Glitter Words

Wednesday, November 10, 2010

Kemanisan Iman...



Rasanya tidaklah salah andai kita katakan bahawa Iman seseorang itu boleh diukur dan dinilai oleh tuan punya iman tersebut dengan bersandarkan apa yang difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2-3 :Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. iaitu orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.

Nilai iman tidak boleh dicapai melalui kajian atau alatan sains seperti microskop dan sebagainya.Ini membuktikan bahawa kekuasaan Allah dan keagungan Allah yang samasekali tidak mampu dicabar oleh oleh manusia.kalaulah kita lihat ,ahli-ahli sains telah berjaya untuk mengukur atom dan sebagainya namun iman bukanlah suatu yang mampu diukur dengan kajian dan peralatan.

Berdasarkan ayat tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang beriman apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka.adakah sikap ini ada terdapat dalam diri kita?? adakah apabila kita mendengar lafaz ALLHUAKBAR pada laungan azan hati kita terus tersentak untuk mengigati Allah ?? tepuk dada tanya iman ...

Selaku orang yang mengaku diri islam dan beriman sewajarnya apabila membaca Al-Quran dan mendengar bacaan Quran maka bertambahlah keimanan mereka kepada Allah.kita seharusnya membaca dan memahami segala tuntutan dan isi Quran terhadap diri kita dan seterusnya menjadikan apa yang terdapat dalam Quran tadi sebagai pendorong yang menjadikan diri kita sebenarnya lebih dekat dengan Ilahi.

Maka bertepatanlah dengan Sabda Nabi yang bermaksud ( Hendaklah kamu membaca Al-Quran , sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di bumi dan perbendaharaan kamu di Akhirat )

Iman juga ditakrifkan sebagai tasdik atau membenarkan dengan hati kepada apa yang diketahui yang disampaikan oleh nabi serta berikrar dengan lidah dan diringi dengan amal perbuatan yang hanya kerana Allah.Iman bukanlah hanya dengan kata sahaja,bahkan iman itu hendaklah berakar tunjang dihati dan dibuktikan oleh amal perbuatan.

Iman yang baik adalah iman yang sentiasa mendesak pemiliknya agar sentiasa melakukan perkara yang diredhoi Allah serta menyuruh manusia yang berada disekeliling agar sentiasa memperbaiki diri dan meningalkan segala kemaksiatan serta mengembalikan segala masalah dan kemaslhatan yang berlaku kepada Islam dan sumber hukumnya.

Justeru itu ,apabila bersemadi nya iman dalam hati seseorang ,maka terbitlah dari hati ini ketenangan , kesabaran,kebahagian, keinsafan dan perasaan yang sentiasa mengharap pergantungan kepada Allah

Hati Yang Mati


Ibrahim bin Adham pernah ditanya : ' Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan , sedangkan Allah telah menjanjikan setiap hambanya yang berdoa kepadanya akan dikabulkan ? '
Lalu Ibrahim bin Adham menjawab " sebab hati kamu telah mati " apa yang menyebabkan hati kami mati ? tanya mereka lagi .maka beliau menjawab " kerana 8 perkara " ......

1) Kamu mengetahui Allah tapi kamu tidak melaksanakanya.

2) Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandunganya.

3) Kamu katakan kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tidak mengikut dan mengamalkan
Sunnahnya.

4) Kamu katakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap untuk ke alam kubur.

5) Allah mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan
dia sebagai musuh,tetapi kamu masih mahu melakukan maksiat denganya .

6) Kamu katakan takut akan api neraka ,tapi kamu campakkan diri kamu kedalamnya .

7) Kamu katakan suka akan syurga tapi kamu tidak berusaha untuk memasukinya.

