Glitter Words
Showing posts with label CoREtan. Show all posts
Showing posts with label CoREtan. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Exam Sudah Habis , Selamat Tinggal Sahabat

( Kami ni degil sebab orang buat tema baju batik kami pakai baju melayu..
macam pengantin..)

Salam sekalian umat Nabi Muhammad ..

Sahabat-sahabat,semalam merupakan detik terakhir daku berada di bumi insaniah kuin sebagai seorang student..insyallah tak kena ulang paper..amin, dan insyallah semua subjek semester ni dapat yang markah terbaik..tak lupa jugak buat sahabat-sahabat Syariah semester akhir KUIN sesi 2010/2011,semoga hangpa semua dapat kejayaan yang tebaik berdasarkan apa yang dah kita usahakan..amin..

Sahabat2,jom kita renungkan bahawasanya Allah maha menilai setiap apa yang kita usahakan,dan Allah akan bagi setiap apa yang kita mohon kepada Nya dengan syarat diringi dengan amal ( Usaha ) kita..Namun kadang2 kita dah usaha sebaik mungkin tapi kita masih lagi kurang berjaya. Usahlah bersedih wahai teman2 ku.mungkin itu adalah ujian Allah kepada kita ,dia nak lihat sejauh mana kesabaran kita,sejauh mana kuatnya pergantungan kita dengan Nya dan sejauh mana ikhlas nya segala usaha dalam menuntut ilmu atau sebagainya hanya untuk mengharap keredhoan Ilahi..walauapapun terjadi jatuh bangun kita adalah hak milik Allah,cemerlang atau gagal adalah kehendak Allah,so kita kena yakin Allah akan tetap berikan yang terbaik untuk kita satu hari nanti seandainya sudah kita usahakan semampu kita...

Allah berfirman maksudnya " mintalah kepadaku (Allah) nescaya akan Aku maqbulkan "..

Allah berjanji akan maqbulkan doa kita apabila cukup syaratnya, tapi ada juga kekadang diri kita terdetik dalam hati -aku dah usaha tapi tak dapat apa pun -....jeng jeng jenggg...ermmm usah mengeluh saudara ku, cuba kita fikir sejenak,Allah tak pernah zalim terhadap hambanya,pernah tak kita terfikir,kalaulah doa kita atau usaha kita Allah tak maqbulkan sekarang,mungkin agaknya Allah ingin berikan kejayaan atau kebaikkan kepada kita pada masa akan datang, mungkin dalam rezeki kita bila dah bekerjaya,( dapat gaji beso n berkat) bila dah berumah tangga ( dapat suami ancem yang soleh / bini comel yang solehah) ataupun rezeki itu Allah berikan pada anak dan waris-waris kita nanti..alangkah indahnya dan hikmah nya sesuatu tu kalo kita cuba mendalami...Hanya Allah maha Mengetahui..

Panjang lah pulak...hehe.daku ni bukan lah pandai nak berceramah,cuma sekadar meluahkan n berkongsi pemikiran..wallahua'lam..

bila renungkan kembali,sebenarnya Insaniah ni merupakan pilihan terakhir buat toriquljannah selepas menamatkan pengajian di UDM dulu,maklumlah berlagak sangat nak pergi meser tapi Allah tarik nikmat semua tu,dah siap uruskan semua lepastu MOU batal..so tak dapat nak pergi..Namun aturan Allah sebaik-baik aturan,Toriquljannah telah dapat melanjutkan plajaran ke UDM tapi pada ijazah Usuluddin,kecewa lah pada masa tu bila tgk surat tawaran..lepas tu duk mintak pendapat ayah n mak .ayah kata pergi jelah,tapi daku pun cakaplah,nak try telefon Insaniah tanya tentang permohonan .Sekali dapat lah pulak..So pening sekali lagi kepala ni.dipendekan cerita toriquljannah tekad bersama 4 orang teman yang baik sejak dari kusza lagi.Mubarak, Sufian n Wan Suhaidi dan Khairi ( Allahummaftah Alaikum )..

