Glitter Words
Showing posts with label WahABI n The GEng. Show all posts
Showing posts with label WahABI n The GEng. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI







Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

dri blog : abusyafiq

Wednesday, June 9, 2010

Penolakkan Para Ilmuan terhadap Muhammad bin Abdul Wahab


Muhammad bin Abdul Wahab yang mereka-reka atau mengadakan bid’ah itu telah menyampaikan ceramahnya semasa menjadi khatib pada hari jumaat di masjid ad-Dar’iyah dan telah pun menyebut dalam tiap-tiap khutbah atau ceramahnya( sesiapa yang bertawasul dengan nabi Muhammad s.a.w dia telah kufur .Saudaranya bernama As-sheikh sulaiman bin Abdul Wahab ,seorang yang mempunyai bnyak ilmu dan alim sangat tidak setuju dan membangkang apa yang telah dilakukan oleh Muhammad bin abdul wahab.beliau sama sekali tidak mengikut akan apa yang diadakannya .

Pada suatu hari saudaranya as-sheikh Sulaiman telah berkata kepadanya : Berpakah rukun islam wahai Muhammad Bin Abdul Wahhab? Muhammad Bin Abdul Wahhab menjawab : 5.saudaranya berkata lagi: engkau telah menjdaikanya 6 .iaitu sesiapa yang tidak mengikut engkau ,bukanlah ia muslim.inilah rukun ke 6 agama islam menurut kamu.Dan apabila pertelingkahan ini berpanjangan antara dia dan saudaranya maka Muhammad Bin Abdul Wahhab amat takut dan menyuruh agar saudaranya dibunuh,As-sheikh Sulaiman pun berpindah ke Madinah al-Munawwarah dan mengarang satu risalah penolakkan ajaran Muhammad Bin Abdul Wahhab dan mengirimkannya kepada nya namun tidak pun tertegah dari meneruska fahamabya dikalangan masyarakat.selain itu ramai ulama’ mazhab Hanbali mengarang kitab bagi menolak fahaman Muhammad Bin Abdul Wahhab lalu mengirimkan kepadanya,namun tidak juga tertegah dari meneruskan fahamanya.selain itu , Muhammad Bin Abdul Wahhab pernah bercakap kepada seorang lain dengan katanya : ia adalah ketua satu puak yang tidak boleh dikalakan .Dia mengatakan lagi: apakah kata mu sekiranya seorang yang bersifat benar,kuat agamanya dan bersifat amanah yang juga engkau tahu akan kebenaranya,bahawa satu puak yang ramai akan menyerang kamu dan mereka berada dibelakang gunung ini dan kamu menghantar 1000 penunggang kuda untuk melihat kaum itu dibelakang gunung tetapi mereka tidak mempunyai walau seorang pun,bahkan tidak seorang pun yang dating.adakah kamu akan mempercayai yang sorang atau yang 1000?Orang yang berkenaan itu menjawab :saya akan mempercayai yang 1000.sesungguhnya semua ulama’samada yang hiduap atau yang telah meninggal dunia didalam kitan-kitab mereka mendustakan apa yang kamu bawa,jadi kami mempercayai mereka dan membohongkan kamu. Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak dapat menjawab.

Pernah terjadi satu kejadiaan,pada suatu ketika yang lain ,seorang lelaki pernah berkata kepadanya : agama yang engkau bawa berhubung atau terpisah? Muhammad Bin Abdul Wahhab menjawab : sehinggakan guru-guruku dan guru-guru kepada guruku hingga 600 tahun semuanya musyrik.lelaki itu berkata kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab ,jika begitu agama engkau terpisah dan tidak mempunyai hubungan. Daripada siapakah engkau mengambilnya? Jawabnya : wahyu dan ilham seperti Nabi Khidir.lelaki itu berkata lagi : oleh itu tidaklah ia terhenti kepada engkau sahaja, setiap orang boleh mendakwa dia menerima wahyu dan ilham sepetimana engkau mendakwanya.

Lelaki itu berkata kepadanya lagi :sesungguhnya bertawasul itu telah sepakat ahli sunnah sehinggakan ibnu Taimiyah telah menyebut padanya ada dua cara dan tidak menyebut yang melakukanya itu kafir.Golongan Rafidhah ,khawarij dan ahli-ahli bida’ah semuanya berkata sahnya bertawassul dengan Rasulullah s.a.w,maka tidak ada jalan bagi engkau untuk mengkafirkan sama sekali. Muhammad Bin Abdul Wahhab telah berkata kepadanya :sesungguhnya Saidina Omar r.a telah bermohon hujan dengan bertawassul kapada Abbas r.a.mengapa ia tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.? . maksud Muhammad Bin Abdul Wahhab dengan hujah yang demikian ialah menyatakan Abbas r.a ketika itu masih hidup sedangkan Rasulullah telah wafat dan tidak boleh bertawassul denganya.lelaki itu berkata kepadanya : ini adalah hujah atas dirimu.ini kerana Saidina Omar r.a bertassul kepada Abbas r.a sebagai memberitahu orang ramai bahawa sah nya bertawassul dengan selain Nabi Muhammad s.a.w dan sebagaimana engkau berhujah dengan permohonan hujan Saidina Omar dengan bertawassul kepada Abbas r.a,dan bahawasanyalah saidina Omar yang meriwayatkan hadis bertawassulnya Nabi Adam a.s dengan Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda dijadikan.oleh itu bertawassul dengan Nabi Muhammad adalah maklum pada saidina Omar dan lain-lainya.adapun apa yang dikehendaki oleh Omar adalah untuk mengajar orang ramai akan sahnya bertawassul dengan selain Nabi Muhammad s.a.w .maka Muhammad Bin Abdul Wahhab tercengang dan terpegun.

