Glitter Words

Wednesday, April 13, 2011

Mengapa Lama menyepi

( Toriquljannah datang lagi..hihi )


salam satu islam..huhuhuhu...gembiranya nya dapat juga ambil masa untuk menekan keybord untuk menyoretkan apa yang lama tak dicoretkan dalam blog ku ini...pertama skali thank you Allah n Alhamdulillah sangat2 sebab semuanya sudah hampir selesai..

Sebenarnya bukan tak nak kongsi apa-apa kat blog ni,tapi taklif banyak diluar sana dalam menghabiskan sisa2 di KUIN ni..hihi(mcm sisa toksid je )

Sekarang ni bru je lepas hbis syafawi Quran..Alhamdulillah nmpak mcm ok ,tapi ntahlahh,bak kata orang portugis tawakal jelahh..ermm kat kesempatan ni ingin toriquljannah nak kongsi sikit apa yang diri ni duk buat selama 3 bulan tak mencoretkan apa-apa dalam blog ni.

Pertama..
toriquljannah telah ditaklifkan untuk menjadi pengarah program Deligasi Umara' anjuran Syariah tahun 4 KUIN dan Persatuan Kuliah Syariah KUIN pada 13- 15 mac yang lalu.
kita orang duk buat program ni bersama 110 orng peserta ke tempat-tempay yang sesuai dengan kuliah kita orang .kita orang pergi zooo..hehehe.tak ar.kami pergi ke JAKIM ,Jabatan Kehakiman , INFAD dan Ikim..Alhamdulillah , dengan buat persedian hampir sebulan setengah program Deligasi ni dapt dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan..terima kasih kepada semua AJK dan peserta ..dan maaf atas segala kekurangan sepanjang program..

( Nilah kad kami..cakaplah cantik..hihi )

( Hah ni bas no 2.sekali banyak dah baju bergantung , mcm mangsa tsunami tokyo je..hehe. cuba tgk sape yang pakai songkok mcm dak nakal tu?hihi..)

( Nigambar peserta laki-laki seramai 45 orang bersama guru pengiring ,ustaz saat dan ustaz fauzi)

(Ni pulak gambar pesertam Muslimat ,ramai tak muat kamera..hihi,jgn marah )

( Ni kira antara orang2 penting dan orang yang buat-buat penting ..hihi..)

Kedua: Progam Persatuan Syarie' pulak

Dalam minggu lepas dan 2 minggu lepas sibuk pulak dengan meting persatuan Syarie' .antara agenda dia untuk mengangkat exco baru dan membuang exco lama macm ana ni..hihi..untuk pengetahuan semau sedara mara yang baca blog ni,Persatuan Syariah Kuin bru je ditubuhkan secara halal pada semester lepas dan disahkan oleh HEP.sebelum ni kita semua ni kira tak ada persatuan dan klo ada pun persatuan syariah yang tak brape nak halal kot...hihi..ala kulli hal,alhamdulillah ,dengan berkat dan izin yang esa, kami barisan pimpinan persatuan yang pertama ni telah pun berjaya mendaftarkan Syariah sebagai sebuah persatuan di Insaniah dengan diberi nama Syari'...tepuk lahh sikit..hehe .pepun terima kasih kepada ustaz aznan atau nama manja abg nan alhafiz sbgai presiden dan bakal menjadi suami tak lama lagi,begitu juga kepda sahabat sof kepimpinan Syarie' generasi pertama.semoga Allah berikan kita balasan atas segalanya.amin.ingat tau sahabat sekalian,kita tolong Orang, insyallah ,Allah bantu kita.

Kepada adik2 yang bru dilantik menjadi Exco secra rasmi yang mana telah dilantik melalui jalan pilhanraya kelas tu ,diharap dapat jalankan kerja dengan baik n sungguh2 dan yang penting sila imbangkan penglibatan persatuan kamu tu dengan pelajaran,tasmik pergi,kelas pergi , mesyuarat pergi maka diri pun diberkati.Setelah selesai semua mengenai persatuan kami exco-exco persatuan buat lah sikit jamuan mkn malam orng kampung ana pagil dinner di restora LaRaseh di taman rimba..jom ronda pic kami...

