. Memang Allah berhak memasukkan mereka dalam kelompok dajjal.”
[Hadith riwayat Abu Daud, Sunan Abu Daud]


Hadith kelima

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Telah berfirqah orang yahudi diatas 71 firqah dan orang nashara seperti itu juga, dan akan berfirqah umatku diatas 73 firqah”
[Hadith riwayat Imam Tirmidzi.]


Hadith keenam

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu.”
Sahabat-sahabat mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?”

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

“Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku (I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmidzi]


Hadith ketujuh

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Demi Tuhan Yang Memegang jiwa Muhammad ditangan(kuasa) Nya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka”.

Bertanya para sahabat:
“Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka) itu Ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab sollallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
“Ahlussunnah wal Jama’ah”.
[Hadith riwayat Imam Thabrani]


Hadith kelapan

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Akan ada segolongan dari umatku yang tetap diatas kebenaran sampai hari kiamat dan mereka tetap atas kebenaran itu”.
[Hadith Sahih riwayat Bukhari]

dari:

Monday, May 2, 2011

Adil Dalam Islam Bukan Sekadar Kesamarataan


ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah)

Antara misi utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.

Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Adil membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.

Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya.

Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.

Pada masa sama, Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri.

Paling istimewa, sifat adil akan menghiaskan diri seseorang Muslim dengan perhiasan takwa iaitu neraca piawaian yang utama untuk memburu darjat istimewa di sisi Allah. Takwa, tiket yang tiada nilainya untuk menjejakkan kaki ke pintu syurga penuh kenikmatan.

Menurut Prof Dr Hamka, keadilan pintu terdekat kepada takwa, sedangkan rasa benci hanya menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah. Apabila seseorang Muslim menegakkan keadilan, jiwanya akan merasai kemenangan yang tiada taranya

Lawan adil adalah zalim dan zalim kemuncak kemaksiatan kepada Allah. Maksiat akan menyebabkan jiwa merana dan sengsara.

Seterusnya, Islam menuntut kepada seorang suami supaya berlaku adil kepada isterinya kerana Islam melarang sama sekali sebarang bentuk kezaliman dan penderaan dalam institusi rumah tangga. Oleh itu, jika suami merasakan tidak dapat berlaku adil, maka memadai mengahwini seorang isteri.

Begitu juga seorang Muslim yang diamanahkan memikul jawatan kadi supaya dapat bersikap adil, berwaspada serta tidak berat sebelah dalam memutuskan hukuman kepada pesalah biarpun daripada kalangan keluarga dan kerabatnya.

Sehubungan itu, Rasulullah menegaskan kehancuran umat zaman silam disebabkan pelaksanaan hukum bersifat berat sebelah iaitu melepaskan hukuman kepada orang berada dan dijatuhi hukuman kepada orang hina dina.

Diriwayatkan, Rasulullah bersumpah dengan nama Allah bahawa jika Fatimah anak perempuannya sendiri mencuri sudah pasti Baginda akan memotong tangannya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang pemimpin juga dituntut bersikap adil dan saksama dalam kepemimpinannya dan jangan sesekali melakukan kezaliman kepada manusia sejagat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kepimpinan itu satu amanah yang berat.

Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan

seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah)

Demikian betapa luasnya konsep keadilan dalam Islam. Justeru untuk menjamin kelangsungan Islam supaya terus bertapak di bumi Allah ini, konsep keadilan perlu disemai dan dibajai supaya bertunjang dalam kehidupan ummah sejagat.

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Saturday, April 30, 2011

Exam Sudah Habis , Selamat Tinggal Sahabat

( Kami ni degil sebab orang buat tema baju batik kami pakai baju melayu..
macam pengantin..)

Salam sekalian umat Nabi Muhammad ..

Sahabat-sahabat,semalam merupakan detik terakhir daku berada di bumi insaniah kuin sebagai seorang student..insyallah tak kena ulang paper..amin, dan insyallah semua subjek semester ni dapat yang markah terbaik..tak lupa jugak buat sahabat-sahabat Syariah semester akhir KUIN sesi 2010/2011,semoga hangpa semua dapat kejayaan yang tebaik berdasarkan apa yang dah kita usahakan..amin..

Sahabat2,jom kita renungkan bahawasanya Allah maha menilai setiap apa yang kita usahakan,dan Allah akan bagi setiap apa yang kita mohon kepada Nya dengan syarat diringi dengan amal ( Usaha ) kita..Namun kadang2 kita dah usaha sebaik mungkin tapi kita masih lagi kurang berjaya. Usahlah bersedih wahai teman2 ku.mungkin itu adalah ujian Allah kepada kita ,dia nak lihat sejauh mana kesabaran kita,sejauh mana kuatnya pergantungan kita dengan Nya dan sejauh mana ikhlas nya segala usaha dalam menuntut ilmu atau sebagainya hanya untuk mengharap keredhoan Ilahi..walauapapun terjadi jatuh bangun kita adalah hak milik Allah,cemerlang atau gagal adalah kehendak Allah,so kita kena yakin Allah akan tetap berikan yang terbaik untuk kita satu hari nanti seandainya sudah kita usahakan semampu kita...