sumber :
Permata Yang Berharga
Hujah Menolak Fahaman Al-Wahhabi

Monday, November 9, 2009

MUFTI-MUFTI berkelulusan UNIVERSITI AL-AZHAR ASLI (BUKAN PALSU) SOKONG Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Bukti Dr Asri bersalahan dengan Mufti negeri lain



-Sinar Pahang-



MUFTI PERAK, HARUSSANI ZAKARIA

Tak ada (tauliah)memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali
termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain,
saya juga mohon tauliah
.
- Sinar Pahang-



MUFTI PAHANG, ABDUL RAHMAN OTHMAN

Kita tidak mahu masyarakat keliru dengan ceramah beliau.
PAHANG tidak membenarkan Dr Asri mengadakan ceramah di sini
atas dasar itu
.
-Sinar Pahang-

Sumber :

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5569563.asp

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5570667.asp

http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Bukti Tuduhan Pemalsuan Sijil Oleh Asri








Kalau tengok sijil Dr Asri diatas kita dapat lihat perkataan lughatul arabiah wa adabuha dengan syari`ah islamiah tidak selari . Saya gariskan dengan garisan merah dan boleh lihat sendiri.Persoalannya:
  1. Adakah ianya ditulis pada masa yang sama dan orang yang sama ?
  2. Tulisannya juga kelihatan seperti berbeza?
  3. Benarkah sijil ini asli ?
  4. kenapa dia(maza) tak tunjukkan transkrip subjek yang dia dah ambik ?
Sumber : http://hafizhandasah.blogspot.com/

Jakim: Asri palsukan kelulusan Syariah


Jakim: Asri palsukan kelulusan Syariah

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.

"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay semalam.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dalam pada itu, Zamihan berkata, tindakan JAIS adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri.

Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.

"Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, dia perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri," katanya.

Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.

Menurutnya, golongan tersebut tidak mengikut pendekatan mazhab yang diamalkan di negara ini.

"Bacaan talkin, tahlil, wirid, qunut dan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat semuanya dikatakan bidaah sekali gus mengelirukan masyarakat di negara ini.

"Selain itu, kebanyakan hujahnya juga banyak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

Thursday, October 29, 2009

Cara Syaitan Menmujuk Wanita Membuka Aurat

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bissowab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Monday, June 29, 2009

Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi


HUJAH AHLI SUNNAH KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI (PENGIKUT-PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB )

1-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh.

Jelas mrk menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: "Allah duduk di atas kursi". Sedangkan Allah ta'ala telah befirman Maksudnya: Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.(Asyura ayat:11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam

2-Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan :

Riasah Ammah lilifta' Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: "penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela". Sedangkan Allah ta'ala berfirman: Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11).

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

3-Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74 Makkah

Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta'ala itu di atas arasy". Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda yg bermaksud:" Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari Ketahuilah bahawa Allah ta'ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian. Maha suci Allah dari bertempat.

4-Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid, Karangan Mohd Basmir, m/s: 16 Riyadh

Wahabi mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ). Sedangkan Allah ta'la telah berfirman menceritakan mengenai Abu Lahab Maksudnya: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala". Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.
5-Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam, m/s: 32, terbitan:

Riasah 'Ammah lilifta' Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: "pengikut Asya'irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah". Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: "jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang dimaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah". Pengikut Asya'irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah

6-Rujuk juga Kitab mereka: Fathul Majid, Karangan: Abdul Rahman m/s 353 Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.

Wahabi berdusta dengan mengatakan bahawa: "kebanyakan Ahlu Sunnah mengkafirkan pengikut asya'irah." Sedangkan Ahli sunnah dan jama''ah di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah golongan asy'ari dan maturidi Ketahuilah bahawa Pengikut-pengikut Imam Asy'ari adalah golongan umat Islam kini.

7-kitab mereka: Al-iman Bil Anbiya' Jumlahtan, Karangan: Abdullah bin Zaid, cetakan Maktabah Islami, Beirut:

Wahabi mengatakan bahawa Adam bukanlah nabi ataupun rasul. Sedangkan RAsulullah telah bersabda daripada Abi umamah, seorang lelaki bertanya nabi: " wahai rasulullah adakah Adam itu seorang nab"i? Beliau menjawap: " ya, diturunkan wahyu kepadanya".H.R Ibnu Hibban. Dan ketahuilah bahawa Ijma' ulama mengatakan bahawa Adam adalah nabi