Glitter Words
Showing posts with label TaSaWUF. Show all posts
Showing posts with label TaSaWUF. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Nasihat Imam Al-Ghazali ( Aktiviti Harian )


Diantara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Ghazali Rahimahullah alaihi atau yang digelar dengan Hujjatul Islam , terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah ). dalam buku ini , beliau menerangkan mengenai amalan-amalan atau aktiviti harian yang patut dilakukan oleh umat islam pada setiap hari pagi dan malam sepanjang hidupnya.

Suka bagi toriquljannah untuk menulis sebahagian nasihat imam Ghazali mengenai aktiviti yang harus dibuat pada waktu pagi selepas kita menunaikan solat sunat Dhuha hingga menjelang waktu tergelincir matahari iaitu masuknya waktuuntuk solat fardhu Zohor.

Ada empat perkara yang boleh dilakukan mengikut beliau :

Pertama : yang lebih afdal atau lebih baiknya untuk kau habiskan masa mu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat , bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati oleh orang sekarang ini , yang mereka namakan ia dengan ilmu manfaat ( padahal ia bukan dari ilmu yang bermanfaat ). Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut diri mu akan Allah dan menambah penglihatan terhadap aib diri mu dan menambah makrifat mu dalam engkau beribadat kepada tuhan mu dan menambah kegemaran mu terhadap negeri akhirat dan seterysnya dapat membukakan hati mu agar kamu dapat mengenali penyakit hati mu dan amalan mu sehinnga engkau dapat menjauhinya.

( Ilmu yang lebih mendekatkan jiwa denganRobbul Alamin )

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuan terhadap tipu helah syaitan dan penipuanya sehingga kau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika dia ingin mengoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah kerana mereka telah membeli dunia dengan agamanya dan menjadikan ilmu sebagai alat mengambil harta sultan , memakan harta wakaf , harta anak yatim ,harta orang miskin dan harta orang Islam . Mereka hanya menghabiskan masa dengan hanya untuk mencari kedudukan dan pangkat dimata manusia.untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan melihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.

( Dengan mengigati Allah jiwa akan menjadi tenang )


Kedua : bahawa engkau tidak mampu mendapatkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa dalam membuat ibadat seperti berzikir , membaca Al- Quran , bertasbih dan sembahyang .Maka ini adalah darjat orang yang abid ( ahli Ibadah ) dan juga cara hidup orang yang soleh. dan dengan cara ini juga kau akan tergulung dalam golongan orang yang beruntung.

Ketiga : Bahawa enkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikkan kepada orang-orang islam dan dapat mengembirakan hati orang berimanatau kau menolong orang yang soleh dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dalam mereka menunaikan hajat mereka , berusaha memberi makan kepada fakir miskin , atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja , kerana amalan seperti ini selain daripada ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat : Jikalau kamu tidak juga dapat membuat salah satu dari 3 perkara ini, maka berushalah untuk menunaikan hajat mu sendiri atau mencari nafkah untuk dirimu dan keluargamu , sedangkan orang ramai selamat dari ganguan mu dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu Dan agama mu juga selamat apabila kamu tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.dengan itu enkau akan dapat mencapai darjat Ashhabul Yamin ,sekiranya engkau tidak mendapat darjat As-Sabiqin..

( Rezeki yang sedikit tetapi berkat itu lebih menilai dari rezeki yang banyak tetapi tiada keberkatan )

(Imam Ghazali- Bidayatul Hidayah- terjemahan Abu Ali Al-banjari An-Nadwi)

Wednesday, November 10, 2010

Kemanisan Iman...



Rasanya tidaklah salah andai kita katakan bahawa Iman seseorang itu boleh diukur dan dinilai oleh tuan punya iman tersebut dengan bersandarkan apa yang difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2-3 :Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. iaitu orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.