kami berempat ni pergi daftar kat insaniah sebatang kara ,tanpa kehadiran mak ayah alak,pian n ed naik bus . daku dan wakdol naik kereta dari johor kete kesayangan ku (JAR 7629) dari tahun 2 kusza tu lah kereta aku..kereta veteran tahun 83 Nissan Sunny biru..hehehe.( takpelah t kalo dapat first class akak aku nak kuorkan kete kot..hehe ) Dengan kehendak Allah selama 3 tahun daku duk mengaji di Insaniah dan duk menetap di Kedah ni,macam-macam Allah bagi dekat sini,dengan ilmu yang banyak (tapi daku ni ilmu sikit je ),dengan sahabat yang baik,Doktor arab yang ancem-ancem hehehe...Paling syok sekali dekat kedah nilah tempat mengajar daku erti kesabaran dalam menuggu ikan makan umpan.Pergi mengail dengan ahli bait sampai pukul 3 pagi...Betul kata orang pengalaman tak boleh di jual beli..

Semalam tanggal 29 April 2011 telah berakhir nya pengajian toriquljannah di Insaniah..sekejap masa berlalu pergi..sedih, duka ,pilu semua ada..nak tinggalkan kawan2 rapat,tingalkan persatuan dan tingalkan segalanya tuttttt...hehehe.

(Malam Dinner Syariah 4 ..camat tinggal sahabat)

Namun , setiap segalanya mempunyai hikmah yang hanya Allah maha mengetahui..Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini di KUIN..ampun maaf dipinta zahir dan batin,segala salah silap , kekurangan dalam apa keadaan sekalipun dalam handel program ke,dekat dalam kelas , dekat luar kelas ke, diri ini pohon berjuta kemaafan ( maklumlah orang kata kita ni tegas hehe )..Buat semua , Ketahuilah saat yang indah dan pahit bersama kalian itu tak kan datang kembali ,ianya hanya sekali ,tetapi percayalah andai kita tidak dapat bertemu didunia Allah ini,kita akan tetap bertemu di Akhirat nanti...salam kemaafan dan salam perjuangan .semoga kita najah dengan sebaiknya dan bertemu di Konvokesyen nanti..amin(bagi ana bunga ehh..hehe)

Friday, April 15, 2011

8 Kesilapan Wanita ketika Bertudung

(hihi...tudung ke cengkerang ni? ni kalo lalu depan polis naik moto msti tak kena saman sebb dah mcm halmet..hahaha)

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda:Maksudnya:

1- “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”


2-“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu kata beliau: Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: ‘Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang bertutup tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bongol-bongol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian..sekain..” [Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat].

3- “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (daripada rumahnya) maka syaitan akan menghiasnya”. [al-Tarmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Bazzar, al-Tabrani dalam al-Awsat dan al-Kabir, hadis ini sahih].

Wanita memang merupakan pasangan lelaki dan lelaki merupakan pasangan bagi wanita. Ah, biasalah. Orang kata, itu lumrah alam. Bagi agama kita, terdapat pantang larang dan juga panduan yang perlu kita ikut dan pandu semasa hidup didunia. Kemudian, dalam agama kita kata juga ada mengatakan wanita merupakan golongan yang patut memelihara auratnya. Terdapat kira – kira 13 aurat wanita yang perlu dijaga dan salah satunya adalah dengan memakai tudung.

Kita di Malaysia ni kalau orang kata orang Melayu, mesti beragama Islam dan majoriti orang Islam di Malaysia bertudung. Walaubagaimanapon, bila dah ramai bertudung dan pelbagai jenis tudung serta fesyen ketika bertudung, terdapat banyak la kesalahan yang dilakukan oleh si pemakai tudung. Apa dia? Ni haa :

KESALAHAN PERTAMA :Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kalau anda anggap bertudung ialah hanya satu sahaja aurat, bahaya ni. Teruk la kalau anda ditahap ini. Balik kena mengaji dengan guru agama dan kalau dah malu sangat, google je apa yang berkaitan dengan aurat wanita. Berlambak – lambak pakcik google boleh tolong, ok?

KESALAHAN KEDUA :Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Gila banyak beb perempuan macam ni bila keluar berjalan. Erm, diorang tak tahu ke yang aurat tu bukannya pakai tudung sahaja. ermm takpelah moga2 diberi hidayah

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Alah, ini la yang dikatakan FESYEN.. Mana anggun kalau tak pakai kain yang tak terbelah. Nanti orang kata macam pakai kain batik pulak.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ˜menggoda’.