( Sembang aje sementara tunggu majlis mula )


( nilah dinner kami, lepas baca doa terus makan ..sayng mknn bnyak tapi rami exco yg tak datang )
( Nilah muka exco yang hadir..Mekasih semua-semua )

Ermm nilah serba sedikit kerja-kerja ku yang membuatkan daku menyibukkan diri...hihi.pepun semoga diberkati.seterusnya ,salam peperiksaan buat sahabat n sedara mara di KUIN tu.bitaufiq wanajahh..amin.
Hah buat pesanan n coretan terakhrir , toriquljannah suka ar nak ucapkan selamat pengantin baru kepada bakal-bakal pengantin baru jengg..jengg ..jenggg..ustaz aznan,ustaz muaz ustaz faizul..barakallahu lakuma aminn...ustaz toriq masih blur lagi hihi..pepun semoga semua berjalan dengan lancar dari mula kamu disatu kan hingga akhir hayat ..amin..hah g stu t kalo dapt baby bagi ar nama mohd toriq,mcm arab gitu..hahaha...

sekian ,maaf semua dan Wallahualam dan wasalam..


Saturday, January 29, 2011

Mazhab bantu Memahami Agama



MAZHAB menurut kamus dewan adalah: “Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam”. (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).

Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.

Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.

Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.

Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?

Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.

Pandangan peribadi saya adalah lebih baik orang awam di negara ini berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.

Saya juga mengagumi dan menghormati mazhab-mazhab yang lain. Tetapi negara ini kita sudah serasi dan menjadi pegangan untuk kian lama.


( Masyarakat Awam masih tidak berkelayakn penuh dlm berijtihad )


Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu’tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani: “Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)”.

ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Mendalami ilmu

Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.

Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.

Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.

Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal).

Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.

Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.

Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.

Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?

Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.

( Keseragaman dalam satu mazhab umpama jalan yg lurus yg lebih mudah untuk dilalui dan digunakan )

Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Friday, January 28, 2011

TAUHID SIFAT 20 ADAKAH BID'AH ?

TAUHID SIFAT 20 ADAKAH BID'AH ?




Tauhid sifat 20 tidak bid'ah, bahkan ia dari Rasulullah SAW. Tauhid ini ada nas Quran, Hadith .
Yang membid'ah tauhid sifat 20 adalah ( wahabi ) .
Wahabi silap faham antara ilmu tauhid dan pembukuan kitab tauhid .

Yang bid'ah pembukuan kitab tauhid oleh IMANM ABU HASSAN AS SYAARI DAN IMAM ABU MANSUR MATURIDI . Tetapi TAUHID SIFAT 20 TIDAK BID'AH Kerana ia dari RASULULLAH .
Sifat WUJUD ALLAH , QIDAM ,BAQA, MUKHALAFAH , QIYAMUHU , WAHDAHNIAT , QUDERAT , IRODAT ,ILMU ,HAYAT , SAMAQ , BASAR , KALAM ALLAH INI ADA DALIL QURAN .

Yang bid'ah adalam membukukan kitab itu sahaja . Bukan bidah semau salah, kerana bid'ah ada hasanah dan dolalah .Buku kitab tauhid sifat 20 bid'ah hasanah seperti SAIDINA UTHMAN MEMBUKUKAN QURAN . Bid'ah adalah perkara agama yang tidak ada zaman RASULULLAH . Maka SAIDINA UTHMAN pun buat bid'ah dengan membukukan Quran adakah beliau sesat ? .

Begitu juga IMAM ABU HASSAN DAN IMAM ABU MANSUR tidak sesat , ramai ulama yang alim2 zaman mereka tidak sesatkan tokoh Tauhid sifat 20 bahkan ramai yang mengikut termasuk IMAM BESAR IMAM SANUSI, IMAM IBNU ARABI , IMAM FAKRUL RAZI dan ramai lagi jagguh ulama merestui tauhid ini.
IMAM SANUSI ULAMA KETURUNAN RASULULLAH dari Yaman yang ketengahkan ilmu TAUHID SIFAT 20 ini . Maka sangat biadab dan tidak tanggungjawab orang dan kumpulan yang menyesatkan ilmu ini .

