Glitter Words
Showing posts with label hAdiS dan KISaH. Show all posts
Showing posts with label hAdiS dan KISaH. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, ruk
uknya, sujudnya dan toma’ninahnya.

Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu.”

Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.

Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.

Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.

Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.
Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.


Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-’Ankabut, ayat 45)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan.” (Hadis riwayat Muttafaqa ‘Alaih).

Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.

Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.

Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.

Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.

Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.

Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, “Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu.”

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.

Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.

Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul ,beliau tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.

Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.

Sebagai kesimpulan :

  • Setiap kali solat kita akan bersuci, bertakbir, meng-Esa-kan Allah, bersyahadah, patuh kepada Allah. Dalam solat mengandungi perbuatan zahir dan batin.
  • Solat mendidik kita jujur, ikhlas, patuh dsb...
  • Semasa berwudu', seandainya kita meninggalkan salah satu anggota wudu', orang lain tidak akan tahu. Boleh saja kita tidak membasuh anggota wudu' kerana sifat tidak jujur... Tapi orang yang bersolat akan tetap menjaga anggota wudu' dan bersifat jujur & ikhlas.
  • Solat mendidik kita menepati masa.
  • Solat mendidik kita untuk patuh pada setiap perbuatan solat, yang akan mendorong kita untuk patuh kepada suruhan Allah yang lainnya.
  • Solat mendidik kita untuk merendah diri di hadapan Allah.
  • Solat menguatkan tauhid kita kepada Allah, kita tidak melihat Allah, tetapi kita percaya kepada Allah dan kita sembah hanya Allah.
  • Dan banyak lagi...

Friday, June 11, 2010

Golongan Yang Paling Banyak Menjadi Penghuni Syurga & Neraka


salam semua-semua..bagi yang mendirikan rumah dan tangga tu selamat pengantin baru diucapkan barakallahu lakuma wa jamaa' bainakumma bilkhir..Amin.
sebelum pergi solat jumaat selepas penat bekerja ni ternampak lah pulak tajuk yang best dan ada bahan untuk dirujuk.sebelum ni asyik cerita tentang wahabi je kan.


Menurut setengah hadis,Rasulullah pernah menjelaskan bahawa majoriti penghuni Syurga Allah adalah terdiri daripada golongan orang mukmin yang miskin dan susahmanakal penghuni-penghuni neraka pula adalah terdiri dari golongan wanita.ini adalah berdasarkan sebuah hadis dimana rasulullah pernah bersabda :

اطلعت على فوجدت اكثر اهلها الفقراء واطلعت على النار فوجدت اكثر اهلها النساء
(hadis Riwayat Bukhari )

Maksudnya :
(Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan perempuan.)


jadi berdasarkan kepada keterangan hadis tersebut,maka jelaslah kepada
kita bahawa golongan orang mukmin yang miskin dan susah adalah merupakan golongan yang paling ramai mendiami syurga Allah.dan golongan miskin ini juga mendahului memasuki Syurga Allah daripada orang kaya,ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah yang membawa maksud :


(Wahai golongan orang susah ! ingatlah aku menyampaikan berita gembira untuk kamu bahawa orang-orang mukmin yang miskin akan memasuki Syurga sebelum orang kaya dengan separuh hari,iaitu lima ratus tahun.)

Berdasarkan hadis yang menyatakan golongan yang paling ramai mendiami neraka Allah adalah golongan wanita.maka seharusnya dan sewajarnya dan sewajibnya kaum wanita perlulah memberi perhatian dan memandang serius mengenai hal ini dan hendaklah cuba berusha supaya membaiki diri daripada semasa kesemasa.

sememangnya begitu mudah bagi golongan hamba seperti kita tidak mengira lelaki dan wanita untuk terjebak dengan dosa terhadap Allah.namun bagi wanita dirinya lebih banyak yang patut dijagai dan dipelihara seperti aurat mereka,pergaulan mereka,kata-kata mereka dan tanggunjawab mereka dalam sama-sama membentuk sesebuah institusi kekeluargaan bersama suami yang tercinta.

Namun seharusnya kita berdoa agar kita sama-sama tetap menjadi hamba yang mnginsafi diri dan cuba beramal dalam kebaikkan dan disertakan dengan amalan saling nasihat menasihati kerana ianya adalah bermanfaat bagi sekalian umat islam..wallahua'lam.


Thursday, February 25, 2010

Akan Terjadi Orang yang Mencintai Lima Perkara Dan Melupakan 5 Perkara




سيأتي على امتي زمان يحبون الخمس وينسون الخمس . يحبون الدنيا وينسون الأخرة ,و يحبون الحياة وينسون الموت , و يحبون القصور وينسون القبور , و يحبون المال وينسون الحساب ,و يحبون الخلق وينسون الخالق.

Akan datang pada umat ku satu masa dimana mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara pula.Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat,mereka mencintai kehidupan dan melupakan kematian,mereka mencintai gedung dan melupakan kubur,mereka mencintai harta benda dan melupakan hisab,mereka mencintai makhluk dan melupakan penciptanya.