Nilai iman tidak boleh dicapai melalui kajian atau alatan sains seperti microskop dan sebagainya.Ini membuktikan bahawa kekuasaan Allah dan keagungan Allah yang samasekali tidak mampu dicabar oleh oleh manusia.kalaulah kita lihat ,ahli-ahli sains telah berjaya untuk mengukur atom dan sebagainya namun iman bukanlah suatu yang mampu diukur dengan kajian dan peralatan.

Berdasarkan ayat tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang beriman apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka.adakah sikap ini ada terdapat dalam diri kita?? adakah apabila kita mendengar lafaz ALLHUAKBAR pada laungan azan hati kita terus tersentak untuk mengigati Allah ?? tepuk dada tanya iman ...

Selaku orang yang mengaku diri islam dan beriman sewajarnya apabila membaca Al-Quran dan mendengar bacaan Quran maka bertambahlah keimanan mereka kepada Allah.kita seharusnya membaca dan memahami segala tuntutan dan isi Quran terhadap diri kita dan seterusnya menjadikan apa yang terdapat dalam Quran tadi sebagai pendorong yang menjadikan diri kita sebenarnya lebih dekat dengan Ilahi.

Maka bertepatanlah dengan Sabda Nabi yang bermaksud ( Hendaklah kamu membaca Al-Quran , sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di bumi dan perbendaharaan kamu di Akhirat )

Iman juga ditakrifkan sebagai tasdik atau membenarkan dengan hati kepada apa yang diketahui yang disampaikan oleh nabi serta berikrar dengan lidah dan diringi dengan amal perbuatan yang hanya kerana Allah.Iman bukanlah hanya dengan kata sahaja,bahkan iman itu hendaklah berakar tunjang dihati dan dibuktikan oleh amal perbuatan.

Iman yang baik adalah iman yang sentiasa mendesak pemiliknya agar sentiasa melakukan perkara yang diredhoi Allah serta menyuruh manusia yang berada disekeliling agar sentiasa memperbaiki diri dan meningalkan segala kemaksiatan serta mengembalikan segala masalah dan kemaslhatan yang berlaku kepada Islam dan sumber hukumnya.

Justeru itu ,apabila bersemadi nya iman dalam hati seseorang ,maka terbitlah dari hati ini ketenangan , kesabaran,kebahagian, keinsafan dan perasaan yang sentiasa mengharap pergantungan kepada Allah

Hati Yang Mati


Ibrahim bin Adham pernah ditanya : ' Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan , sedangkan Allah telah menjanjikan setiap hambanya yang berdoa kepadanya akan dikabulkan ? '
Lalu Ibrahim bin Adham menjawab " sebab hati kamu telah mati " apa yang menyebabkan hati kami mati ? tanya mereka lagi .maka beliau menjawab " kerana 8 perkara " ......

1) Kamu mengetahui Allah tapi kamu tidak melaksanakanya.

2) Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandunganya.

3) Kamu katakan kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tidak mengikut dan mengamalkan
Sunnahnya.

4) Kamu katakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap untuk ke alam kubur.

5) Allah mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan
dia sebagai musuh,tetapi kamu masih mahu melakukan maksiat denganya .

6) Kamu katakan takut akan api neraka ,tapi kamu campakkan diri kamu kedalamnya .

7) Kamu katakan suka akan syurga tapi kamu tidak berusaha untuk memasukinya.

8) Kamu bangun dari tempat tidur lalu kamu sembunyikan keaiban kamu sedangkan keaiban
orang lain kamu bentangkan dihadapan kamu.

sesungguhnya kamu telah memusuhi tuhan kamu bagaimana doa kamu hendak diperkenankan ??

marilah kita berdoa dan berlindung kepada Allah supaya kita semua terhindar dari perkara tersebut . semoga kita tergolong dalam golongan insan yang melaksanakan segala amalan dan perintahnya dan semoga dengan itu doa dan permintaan kita setiap waktu diperkenankan ..Amin

Saturday, October 16, 2010

Riya'



Assalamualaikum...saudara kaum Muslimin yang sentiasa dirahmati Allah..semoga apa yang ditulis ini menjadi penambahbaikan untuk diri ini dan para sahabat sekalian..
Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya Karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (al-Baqaroh : 264 )

watak , cara hidup serta cara muamalat harian dan keikhlasan kita sesama manusia merupakan satu perkara yang amat penting , boleh kita katakan yang semua itu adalah buah yang amat berharga yang ada dalam diri yang seharusnya kita jaga dan pelihara agar terus manis dan ranum .jangan sesekali biarkan dia busuk serta dimakan oleh serangga perosak walaupun sedikit tapi ianya akan mencacatkan.