WAJIB FARDHU AIN DALAMI ILMU TAUHID , ANDAI TIDAK BELAJAR BERDOSA KERANA IA BERKAIT DENGAN KEIMANAN

Nasihat Imam Al-Ghazali ( Aktiviti Harian )


Diantara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Ghazali Rahimahullah alaihi atau yang digelar dengan Hujjatul Islam , terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah ). dalam buku ini , beliau menerangkan mengenai amalan-amalan atau aktiviti harian yang patut dilakukan oleh umat islam pada setiap hari pagi dan malam sepanjang hidupnya.

Suka bagi toriquljannah untuk menulis sebahagian nasihat imam Ghazali mengenai aktiviti yang harus dibuat pada waktu pagi selepas kita menunaikan solat sunat Dhuha hingga menjelang waktu tergelincir matahari iaitu masuknya waktuuntuk solat fardhu Zohor.

Ada empat perkara yang boleh dilakukan mengikut beliau :

Pertama : yang lebih afdal atau lebih baiknya untuk kau habiskan masa mu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat , bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati oleh orang sekarang ini , yang mereka namakan ia dengan ilmu manfaat ( padahal ia bukan dari ilmu yang bermanfaat ). Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut diri mu akan Allah dan menambah penglihatan terhadap aib diri mu dan menambah makrifat mu dalam engkau beribadat kepada tuhan mu dan menambah kegemaran mu terhadap negeri akhirat dan seterysnya dapat membukakan hati mu agar kamu dapat mengenali penyakit hati mu dan amalan mu sehinnga engkau dapat menjauhinya.

( Ilmu yang lebih mendekatkan jiwa denganRobbul Alamin )

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuan terhadap tipu helah syaitan dan penipuanya sehingga kau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika dia ingin mengoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah kerana mereka telah membeli dunia dengan agamanya dan menjadikan ilmu sebagai alat mengambil harta sultan , memakan harta wakaf , harta anak yatim ,harta orang miskin dan harta orang Islam . Mereka hanya menghabiskan masa dengan hanya untuk mencari kedudukan dan pangkat dimata manusia.untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan melihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.

( Dengan mengigati Allah jiwa akan menjadi tenang )


Kedua : bahawa engkau tidak mampu mendapatkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa dalam membuat ibadat seperti berzikir , membaca Al- Quran , bertasbih dan sembahyang .Maka ini adalah darjat orang yang abid ( ahli Ibadah ) dan juga cara hidup orang yang soleh. dan dengan cara ini juga kau akan tergulung dalam golongan orang yang beruntung.

Ketiga : Bahawa enkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikkan kepada orang-orang islam dan dapat mengembirakan hati orang berimanatau kau menolong orang yang soleh dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dalam mereka menunaikan hajat mereka , berusaha memberi makan kepada fakir miskin , atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja , kerana amalan seperti ini selain daripada ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat : Jikalau kamu tidak juga dapat membuat salah satu dari 3 perkara ini, maka berushalah untuk menunaikan hajat mu sendiri atau mencari nafkah untuk dirimu dan keluargamu , sedangkan orang ramai selamat dari ganguan mu dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu Dan agama mu juga selamat apabila kamu tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.dengan itu enkau akan dapat mencapai darjat Ashhabul Yamin ,sekiranya engkau tidak mendapat darjat As-Sabiqin..

( Rezeki yang sedikit tetapi berkat itu lebih menilai dari rezeki yang banyak tetapi tiada keberkatan )

(Imam Ghazali- Bidayatul Hidayah- terjemahan Abu Ali Al-banjari An-Nadwi)

Tuesday, January 11, 2011

Gelaran Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Saturday, November 27, 2010

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji?