Yah, ini FESYEN lagi. Apa la kena dengan dia tu. Kalau dah pakai tudung, bagus la tutup kepala, abes tu dia pegi ketat tang lain. Kalau macam tu, tak guna la nak tutup aurat. Bahaya la macam ni, nanti laki yang bernafsu tinggi diluar akan pandang semacam je kat dia.

Jangan gaduh dan kecoh pula orang duk ushar je kat dia.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Oh, ini ada FESYEN bertudung jugak. Kalau aku, aku akan cakap itu tudung segera. Yela, pakai macam tak sempurna jer. Pakai la elok – elok, baru manis dipandang. Satu lagi, kalau pakai tudung, rambut terkeluar pon macam dah tak guna pakai tudung. Ermm.. ataupun saja nak menayang jambul yang berwarna?

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Ni satu haru. Aku tak mau nak komen la pasal ni. Masing – masing dah berumur dan berpengetahuan pasal bab aurat dan agama. So, tak guna kalau tegur si pemakai kalau dia masih lagi berdegil tak pakai tudung ketika berada di luar dari pejabat / sekolah / kelas.Biasanya, orang macam tu dia terpaksa memakai tudung disebabkan peraturan dan juga nak jaga imej di pejabat / kelas / sekolah.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Dah jadi trend sekarang. Dulu tak macam ni, sekarang kalau pegi je mana – mana, mesti pemakai tudung akan tarik tudung tu ke belakang. Apa tujuan bertudung tu ek?

Tak sempurna pula lihat si pemakai kalau buat macam ni. Satu lagi, oleh disebabkan ia menampakkan lagi ‘bentuk’ didada tu ia akan jadi tarikan orang ramai untuk melihatnya. Betul punya cakap ni.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Ya, ini satu lagi orang cakap FESEYEN. Trend bertudung macam setengah org tu dah menjadi kegilaan ramai dengan pelbagai jenis kain tudung yang telah berada di pasaran. Dah la kain chiffon yang dipakai tu nipis gila, nampak habis jambul – jambul di kepala dan juga ada yang jarang tu, telinga dengan tengok pon nampak sah – sah. Apa kes bertudung macam tu?Nak berfesyen, fesyenlah sampai lebam. Tak ada sapa nak halang, tapi ingat juga kita ada garis panduan dalam agama.

http://luthtextile.com/blog/agama/8-kesalahan-wanita-ketika-bertudung

Alakullihal , walaupun ayat si penulis diatas ni agak power, tapi toriquljannah rasa sesuai lah jugak kot sebab memang terlalu bnyak dah yang buat kesilapan mcm yang penulis ni sebut...smpai bila nak berlembut kan?? hehe..pepun kita sama-sama doa agar Allah berikan kita penambahbaikan dalam kehidupan,dan hidayah tu untuk kita semua ..Aminnn..

Tuesday, January 11, 2011

Gelaran Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Romadhon

salam dan salam satu malaysia buat saudara seislam ku sekalian..nasihat saya buat diri ini dan sekalian sahabat, bertakwalah kita kepada Allah ,takwa dalam erti memelihara diri dari segala bentuk kemusyrikan ,kemunafiqan dan kemaksiatan dan seterusnya menjadi hamba yang soleh dalam membentuk peribadi muslim hakiki..insyallah.semoga kesilapan yang lalu diampuni Allah..

Salam Ramadhon buat semua sahabat sekalian," kullu am wa antum bilkhir bimunasah shahrur ramadhon"..