Allah berfirman maksudnya " mintalah kepadaku (Allah) nescaya akan Aku maqbulkan "..

Allah berjanji akan maqbulkan doa kita apabila cukup syaratnya, tapi ada juga kekadang diri kita terdetik dalam hati -aku dah usaha tapi tak dapat apa pun -....jeng jeng jenggg...ermmm usah mengeluh saudara ku, cuba kita fikir sejenak,Allah tak pernah zalim terhadap hambanya,pernah tak kita terfikir,kalaulah doa kita atau usaha kita Allah tak maqbulkan sekarang,mungkin agaknya Allah ingin berikan kejayaan atau kebaikkan kepada kita pada masa akan datang, mungkin dalam rezeki kita bila dah bekerjaya,( dapat gaji beso n berkat) bila dah berumah tangga ( dapat suami ancem yang soleh / bini comel yang solehah) ataupun rezeki itu Allah berikan pada anak dan waris-waris kita nanti..alangkah indahnya dan hikmah nya sesuatu tu kalo kita cuba mendalami...Hanya Allah maha Mengetahui..

Panjang lah pulak...hehe.daku ni bukan lah pandai nak berceramah,cuma sekadar meluahkan n berkongsi pemikiran..wallahua'lam..

bila renungkan kembali,sebenarnya Insaniah ni merupakan pilihan terakhir buat toriquljannah selepas menamatkan pengajian di UDM dulu,maklumlah berlagak sangat nak pergi meser tapi Allah tarik nikmat semua tu,dah siap uruskan semua lepastu MOU batal..so tak dapat nak pergi..Namun aturan Allah sebaik-baik aturan,Toriquljannah telah dapat melanjutkan plajaran ke UDM tapi pada ijazah Usuluddin,kecewa lah pada masa tu bila tgk surat tawaran..lepas tu duk mintak pendapat ayah n mak .ayah kata pergi jelah,tapi daku pun cakaplah,nak try telefon Insaniah tanya tentang permohonan .Sekali dapat lah pulak..So pening sekali lagi kepala ni.dipendekan cerita toriquljannah tekad bersama 4 orang teman yang baik sejak dari kusza lagi.Mubarak, Sufian n Wan Suhaidi dan Khairi ( Allahummaftah Alaikum )..

kami berempat ni pergi daftar kat insaniah sebatang kara ,tanpa kehadiran mak ayah alak,pian n ed naik bus . daku dan wakdol naik kereta dari johor kete kesayangan ku (JAR 7629) dari tahun 2 kusza tu lah kereta aku..kereta veteran tahun 83 Nissan Sunny biru..hehehe.( takpelah t kalo dapat first class akak aku nak kuorkan kete kot..hehe ) Dengan kehendak Allah selama 3 tahun daku duk mengaji di Insaniah dan duk menetap di Kedah ni,macam-macam Allah bagi dekat sini,dengan ilmu yang banyak (tapi daku ni ilmu sikit je ),dengan sahabat yang baik,Doktor arab yang ancem-ancem hehehe...Paling syok sekali dekat kedah nilah tempat mengajar daku erti kesabaran dalam menuggu ikan makan umpan.Pergi mengail dengan ahli bait sampai pukul 3 pagi...Betul kata orang pengalaman tak boleh di jual beli..

Semalam tanggal 29 April 2011 telah berakhir nya pengajian toriquljannah di Insaniah..sekejap masa berlalu pergi..sedih, duka ,pilu semua ada..nak tinggalkan kawan2 rapat,tingalkan persatuan dan tingalkan segalanya tuttttt...hehehe.

(Malam Dinner Syariah 4 ..camat tinggal sahabat)

Namun , setiap segalanya mempunyai hikmah yang hanya Allah maha mengetahui..Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini di KUIN..ampun maaf dipinta zahir dan batin,segala salah silap , kekurangan dalam apa keadaan sekalipun dalam handel program ke,dekat dalam kelas , dekat luar kelas ke, diri ini pohon berjuta kemaafan ( maklumlah orang kata kita ni tegas hehe )..Buat semua , Ketahuilah saat yang indah dan pahit bersama kalian itu tak kan datang kembali ,ianya hanya sekali ,tetapi percayalah andai kita tidak dapat bertemu didunia Allah ini,kita akan tetap bertemu di Akhirat nanti...salam kemaafan dan salam perjuangan .semoga kita najah dengan sebaiknya dan bertemu di Konvokesyen nanti..amin(bagi ana bunga ehh..hehe)

Friday, April 15, 2011

Macamana Ending Nyawa Kita Nanti


Sahabat sekalian...
jom kita rojer video ni, bagi siapa yang dah tengok tu ,tak salah pun kita tengok banyak kali,sebab mengingati mati tu kan ibadah..lagi dekat kita dengan Allah mudah-mudahan..



Alakullihal, teramat benarlah firman Allah yang membwa maksud ( setiap umat tu ada ketetapan matinya..bila tiba saat ajalnya, maka tidak akan dilewatkan dan tidak akan diawalkan akan dia )

Allahumm tim alaina bi husnil khotimah, wa la tahtim alaina bisu'il khotimah..amin

Wallahua'lam