Assalamualaikum & salam satu Islam..

Walaupun musim haji bagi sesi ni dah habis , tapi rasanya tahun ini bagi toriquljannah agak lain macam sikit , maklumlah banyak benda yang kita dengar mngenai ibadah haji sekarang ni , Haji Pakej lah , pinjaman nak pergi haji lah , sampai siap ada i
klan lagi dalam corong radio.takut-takut Along pun nak bagi pinjaman pulak nanti.hehe..ermm ntahlah , sebenarnya nak cerita banyak pun tak berani sebab kita ni naik haji pun tak lagi , cuma naik haji bila main dam jelah , itupun kalah sokmo.hehe..

Sebenarnya kan kalau lah macam haji pakej yang ada kelas-kelas dia tersendiri tu rasanya amatlah sedih dan terasa lah juga kan bagi orang yang kurang berkemampuan , tapi tak kisah sangatlah itu mungkanlah perasaan individu .namun bagi toriquljannah hikmah yang asal dan matlamat pensyariatan haji adalah menyatukan umat islam tak kir
a yang senang ke yang susah ke,yang kulit putih ke, itam ke,kelabu asap ke ,pink colour ke...hehe apa yang penting kita one islam..so , kalaulah kita asing-asingkan yang kaya setempat yang kurang mampu setempat macam manalah hikmah haji tu nak kita capai dengan lebih sempurna dan berkesan..lagi satu lah kan , kalau kita fikirkan blik ,haji pakej tu macam nak buat meniaga lah pulak..hehe . Lepastu masalah pinjaman toriquljannah ada sertakan apa yang ditulis oleh mufti Brunei ( terpaksa lah amik mufti luar punya pendapat sebab ada berani sikit ) apa pun tu cuma pendapat ,selebihnya kita fikir-fikirkan .semoga dengan berfikir secara ikhlas kita akan dapat petunjuk dari yang Esa..amin

Oleh : Mufti Brunei

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji?


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Antara tuntutan agama Islam yang wajib ditunaikan ialah ibadat haji. Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mukallaf yang memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu sekali dalam hidupnya.

Syarat Wajib Haji

Menurut para ulama, syarat-syarat wajib haji itu termasuk juga umrah ialah; Islam, baligh, berakal, merdeka dan istitha‘ah.

Apakah yang dimaksudkan istitha‘ah di sini? Istitha‘ah membawa maksud berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikan haji. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an, firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.”
(Surah ’Ali ‘Imran: 97)

Ayat di atas menjelaskan bahawa haji diwajibkan ke atas orang yang berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya.

Istitha‘ah sebagai syarat wajib menunaikan haji itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Istitha‘ah mubasyarah binafsihi iaitu mampu mengerjakan sendiri ibadat haji dengan adanya kemampuan dari segi harta dan fizikal.

Kedua: Istitha‘ah bighairihi iaitu mampu mengerjakan ibadat haji dengan perantaraan orang lain kerana kemampuannya untuk mengerjakan ibadat haji dari segi harta sahaja, seperti orang yang wajib ke atasnya haji sebelum dia meninggal dunia, maka wajib ditunaikan haji bagi pihak dirinya dengan harta peninggalannya atau orang terlalu tua atau orang sakit yang tidak berupaya mengerjakan hajinya kecuali dengan mengupah orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak dirinya.

Syarat Istitha‘ah Mubasyarah Binafsihi


Orang yang mampu mengerjakan sendiri ibadat haji kerana kemampuannya dari segi harta dan fizikal terikat dengan beberapa syarat, iaitu:

(i) Mempunyai perbelanjaan atau bekalan yang mencukupi untuk dirinya ketika dalam perjalan pergi dan balik dan sewaktu dia melaksanakan ibadat haji, serta perbelanjaan sara hidup bagi orang yang diwajibkan ke atasnya menanggung nafkahnya semasa dalam pelayarannya.