Begitu juga dengan amal kita.amal seharian kita semuanya jika diniatkan kerana Allah maka semua itu akan diangkat kepada maksud Ibadat.walaupun perbuatan itu cuma sejenis senaman sahaja ,namun kalaulah niat kita untuk sihat dan seterusnya mudah untuk ibadat kepada Allah maka insyallah dapatlah pahala Ibadat tersebut. oleh itu tidak boleh tidak kita hendaklah ikhlas agar kita bebas dari ganguan riya didalam seluruh amal ibadat kita sama ada yang bersangkut paut dengan Allah ataupun muamalat kita dengan yang lain.


apakah yang dimaksudkan dengan Riya'..??
Riya' adalah memperlihatkan amal kebajikan supaya dilihat orang iaitu beramal dengan tidak ikhlas kerana sesuatu perhatian yang lain dari Allah.

Maka Riya' itu terdiri dari 5 bentuk :

1) Orang yang riya' dalam soal tauhid .mereka memperlihatkan imannya yang benar yang dipegang oleh umat islam , padahal i'tiqodnya tidak begitu.orang ini boleh dikatakan sebagai orang Munafiq hakiki .zahirnya beriman tapi pada hakikatnya mereka ini tidak percayakan apa yang wajib dipercayai oleh orang Mukmin.

2) Riya' dalam melaksanakan amal Ibadah.misalnya seorang yang solat yang mana solatnya itu untuk dilihat oleh orang lain.mereka melakukan sedemikian untuk menarik minat orang lain terhadapnya.

3) Riya' dalam mengerjakan amalan Sunnah ,seperti berwirid ,solat sunat semata-mata ingin menunjukkan segala amalan itu kepada orang ramai dan sebagainya.namun sekiranya tidak ada orang yang berada disekitarnya dirinya tidak pernah melakukan.

4) Riya' kerana menyebutkan sesuatu amal kebajikan yang dibuatnya.contohnya mereka menceritakan amalan kebajikan yang dilakukan dihadapan orang lain.

5 ) Orang yang memperlihatkan sikap dan kesungguhannya daam beribadah .ia menzahirkan kekhusyukan , merendahkan suara agar kelihatan alim.ia melahirkan zuhudnya dihadapan orang ramai.riya' semacam ini akan menghilangkan kebaikan amalannya dan akan menghapuskan pahalanya.

menurut islam Riya' ini merupakan satu syirik yang kecil sepertimana sabda Nabi Muhammad yang menyatakan riya' merupakan suatu perbuatan yang mengarah untuk sampai ke musyrik kecil.

Islam tetap keras menentang riya' dalam segala bentuknya.islam juga sekaligus menentang keras semua panyakit rohani yang lain yang timbul dari ketidakikhlasan hati.penyakit-penyakit rohani itu membawa kerosakkan yang kompleks yang mana ianya sukar ditempuh untuk menghindar kan diri dari nafsu yang hina.

Thursday, April 15, 2010

Hakikat Takabbur & Sombong


salam sekalian para pembaca yang dirahmati Allah..

malam ni nak ajak diri ini dan sahabat2 sekalian untuk mengenali apa dia tu takabbur ,angkuh,sombong dan rakan-rakan yang seangkatan dengan dia..

