Glitter Words

Monday, May 31, 2010

Fatwa Jakim Mengenai Adakah Wujud ALLAH Bertempat


Pada kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM yang diterbitkan oleh JAKIM Bahagian Penyelidikan (1426H/2005M) pada Tajuk PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA pada Nom (5) M/S 7 dinyatakan oleh JAKIM: " Ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu dengan makhluk". JAKIM menyatakan lagi dalam ruang yang sama pada M/S 8: " Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagungan- Nya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang disepakati daripada Islam". Tamat nukilan dari JAKIM Maka, sesiapa yang berakidah Allah itu bertempat dan mengambil mana-mana ruang maka dia telah tersasar dari akidah sebenar kerana menyamakan Allah dengan makhluk dan wajib memeluk Islam kembali dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Dibawah ini adalah teks kenyataan JAKIM yang dinukilkan:









Seorang pegawai Akidah JAKIM pula mengatakan bahawa antara ciri pertama ajaran sesat adalah mendakwa Allah bertempat dan mengambil ruang. Ruju
k:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda. Maka disini Kami katakan: Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan. ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya. Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud: " Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah". Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud: "Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)". Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi. Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata: " Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat". Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq. Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah. Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan: " Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady. Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya): " Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy. Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu. Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata: " Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini". Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih. Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi. Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah. Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya". Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir". Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain. Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi". Wahai seluruh orang-orang muslim. Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam. Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik". Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.

abu-syafiq.blogspot

Saturday, May 29, 2010

Adakah Menjadi Masalah doa Selepas Solat ?


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ini satu risalah yang memadai bagi membahaskan Masalah Berdoa Selepas Sembahyang Fardhu Secara Berjemaah. Tujuan risalah ini untuk menerangkan kekeliruan yang timbul daripada suara-suara sumbang kejahilan yang tidak berasas. Kami bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hadis Sunat Berdoa Selepas Sembahyang, Hadis Berdoa Secara Berjemaah yang menjadi sandaran bagi masalah ini dan Keterangan bagi kekeliruan. Mudah-mudahan dapat difahami dengan jelas oleh seluruh kaum muslimin.

ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG.

1. Daripada Muaz, bahawasanya Nabi s.a.w berkata: “Ya Muaz! demi Allah! sesungguhnya aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa dengan doa اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ selepas sembahyang.”

2. Hadis daripada Abi Bakrah pada katanya: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ “Adalah Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa ini selepas sembahyang.”

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani dengan lafaz دُبُرَ الصَّلاةِ(mengiringi/belakang solat) pada hadis-hadis tersebut ialah selepas solat ( بَعْدَ الصَّلاةِ )dengan ijma’ ulama’, sebagaimana sabit dengan hadis:

3. Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w: “Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan? Bersabdanya: “Doa selepas solat fardhu ( بَعْدَ الْمَكْتوبَة ) terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

4. Mengeluarkan hadis ini oleh Thabari daripada Jaafar As-Sadiq berkata: “Doa selepas solat fardhu terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

5. Mengeluarkan hadis ini oleh Ibnu Syaibah daripada Al-Aswad Al-‘Aamiri daripada bapanya berkata: “Bersolat Subuh aku bersama Rasulullah s.a.w dan setelah selesai memberi salam lalu baginda berganjak dan mengangkat kedua tangannya berdoa.”

HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.

Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardhu, di antaranya:

1. Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Ausath daripada Qais Al-Madani: “…Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengingati Tuhan kami Azzawajalla di dalam masjid, tiba-tiba menuju Rasulullah ke arah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda: “Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan.” Berkata Zaid: “lalu aku serta sahabatku berdoa sebelum berdoanya Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami…”

2. Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hubairah daripada Habib bin Muslamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”

3. Tersebut di dalam Sahih Muslim pada Bab Harus Berjemaah Pada Solat Sunat. Selepas Nabi s.a.w bersolat sunat berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu baginda berdoa dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas: “Maka sembahyang Nabi dengan kami… kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat… dan adalah akhir doanya bagiku: “Ya Allah! perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas.”

4. Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Kabir daripada Ibnu Abbas dan di dalam Al-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya: “Setelah sembahyang Rasulullah s.a.w solat Subuh, kemudian baginda menghadap kaumnya lalu berdoa, “Ya Allah! berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami.”

Telah menyebut kedua hadis ini oleh As-Samhudi di dalam Al-Wafaa dan rijal keduanya kuat, sebagaimana katanya.

Berkata Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Yusuf Al-Binuri di dalam kitabnya Maarifussunan (Jilid 3, muka 123): “Maka ini (hadis di atas) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah (dalil) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekalian negeri, iaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami (ahli feqah bermazhab Hanafi)…… dan berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab: “Berdoa disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf ulama’ dan katanya lagi: “Disunatkan berhadap imam ke arah makmum dan berdoa.”