(ii) Terdapat kenderaan untuk perjalanannya umpamanya kapal terbang, kapal laut, bas dan sebagainya, sama ada miliknya sendiri ataupun disewa dengan kadar sewaan biasa atau sewaan semasa menurut keadaan, tempat dan waktu.

Syarat ini adalah bagi orang-orang yang tinggal sejauh dua marhalah atau lebih dari Makkah al-Mukarramah iaitu jarak perjalanan yang membolehkan diqasharkan sembahyang.

Kedua-dua syarat di atas ada disebutkan dalam hadits Baginda Shallallahu ‘alahi wasallam daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah dia syarat yang mewajibkan haji itu?” Baginda bersabda: “Bekalan dan kenderaan.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

(iii) Hendaklah aman dan selamat dalam perjalannya daripada bahaya, seperti binatang buas ataupun musuh. Perkara ini bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga ke atas hartanya, kehormatannya dan juga keselamatan orang-orang yang bersamanya.

(iv) Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi kepayahan atau kesukaran yang tidak dapat ditanggung menurut kebiasaannya dalam perjalanan umpamanya kerana tua atau sakit.

(v) Mempunyai kesempatan dan masa bagi mengerjakan fardhu haji. Maksudnya ialah seseorang itu memenuhi syarat-syarat wajib haji pada ketika itu mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat urusan dan melakukan perjalanan bagi mengerjakan fardhu haji.

(vi) Bagi perempuan, hendaklah ditemani oleh suaminya atau mahramnya atau perempuan-perempuan yang boleh dipercayai berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam:

Maksudnya:
“Janganlah seorang perempuan belayar bagi kecuali bersamanya suaminya atau mahramnya.”
(Hadits riwayat Muslim)

Maka jika salah satu daripada syarat-syarat istitha’ah tersebut tidak dipenuhi, maka tidaklah diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mengerjakan ibadat haji.


Mengerjakan Haji Dengan Berhutang

Islam telah menetapkan bahawa ibadat haji tidak wajib ke atas orang yang tidak berharta. Islam juga telah menetapkan bahawa orang yang tidak berharta adalah tidak diwajibkan berhutang untuk mengerjakan ibadat haji.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah bertanya kepadanya (Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam) tentang seorang lelaki yang belum lagi menunaikan haji, “Adakah dia perlu berhutang untuk menunaikan haji itu?” Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menjawab: Tidak.”

(Musnad asy-Syafi‘e)

Begitu juga dalam sebuah atsar yang diriwayatkan daripada Thariq Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah mendengar anak Abu Awfa (salah seorang sahabat Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam) ditanya berkenaan seorang lelaki yang mahu berhutang dan mengerjakan haji (dengan hutangnya itu), beliau berkata: Mohonlah rezeki kepada Allah dan jangan berhutang.”
(Hadits riwayat al-Baihaqi)

Dalam hal ini juga, Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala ada menyebutkan dalam kitab beliau al-Majmu‘:

Ertinya:
“Apabila sudah tidak wajib (haji itu) ke atas orang yang memang sedia ada hutangnya kerana hutangnya itu, maka tidak wajib berhutang (untuk pergi haji) itu adalah lebih awla (utama) lagi.”

Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala berkata lagi:

Ertinya:
“Telah berkata ulama-ulama asy-Syafi‘eyyah: Sekiranya orang yang memberi hutang itu setuju hutang itu dibayar kemudian sehingga (orang yang berhutang itu) pulang dari mengerjakan haji, ibadat haji itu masih tidak wajib ke atas orang yang berhutang itu tanpa ada percanggahan pendapat.”

Oleh itu, tidak dituntut dalam Islam menunaikan ibadat haji dengan berhutang, kerana pada dasarnya orang yang berhutang dan orang yang mempunyai hutang dianggap sebagai orang yang belum mempunyai kemampuan (istitha‘ah) untuk mengerjakan haji.