sombong,angkuh ,besar kepala boleh dikatakan mempunyai satu makna .iaitu seseorang yang menganggap diri nya terlalu mulia berbanding hamba allah yang lain disekelilingnya.
sifat sombong ni adalah salah satu sifat mazmumah iaitu sifat buruk dan barangsiapa yang mempunyai dan mengamalkan sifat ini dalam hidup nya maka dia adalah tergolong dalam golongan orang yang dicela kerana diri mereka telah mengamalkan sifat yang dicela oleh agama allah

sepertimana larangan Rasulullah saw akan hambanya dari berkelakuan sombong dengan hadis yang bmafhumnya berbunyi
( tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sedikit kesombongan ) riwayat muslim

so dari hadis diatas dapatlah kita lihat bahawa akan tertutup pintu syurga Allah bagi hambanya yang terus sombong dalam berhadapan dengan kehidupan dunia seharian.

Firman Allah swt;

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Maksudnya; Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.” Luqman:18.)

Sifat sombong dan takabur menjerumuskan kepada kebinasaan dan kekufuran.

Firman Allah swt;


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya; Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. ( al-Baqarah:34.)


namun begitu jaganlah pulak kita kata kan orang yang memakai pakaian yang bergaya, yang sedikit bergaya dengan orang yang sombong, sedangkan pengertian sombong adalah seseorang yang tidak mahu menerima kebenaran dan sentiasa merendah-rendahkan orang lain sesama muslim.

sahabat sekalian..

takabbur atau sombong ini boleh lah kita bahagikan kepada 3 bahagian:

1. Takabbur kepada Allah

dengan cara mengabaikan atau tidak menghiraukan perintah Allah dan terus tidak mempedulikan akan agama Allah dan seterusnya meremehkan dan melanggar syariat Allah.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Luqman : 60 bermaksud
( sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dalam menyembah ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina )


seharian ini apa yang kita sering lihat,berapa ramai masyarakat islam disekeliling kita tidak menunaikan kewajipan fardu ain sepeti solat,puasa dan sebagainya.bagi ibadah haji pula berapa ramai yang sering menagguhkan untuk menunaikan nibadah tersebut sedangkan mereka mampu ,apa yang sedih kita sanggup bermewah-mewah dengan perhiasan dunia sedang kan itu menjadi ujian hidup kita untuk menuju ke akhirat.

memang benarlah mafhum kalam Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud :
( sesungguhnya harta dan anak-anak itu hanyalah sebagai perhiasan kehidupan )

kemudian kita lihat ,berapa ramai yang tidak menutup aurat malahan ada pula yang mengatakan tutup aurat ni kolot,pakai tudung ni tak ikut perkembangan zaman dan sebagainya,apa yang ditakuti adalah kata-kata mereka itu akan menjadi kalam yang mempermainkan agama (istihza aldin ) dan terus membawa kepada menghina agama dan amat ditakuti boleh menjatuh dan merosakkan iman mereka sendiri .itulah hakikat masyarakat sekarang.


2. Takabbur terhadap Rasul

dengan cara enggan menerima dan merasa hina untuk mengikuti petunjuk rasul dan seterusnya menghina sunnah rasul dan melakukan pembohongan terhadap nya.kesombongan dalam mengikut dakwah Rasul ini bukan sekadar dari golongan jahiliah yang telah lama berlalu namun ianya berlaku dan terus terjadi hingga ke hari ini,berapa ramai masyarakat islam sekarang yang mengaku umat nabi tapi secara tidak langsung terus menghianati perjanjian mereka dengan pesuruh Allah tersebut untuk terus menjalankan hak Allah dan hak rasulullah iaitu dengan mengikut segala suruhan agama tanpa memotong batas-batas agama.bahkan ada diantara kita yang baru sahaja dapat kenikmatan dunia yang sementara ini dengan kekayaan,dengan kepandaian sudah mula lupa dengan ikatan dan tanggungjawab diri mereka dengan agama dan menganggap bahawa perintah agama ini sudah usang dan kolot.nauzubillah.semoga kita bukan dari golongan itu

3.Takabbur terhadap sesama manusia

dengan jalan mereka menganggap diri mereka terlalu berharga ,tinggi,mulia dan seterusnya dalam masa yang sama menghina umat islam yang lain,membodoh dan mengherdek masyarakat selain dari dirinya dan tidak langsung mengambil kira pendapat atau petunjuk dari umat islam yang lain.maka takabbur tersebut akan menolak segala kebenaran dan menghina manusia sesama islam.