Didalam hadis ini,tersirat suatu peringatan dari Rasulullah saw ,akan tibanya satu masa dimana pada waktu itu orang sudah mula mencintai dalam hal-hal yang bersifat keduniaan dan secara tidak langsung mereka lupa dalam mencintai hal-hal yang bersifat keakhiratan padahal seharusnya kita menyedari bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang hanya bersifat sementara dalam rangkaian untuk kita menuju ke penghidupan yang hakiki.kehidupan kita ini boleh lah dianggap sebagai seorang musafir yang akan menempuh perjalanan jauh maka dalam masa yang lama dari masa untuk mereka memulakan perjalanan mereka sudah siap sediakan bekalan sebanyak mungkin untuk menjadi bekal dalam perjalanan,dengan adanya bekalan itu sudah pasti dirinya akan dapat mencapai tujuan dengan selamat.sebaliknya sekiranya mereka hanya duduk sahaja tanpa berusha sudah pasti sewaktu dalam perjalanan mereka tadi penuh dengan kesensaraan,penderitaan yang silih berganti akibat tidak adanya bekalan yang sempurna.ini sudah pasti sebab setiap perjalanan memerlukan bekalan.

Sahabat ku kaum muslimin sekalian,

Dunia adalah alam yang fana.ertinya segala yang ada dalam dunia ini akan mengalami kerosakkan dan kehancuran.bukan hanya manusia tetapi semesta alam juga akan hancur ,kebahagiaan ,kemewahan,kegembiraan semuanya akan lenyap tidak ada sesuatu pun yang bernama makhluk di dunia ini akan kekal abadi.akan tetapi semua benda yang tidak abadi ini amatlah disenangi semua manusia.manusia terus mencintai kemewahan,kekayaan dan sebagainya yang terkadang terus terlupa akan pemberi nikmat-nikmat tersebut.Padahal telah pun disebut bahawa dunia ini adalah tempat lintasan sahajadalam rangkaian perjalanan menuju akhirat.

Allah berfirman :

Hai kaumku, Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah kesenangan (sementara) dan Sesungguhnya akhirat Itulah negeri yang kekal. ( Surah Al-Mukmin -39)

Cinta kepada dunia itu boleh terjadi dalam berbagai-bagai bentuk.seorang yang tetap meneruskan tidur setelah masuk waktu solat sehingga habisnya waktu solat mereka juga termasuk dalam golongan yang mencintai dunia,mereka yang membelanjakan hartanya terus kepada keduniaan lalu melupakan tanggunjawabnya dalam member nafkah kepada keluarga juga termasuk dalam golongan yang mencintai dunia.

Oleh sebab begitu halusnya pujukkan dunia yang dapat melupakan akhirat ,sebaiknya haruslah kita berhati-hati dalam setiap tingkah laku kita.Dalam hal ini Allah telah berfirman :

Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.( Surah Lukman : 33 )

Sahabat sekalian ,

Mati adalah suatu keadaan yang pasti dialami setiap orang,tidak ada seseorang pun yang mampu lari daripada kematian walaupun ianya berusha kuat dalam terus melarikan diri darinya,seolah-olah mati itu tidak akan terjadi ,padahal mati itu datangnya tidak diduga.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Akraf : 34


Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu,Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

Dizaman akhir ini sudah termasuk zaman akan terjadi orang-orang yang melupakan mati,mereka terlalu sibuk dan tenggelam dalam kenikmatan hidup seolah-olah hidup mereka itu kekal abadi ,maka mereka akan berbuat seenaknya sendiri dengan mengikut semua kehendak hawa nafsu.

Sahabat siding pembaca sekalian,

Dalam membangun gedung atau rumah-rumah yang besar ,megah tidak pernah sekali pun dilarang oleh agama islam,bahkan lebih baik jika umat islam mempunyai rumah dan gedung-gedung yang indah dan besar.hal ini disenangi oleh rasulullah dan rasul sendiri bangga bila ummahnya semua kaya ,memiliki segala keindahan akan tetapi janganlah kerana rumah indah itu lalu mereka lupa akan rumah terakhir mereka iaitu kubur.

Ketahuilah bahwa kuburan itu merupakan satu tempat permulaan diantara tempat diakhirat.Saidina Utsman bin Affan apabila jalan di kuburan dia berhenti seketika dan menangis,ketika ditanya megapa beliau menangis,beliau menjawab.saya mendengar Rasulullah bersabda : Kubur itu merupakan permulaan dari tempat-tempat di akhirat,apabila orang selamat dari seksa kubur, maka lebih selamat lagi keadaanya seterusnya.

Sabda Rasulullah saw :

القبر اول منزل من منازل الأخرة وأخر منزل من منازل الدنيا

Kubur itu adalah permulaan tempat dari tempat-tempat diakhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat di dunia.

wallahua'lam.