8) Kamu bangun dari tempat tidur lalu kamu sembunyikan keaiban kamu sedangkan keaiban
orang lain kamu bentangkan dihadapan kamu.

sesungguhnya kamu telah memusuhi tuhan kamu bagaimana doa kamu hendak diperkenankan ??

marilah kita berdoa dan berlindung kepada Allah supaya kita semua terhindar dari perkara tersebut . semoga kita tergolong dalam golongan insan yang melaksanakan segala amalan dan perintahnya dan semoga dengan itu doa dan permintaan kita setiap waktu diperkenankan ..Amin

Saturday, October 30, 2010

Selamat Hari Lahir ke -23

(Heppy Besday !! 23 tahun dah ..dah tua dah dah dekat dengan mati dah..huhu )


salam...ya Allah , penatnya badan..tak perasan dah dekat jam 4 pagi dah rupanya..penat sebenarnya study ni, tapi tak mengapa sebab semua ni jihad buat orang yang sama-sama study macam diri ini.

sebenarnya tadi tiba-tiba teringat kan gambar besday hari tu , tu yang duk menatap sekejap gambar-gambar tu buat hilang bosan..rupanya dah besar dah diri ni dah jejak pun 23 tahun,ermm jap-jap nak wat pembetulan ,diri ni memang dah besar sejak lama dah ,bak kata kawan-kawan ' ko ni kecik-kecik dah besor ' ..hehe. Apapun syukur sangat sebab masih lagi dapat hidup dalam keadaan sihat dan masih mampu nak jalankan tanggunjawab..Terima Kasih Tuhan

bila fikirkan dah 23 tahun ni terfikir lah pulak , mana satu amal yang banyak dibuat sejak hidup kat dunia Allah ni dalam masa 23 tahun..agaknya amal buruk kot ? ke amal baik ? ermmm ntahlahh ..semoga Allah ampunkan dosa sepanjang 23 tahun ni dan Allah tetapkan hati dalam beriman dan ibadat pada nya..amin. sesungguhnya nak jejak kaki dalam syurga Mu itu adalah rahmat pemberian Mu..

Buat kawan serumah maaflah tahun ni tak dapat nak belanja kfc sebab kfc tu bidaah kot.hehehe.jgn marah.. walaupun tak dapat makan kfc tapi kita semua dapat pergi berbelanja di pasar borong jam 4 pagi pada malam 19 oktober 2010 ..hihi .best kenangan tu.dan esoknya dapat kita makan apa yang dimasak oleh besday boy ni..maaflah ye sebab masakan hari tu ada yang termasin..hehe,pepun dah kenyang dah..Alhamdulillah


( Sedap tak?? ada kek , ada ayam masak cili api ,sambal sotong ,sayur masak kicap ..semuanya tuan punya hari jadi ni masak untuk housemate dia kecuali kek beli kat tesco ..hihi )

Lastly, ucapan buat diri sendiri , Semoga Mohd Toriq ditetapkan iman, dimurahkan rejeki dan dipanjangkan usia dalam mengerjakan segala amalan mahmudah..ehh jap bila dh 23 nak tambah satu lagi doa lah ,mudah-mudahan dapat jodoh yang beriman dan rajin buat kerja rumah..hehehe...salam ,gud nyte dan sweet dream sahabat ku sekalian..wallahua'lam

Tuesday, October 26, 2010

Adik ipar Tony Blair Masuk Islam


London : adik ipar bekas perdana menteri Britain, Tony Blair, wartawan dan penyiar , Lauren Booth, 43 mengumumkan memeluk islam 6 minggu lepas.

Lauren adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.


Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam.


nota; alhamdullillah hidayah milik lauren moga Allah tetapkan, kuatkan dan teguhkan iman. dia dan moga hidayah lauren ini membuka mata dunia
sumber; pic dr google , berita harian online

Monday, October 18, 2010

Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, ruk
uknya, sujudnya dan toma’ninahnya.

Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu.”

Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.

Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.

Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.

Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.
Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.


Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-’Ankabut, ayat 45)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan.” (Hadis riwayat Muttafaqa ‘Alaih).

Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.

Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.

Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.

Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.

Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.

Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, “Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu.”

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.

Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.

Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul ,beliau tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.

Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.

Sebagai kesimpulan :

  • Setiap kali solat kita akan bersuci, bertakbir, meng-Esa-kan Allah, bersyahadah, patuh kepada Allah. Dalam solat mengandungi perbuatan zahir dan batin.
  • Solat mendidik kita jujur, ikhlas, patuh dsb...
  • Semasa berwudu', seandainya kita meninggalkan salah satu anggota wudu', orang lain tidak akan tahu. Boleh saja kita tidak membasuh anggota wudu' kerana sifat tidak jujur... Tapi orang yang bersolat akan tetap menjaga anggota wudu' dan bersifat jujur & ikhlas.
  • Solat mendidik kita menepati masa.
  • Solat mendidik kita untuk patuh pada setiap perbuatan solat, yang akan mendorong kita untuk patuh kepada suruhan Allah yang lainnya.
  • Solat mendidik kita untuk merendah diri di hadapan Allah.
  • Solat menguatkan tauhid kita kepada Allah, kita tidak melihat Allah, tetapi kita percaya kepada Allah dan kita sembah hanya Allah.
  • Dan banyak lagi...