Allah telah pun memberi tuntutan kepada kita berupa Agama Islam sebagai pedoman hidup.sesungguhnya tidaklah Allah itu mempertangungjawabkan atas hambanya tanpa garis panduan untuk pedoman.dan sebagai pedoman hidup hambanya ini telah diletakkan rangka-rangka yang salah satunya dikenali sebagai rukun islam.

sepertiman kita tahu,salah satu rukun islam tersebut adalah melakukan Puasa dibulan Ramadhan.hakikat nya kita menyedari bahawa tegak dan robohnya islam bergantung kepada pemeliharaan rukun-rukunya.Oleh itu melakukan puasa dibulan Ramadhan adalah suatu kewajipan yang wajib ditunaikan dan ditutut bagi semua masyarakat islam yang cukup segala syaratnya.sebagaimana firman Allah dalam Quran bermaksud :

" Wahai orang-orang beriman ,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu ,agar kamu sekalian menjadi orang bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)

Firman Allah diatas menegaskan wajibnya puasa atas setiap mukmin ,juga terdapat dalamnya penegasan bahawa ciri-ciri orang bertakwa ialah memenuhi segala tuntutan Allah walaupun ianya berat dan sebagainya.

sebagaimana kita tahu ,puasa adalah ujian Allah yang berat yang dirasai oleh zahir dan batin.rasa lapar dan dahaga yang harus kita kekang ,keinginan dan nafsu yang harus kita bendung selama melakukan puasa disiang hari,semuanya merupakan ujian zahir dan batin.
ketentuan Allah wajiblah kita patuhi samada berbentuk individu atau berkumpulan.sebab Allah maha mengetahui segala gerak geri kita.

ketentuan Allah bagi orang yang berpuasa antara lain adalah berdasarkan maksud firman Allah dalam Quran :

" Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah Pakaian bagimu, dan kamupun adalah Pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, Kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang Telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa."

Berdasarkan maksud ayat diatas ,ia membawa makna batasan bagi orang-orang yang berpuasa,ayat tersebut juga merupakan pengukur iman seseorang,ini kerana mentaati ketentuan ayat tersebut bererti dia menegakkan amanah Allah,sebaliknya bagi mereka yang mengingkari ketentuan tersebut ia telah menghianati Allah.

kita boleh menumpamakan puasa itu tadi sebagai satu persiapan bagi orang yang ingin bercucuk tanam.yang mana puasa itu sendiri di ibaratkan sebagai sebuah tanah yang sudah siap dibersihkan dan terpulang lah kepada kita samada ingin menebarkan benih dan terus menjaganya,atau membiarkan sahaja tanah tadi hingga dia ditumbuhi rumput dan lalang .itulah diumpamakan puasa.kita mampu puasa sekadar puasa sahaja atau kita mampu memilih puasa kita tadi menjadi puasa yang di isi dengan berbagai amalan yang diredhoi hingga puasa itu tadi menjadi puasa yang terbaik.

Maka tidak syak lagi bahawa puasa tidak ada bandingnya dalam mempersiapkan jiwa agar lebih dekat dengan Allah.barangsiapa yang selesai mengerjakan ibadah ini dengan penuh keimanan dan mengharap hanya redho Allah maka akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu.sebagaimana sabda Rasulullah,dari riwayat Abu Hurairah :

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم ذنبه

ertinya :" Barangsiapa yang menunaikan puasa pada bulan Ramadhan ddengan penuh keimanan dan mengharap redho Allah ,mak diampuni dosa-dosa mereka yang telah lalu."

seterusnya terdapat satu makna yang sangat dalam didalam sebuah hadis yang mashur mengenai ganjaran orang yang berpuasa iaitu :

كل عمل ابن ادم يضاعف الحسنة عشر امثلها الى سبعمائةضعف قال تعالى الا الصوم فانه لي وانا اججزى به

ertinya :" setiap amal anak adam berlipat gandanya ,satu amalan diberikan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda ,Allah ta'la berfirman kecuali puasa ,sebab puasa hanyalah untuk ku ,dan hanyalah aku (Allah) sendirilah yang akan membalasnya."

hadis tersebut menjadi bukti bahawa Allah akan membalas segala amalan puasa seseorang yang berpuasa demi mencari keredhaanya dengan begitu bnyak gnjaran,adapun orang yang tidak terdapat dalam puasa mereka itu taqwa dan iman maka ianya telah diterangkan dalam sebuah hadis yang lain :

كم من صائم ليس له من صيامه الا الجوع والعطش

ertinya : " berapa ramai orang yang berpuasa tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga "

Justeru itu, saya mengajak diri ini dan saudar seislam sekalian,marilah kita bersama-sama melaksanakan puasa ramadhan dan segala sunnah Rasulullah .kita pilih lah mana yang harus diamalkan dan ditinggalkan.mudah-mudahan Allah berkenan memberi ganjaran dan keberhasilan dalam puasa nanti..insyallah.sehingga kita menjadi orang yang bertaqwa ,selalu berhati-hati dalam hidup ini dan sentiasa dibawah perlindungan Allah.wallahua'lam

Thursday, April 8, 2010

Helikopter Ku Rosak Sudah !!