KETERANGAN.

1. Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa :

(i) Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardhu dan sunat.

(ii) Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardhu dan sunat, jika hendak mengajar makmum atau menghendaki mereka mengaminkan doanya.

(iii) Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam. (sebagaimana sabit dengan hadis 1 dan 2).

(iv) Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

Peringatan!

Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas berdoa.

Adapun berdalil pada masalah ini, tidak semestinya dengan hadis yang terang-terang menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardhu, kerana apabila ‘Doa Secara Berjemaah’ itu sendiri telah sabit dengan sandaran hads-hadis di atas, memadailah ia sebagai dalil boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardhu.

Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah (peringatan/ceramah) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan Nabi dan Sayyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bid’ah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syara’, lebih-lebih lagi dilakukan di bulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Tarawih. Begitu juga masalah selawat ke atas Nabi s.a.w yang menyelangi Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.

2. Jika diterima perkataan mereka bahawa dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terang-terang, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah secara terang-terang, kerana firman Allah s.w.t :

وما آ تا كم الرسولُ فخذوه وما نهَا كم عنه فانتهوا . ( الحشر أية : 7 )

Maksudnya: “Apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu, hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”

Bahkan tidak ada satu pun dalil yang terang-terang di dalam kitab-kitab hadis yang melarang berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu, maka batallah perkataan mereka itu dan masuklah masalah berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu ini di dalam perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu ( وما آتاكم الرسول ) kerana ianya disandarkan dengan dalil-dalil syara’.

3. Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syara’ dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu bid’ah.

( الحديث ) مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ منه فهو رَدٌّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mereka-reka pada urusan kami (syara’ kami) sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami, maka perkara tersebut ditolak.”

Mentafsir Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Fathul-Mubin pada lafaz ما لَيْسَ منه (sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami) dengan katanya: “Daripada perkara yang menyalahi syara’ kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syara’ kami dan dalil-dalilnya yang umum.”

Berkata Imam Syafie: “Perkara yang direka-reka dan menyalahi Qur’an, sunnah, ijma’ ulama’ atau sandaran daripada sahabat, maka ianya daripada bid’ah yang sesat dan perkara yang direka-reka daripada kebaikan sedangkan tidak menyalahi sesuatu daripada yang tersebut, maka ianya daripada bid’ah yang elok.”

4. Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bid’ah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Qur’an dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu Feqah, Usuluddin, Tasawuf, Tatabahasa Arab, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan, ilmu Mantik, ilmu Sya’ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab- kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan Islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya.

Tidaklah mereka yang membid’ahkan doa berjemaah selepas solat fardhu, melainkan disebabkan kejahilan dan ketakburan. Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam. Hendaklah kita menuruti jejak langkah ulama’ dahulu yang muktabar dengan mempelajari ilmu daripada ahlinya supaya tidak tersesat dan menyesatkan.

والله أعلم

Dikeluarkan oleh:

Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim

Pelajar Pondok Pasir Tumbuh,

Kota Bahru, Kelantan.

Saturday, May 1, 2010

Jom kenal pak cik muhammad bin abdul wahab ( al wahabi ) !!



Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan pendapat Shaikh Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H adalah Golongan Wahabi manakala pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi ” Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )” .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.

ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN
Ahli Najd terbahagi kepada dua golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.


Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama’ fuqaha’ lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar’iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M.

ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama’ al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama’ al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka Akhirnya Ulama’ al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam.

Ulama’ Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar’e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar’iyah ( sekarang ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M.
Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.

WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah As-Syarif Ghalib b. Musaaid b. Said b. Saad b. Zaid. Lantaran itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa’edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah.

Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga mereka berasa amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin.
Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.

WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu’ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa’edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh ‘Bilik Nabi’ dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama’ melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi.

Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe’ seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya “ lambang bulan sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw’walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji)

Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun.

SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI

Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan al-Amir Faisal

SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra’ dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa’edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum bunuh.

Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa’edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa’d lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa’d untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya’ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan ‘Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar’yah kemudian melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka.

BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Amir Wahabi Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar’yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa’edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.

AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ;

Muhammad Ali Basha : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ?

Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ).

Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?

Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami

Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.

Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus

Muhamad Ali Basha : Apa ini ?

Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya bersama ku.

Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud.

Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)

Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif.

Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar’yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi’ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.

SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI

Ramai di kalangan Ulama’ Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama’ yang mu’tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.

Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke ‘Bab as-Thani’ mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan Wahabi bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu berhimpunlah sekelian ulama’ di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni. berbunyi : Wahai! Ulama’,Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..…

( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni at-Tamimi al-Kadzabi )

Kemudian ada pula daripada Ulama’, Qadhi, Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama’ menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama’ bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad ‘al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86 )

Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij. ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Sayafe)

Universiti al-Azhar es-Syerif