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI







Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

dri blog : abusyafiq

Saturday, October 16, 2010

Riya'



Assalamualaikum...saudara kaum Muslimin yang sentiasa dirahmati Allah..semoga apa yang ditulis ini menjadi penambahbaikan untuk diri ini dan para sahabat sekalian..
Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya Karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (al-Baqaroh : 264 )

watak , cara hidup serta cara muamalat harian dan keikhlasan kita sesama manusia merupakan satu perkara yang amat penting , boleh kita katakan yang semua itu adalah buah yang amat berharga yang ada dalam diri yang seharusnya kita jaga dan pelihara agar terus manis dan ranum .jangan sesekali biarkan dia busuk serta dimakan oleh serangga perosak walaupun sedikit tapi ianya akan mencacatkan.

Begitu juga dengan amal kita.amal seharian kita semuanya jika diniatkan kerana Allah maka semua itu akan diangkat kepada maksud Ibadat.walaupun perbuatan itu cuma sejenis senaman sahaja ,namun kalaulah niat kita untuk sihat dan seterusnya mudah untuk ibadat kepada Allah maka insyallah dapatlah pahala Ibadat tersebut. oleh itu tidak boleh tidak kita hendaklah ikhlas agar kita bebas dari ganguan riya didalam seluruh amal ibadat kita sama ada yang bersangkut paut dengan Allah ataupun muamalat kita dengan yang lain.


apakah yang dimaksudkan dengan Riya'..??
Riya' adalah memperlihatkan amal kebajikan supaya dilihat orang iaitu beramal dengan tidak ikhlas kerana sesuatu perhatian yang lain dari Allah.

Maka Riya' itu terdiri dari 5 bentuk :

1) Orang yang riya' dalam soal tauhid .mereka memperlihatkan imannya yang benar yang dipegang oleh umat islam , padahal i'tiqodnya tidak begitu.orang ini boleh dikatakan sebagai orang Munafiq hakiki .zahirnya beriman tapi pada hakikatnya mereka ini tidak percayakan apa yang wajib dipercayai oleh orang Mukmin.

2) Riya' dalam melaksanakan amal Ibadah.misalnya seorang yang solat yang mana solatnya itu untuk dilihat oleh orang lain.mereka melakukan sedemikian untuk menarik minat orang lain terhadapnya.

3) Riya' dalam mengerjakan amalan Sunnah ,seperti berwirid ,solat sunat semata-mata ingin menunjukkan segala amalan itu kepada orang ramai dan sebagainya.namun sekiranya tidak ada orang yang berada disekitarnya dirinya tidak pernah melakukan.

4) Riya' kerana menyebutkan sesuatu amal kebajikan yang dibuatnya.contohnya mereka menceritakan amalan kebajikan yang dilakukan dihadapan orang lain.

5 ) Orang yang memperlihatkan sikap dan kesungguhannya daam beribadah .ia menzahirkan kekhusyukan , merendahkan suara agar kelihatan alim.ia melahirkan zuhudnya dihadapan orang ramai.riya' semacam ini akan menghilangkan kebaikan amalannya dan akan menghapuskan pahalanya.

menurut islam Riya' ini merupakan satu syirik yang kecil sepertimana sabda Nabi Muhammad yang menyatakan riya' merupakan suatu perbuatan yang mengarah untuk sampai ke musyrik kecil.

Islam tetap keras menentang riya' dalam segala bentuknya.islam juga sekaligus menentang keras semua panyakit rohani yang lain yang timbul dari ketidakikhlasan hati.penyakit-penyakit rohani itu membawa kerosakkan yang kompleks yang mana ianya sukar ditempuh untuk menghindar kan diri dari nafsu yang hina.