sepertimana firman Nabi dalam sebuah hadis riwayat muslim :

الكبر بطر الحق وغمط الناس
( takabbur itu menolak kebenaran dan menghina hak-hak manusia )

sepertimana yang kita semua,bahawasanya Rasulullah saw dalam kehidupan seharian baginda tidak sekali berlaku sombong dan angkuh serta takabbur .baginda menjenguk siapa sahaja yang sakit,turut sama menghantar jenazah,menunggang himar dan turut sama menghadiri setiap undangan tidak kira yang datang nya dari golongan apapun.

sahabat sekalian yang diberkati ilahi hendaknya,

oleh yang demikian itu ,kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk menghindari sifat ini dan seterusnya sifat mazmumah yang lain.bagi menggantikan sifat sombong dan angkuh ini,marilah kita sama-sama mengantikan sifat ini dengan bersifat tawadu' (merendah diri) dan bersifat qonaah ( cukup apa yang ada)
sepertimana sabda rasulullah alaihisalam :

تواضعوا وجالسوا المساكين تكونوا من كبار الله وتخرجوا من الكبر
( Tawadu'lah kalian dan duduklah dengan orang yang miskin pasti kalian menjadi orang besar disisi Allah dan terbebas dari sifat sombong )

wallhualam







Wednesday, March 10, 2010

Zikir & Kelebihan

ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.
-Zikir dengan lisan saja.
-Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

-Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar". (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan Subahanallahhil azimi Wabihamdih, maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga". (Hadis riwayat Muslim)

Hikmat lain adalah :

  • Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
  • Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
  • Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
  • Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti. Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil.
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."

Friday, January 8, 2010

SEBAHAGIAN DOA APABILA MENZIARAH PESAKIT DAN MENGHADAPI SAKIT

1) Dari Aisyah r.a., "Adalah Rasul SAW. Menangkal ahlinya ( keluarganya ). Beliau menyapu badan ahlinya yang sakit dengan tangan kanannya seraya membaca :


"Ya Allah, Tuhan yang memelihara manusia, hilangkan kesusahan ini, sembuhkan dia. Engkaulah yang Menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali penyembuhan Engkau, sembuh tidak diiringi sakit lagi." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


2) Jibril datang kepada Nabi SAW. Pada suatu masa lalu bertanya kepada Nabi SAW : "Ya Muhammad, adakah engkau merasa sakit? Menjawab Nabi : benar." Maka Jibril pun mengucapkan doa ini terhadap Nabi. :


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku lindungkan engkau dengan nama Allah yang Maha Esa, yang dituju oleh segala makhluk, yang tiada beranak dan tiada diperanakkan dan tidak ada seorang yang sebanding dengan Dia - dari kejahatan yang engkau derita ini." ( Riwayat Muslim dan lain-lain )


3) Apabila Rasulullah SAW sakit, beliau meletakkan tangannya di bahagian tubuhnya yang terasa sakit, kemudian beliau membaca :


"Dengan menyebut nama Allah." (3x)
"Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan penyakit yang aku derita dan yang aku gelisahkan." (7x) ( Riwayat Ahmad )

Selawat Syifa'



Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Tuesday, December 22, 2009

PESANAN LUQMANUL HAKIM

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kisah2 tentang Luqmanul Hakim ini ialah kisah yang diceritakan di dalam AlQuran dan AlHadith. Dan ianya adalah sebagai pengajaran akhlaq kepada kita semua, bukan hanya untuk anak Luqman. Semoga mendapat manfaat bersama …….

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Petikan ayat2 AlQuran

1 – “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Surah Luqman : Ayat 13

2 – “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Surah Luqman : Ayat 14 – 15

3 – “(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. ” Surah Luqman : Ayat 16

4 – “Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. esungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. “ Surah Luqman : Ayat 17 – 19