( Helikopter Ku Hari Pertama...masih cantik kan )


LaLaLa....salam kawan-kawan. dalam pada sibuk-sibuk nak imtihan ni kadang-kadang kita kena juga relax kan minda ni..terutamanya waktu-waktu macam ni lah kadang-kadang datang je kat otak ni nak kan sesuatu yang sebenarnya kita minat ,leh lah juga dikatakan sebagai hobi. dulu kat sekolah selalu je cikgu tanya, 'awak apa hobi awak ?' ada arr yang jawab kumpul setem lah,apalah,seingat saya waktu tu saya cakap ' hobi saya makan cikgu ,kalo tak percaya tengok lah badan ni,kecik-kecik lagi dah membesar dengan sihat dan kuat'..hehehe.just kidding . sekadar nak memenuhi ruang blog ni,saya nak lah tulis tetang sikit minat atau hobi ni, kadang-kadang banyak juga orang komen tapi dah memang suka nak wat camna.hehe.hobi ku ?? hehehe malu nak cakap..sebenarnya hobi saya ni suka kat barang mainan .(jangan lah gelak ) entahlah memang minat benda-benda macam tu pada kecik-kecik lagi.kalo pasal mainan tu sampai sekarang lah saya suka,bahkan besday anak cedara saya pon saya sanggup je beli mainan yang pelik sikit ,padahal bukan budak tu nak main,kita ni hah yang nak main..hehe dipendekkan cerita,baru je lah minggu lepas saya ni beli sebuah helikopter ,tapi control jelah bukan betul pun.start jadi nak beli nya bila tengok dak kecik sebelah umah ni duk main helikopter control yang kecik tu.so kita ni pun apa lagi,naik lah nafsu bila tengok orang lain main benda yang kita minat.nak jadi cerita,


( Kat Kedai MainanKuala Kedah.huhu )

malam tu saya ajak lah ustaz-ustaz kat umah ni pergi City Plaza g tengok kot-kot ada kedai mainan,kebetulan jumpa satu kedai,tapi mahal kat situ.so saya tanya dia mana lah tau ada kedai lain,budak jaga kedai tu cakap kat Kuala kedah ada satu,dia kata tutup pukul 11 malam.saya pun tengok jam masa tu baru pukul 9.45,so saya pun terus je pergi kuala kedah semata-mata nak beli Helikopter..tapi malam tu tak ada rejeki,sampai-sampai je kedai tu dah tutup.kecewa!!
esok pagi saya cakap dengan ustaz faizul kita kena pergi jugak beli balik kelas tengah hari ni.so esok nya saya pun pergi,dan kami pun telah beli helikopter tu bernilai tak mahal mana dalam harga umah sewa sebulan kot..hehehe.masa nak beli tu banyak gak yang bising,mahal lah apalah,tapi ada je alasan,kita cakap lah sekali je ni.nak merasa.padahal dulu masa nak tunggu flight balik umrah akak penah beli kan dekat airport jeddah .masa tu dia tengok saya macam nak sangat so dia beli.tapi kecik n tak puas

( Tinggi tak?? )


main.hehe
bila dah sampai rumah set-set ustaz ni pun mencuba lah dengan bergaya..nak cerita kat sini payah juga kawal dia, sebab dia ada speed,ada balance kena kawal angin dan banyak lagi lah.so kami main-punya main.main dekat kawasan taman ni sempit ,pastu dah lah tak pandai ,so asyik jatuh jelah heli tu,dan lepas beli 5 hari kot heli daku dah rosak ,dia punya balancing patah.hehehe..tapi aku akan cuba sedaya upaya akan bawa pergi repair sebelum balik kampung sebab nak bagi ayah dan anak-anak cedara ku tengok..aku yakin dia pasti gembira...wallahua'lam



(tengok ,dah pun patah )

Friday, March 26, 2010

Adab Menuntut Ilmu Allah


Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.


Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].


Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:

  1. Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.

  2. Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna Muhammad Rasulullah”.

  3. Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu tuntutan asas agama.

  4. Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana:

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

[Maksud surah Muhammad, ayat 7]


Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.


Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]


“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.


Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.


Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,

maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].


Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.


Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.


Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.


Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”


Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang bermaksud:

Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:


Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.


Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.


Adab # 5: Mengamalkan ilmu.


Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]

Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu. Firman Allah:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-Hadid, ayat 16]


Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]


Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]


Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Hadid, ayat 28]


Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.


Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan

teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.


Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.


Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

Thursday, March 18, 2010

Tanggungjawab Seorang Muslim


Apabila seseorang itu melafazkan kalimah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah itu bermakna ia telah menerima hanya undang-undang dan peraturan Allah s.w.t dan Allah itu Penaung dan Pemerintah baginya. Ini juga bererti ia mempunyai satu keyakinan yang mengaku benar dan betul apa yang al Quran dan as Sunnah katakan benar dan betul. Apabila ia telah mengaku menjadi Muslim maka bererti dia telah mengorbankan kebesarannya demi Allah s.w.t. Ini juga telah memansuhkan haknya untuk berkata : Pendapat saya ialah ini, dunia mengamalkan yang ini, adat keluarga saya ialah ini, orang suci itu menasihatkan saya berbuat ini dan sebagainya.

Dia tidak boleh memberikan pendapat sedemikian bila berhadapan dengan wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. terima sahaja apa-apa yang berlandaskan al Quran dan as sunnah dan lemparkanlah apa sahaja yang bertentangan dengan kedua-dua nya tanpa memperdulikan pendapat-pendapat yang lain. Tugasnya ialah untuk menghakimkan menurut apa yang dikehendaki oleh Nur al Quran dan as Sunnah.

Adalah perkara yang amat bertentangan untuk memanggil diri kita Muslim tetapi kita masih boleh mengutamakan pendapat kita sendiri atau adat kebiasaan dunia atau tindakan serta pendapat orang lain dari apa yang dikehendaki oleh al Quran dan as Sunnah. Seseorang itu tidak boleh memanggil dirinya Muslim selagi ia masih enggan meletakkan keseluruhan hidupnya dibawah peraturan al Quran dan as Sunnah. Jika ia masih memanggil dirinya Muslim, tetapi enggan mengutamakan al Quran dan as Sunnah dalam hidupnya, maka samalah ia dengan orang yang buta tetapi mengaku dapat melihat atau samalah dengan orang pekak teapi mengaku dapat mendengar.

Sesiapapun tidak dapat memaksa seseorang yang tidak Muslim menjadi seorang Muslim tanpa kerelaan hatinya. Dia bebas untuk memilik mana-mana agama yang disukainya dan memanggil dirinya dengan sebarang gelaran atau nama yang digemarinya. Akan tetapi apabila seseorang itu memanggil dirinya Muslim maka dia mestilah faham bahawa ia kekal sebagai seorang Muslim selagi ia di dalamnya.

Akan tetapi , apabila dia memanggil dirinya Muslim, maka dia mestilah faham bahawa dia akan kekal sebagai sorang Muslim selagi dia berada di atas batas yang ditentukan oleh Islam. Batas-batas itu ialah untuk menerima dan meyakinkan wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai tempat berlandasnya segala kebenaran dan keadilan dan menganggap perkara yang bertentangan dengan kedua landasan tersebut sebagai palsu belaka. Sesiapa yang berada di dalam lingkungan batasan-batasan tersebut adalah Muslim dan sesiapa yang terkeluar darinya akan dikira tersingkir dari Islam. Setelah ia disingkirkan, ia masih mengaku Muslim, maka dia telah menipu dirinya sendiri dan orang lain serta dunia seluruhnya. Firman Allah s.w.t:-


Terjemahannya:

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerahkan diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab–kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takut lah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”

(Surah Al Maa’idah ayat 44)