Islam Tidak Menggalakkan Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadat Haji Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.”
(Surah al-Baqarah:185)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

(Surah al-Baqarah: 286)

Dalam konteks ini, jika sekiranya syarat-syarat wajib haji tidak dapat dipenuhi oleh seseorang, maka tidaklah wajib baginya pergi mengerjakan haji, walaupun haji itu salah satu daripada rukun Islam yang lima. Berhutang kerana tujuan tersebut adalah suatu perkara yang tidak dituntut oleh agama, kerana berhutang sangat membebankan dan boleh membawa akibat yang buruk seperti berlakumya kesusahan dan mengandungi risiko yang tinggi bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan tentang orang yang berhutang dengan sabda Baginda:

Maksudnya:
“Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya (hutang itu) awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya.”
(Hadits riwayat Malik)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

Maksudnya:
“Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung kerana hutangnya (yang belum dibayar) sehinggalah hutangnya itu dibayar.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Kedudukan Haji Orang Yang Berhutang

Walau bagaimanapun, sekiranya orang yang berhutang itu mengerjakan haji juga dengan duit yang dipinjamnya, maka ibadat haji yang dikerjakannya itu sah sebagai haji fardhu dalam Islam.
Apabila suatu hari nanti, jika dia sudah berkemampuan untuk mengerjakan haji, maka dia tidak lagi diwajibkan atau dituntut untuk mengerjakannya.

Ini jelas disebut oleh Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala:

Ertinya:
“Adapun untuk dikira haji yang dikerjakan itu menjadi haji Islam (haji fardhu), maka syaratnya ada empat perkara iaitu;

Islam, berakal, merdeka dan baligh. Jika seorang fakir berusaha dengan bersusah payah (untuk mendapatkan perbelanjaan bagi tujuan) mengerjakan haji, maka haji itu menjadi haji Islam.”

Beliau berkata lagi dalam kitabnya Minhaj ath-Thalibin:

Ertinya:
“Maka memadailah (sah) haji seorang yang fakir (yang berusaha dengan bersusah payah untuk mendapatkan perbelanjaan mengerjakan haji).”

Begitu juga asy-Syeikh al-Khathib asy-Syarbini Rahimahullahu Ta‘ala ketika mensyarahkan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala di atas dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj,
beliau berkata:

Ertinya:
"(Dan begitu juga memadai (sah) haji yang dilakukan oleh) setiap orang yang tidak berkemampuan apabila terkumpul (dua syarat) iaitu merdeka dan taklif (berakal dan baligh).”

Sebagai kesimpulan, orang yang tiada kemampuan dari segi kewangan, tidaklah perlu ia menyusahkan dirinya dengan berhutang untuk mengerjakan ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam, apatah lagi bagi orang yang sudah mengerjakan haji atau umrah.

Sumber :


Friday, November 19, 2010

Pandangan : Mengenai Penetapan Aidiladha


sekilas pandangan toriquljannah ...

salam satu malaysia,

jeng,jeng jeng....apa macam sahabat sekalian..sebenarnya perkara penetapan tarikh aidiladha ni sangatlah penting buat masyarakat islam.sepertimana yang kita tahu hari raya aidiladha pada kali ini berbeza dengan sambutan aidiladha di Makkah.Sedangkan bagi Hari Raya Aidiladha ini seharusnya kita tidak boleh selisih dengan Makkah kerana ibadah Haji itu jelas dan boleh dilihat dengan akal , contohnya bila jemaah haji wukuf ,bila jemaah haji melontar dan sebagainya ,semua itu adalah jelas.ini berbeza dengan penetapan hari raya aidilfitri

Saudara sekalian, Mereka di Makkah telah wukuf pada hari isnin 15 hb November 2010 dan seterusnya telah menyambut aidiladha yang jatuh pada 10 zulhijjah bersamaam 16 hb November 2010.Namun ulama yang nak sangat membantu membela nasib pemimpin yang disayangi dijabatan tertentu di negara ini telah menetapkan raya aidiladha jatuh pada hari rabu 17 November 2010 lewat satu hari lebih
daripada Makkah ( malaysia awal 5 jam dari Saudi )..sebenarnya , bukan lah aidiladha ni kita duk sibuk nak beraya je,tapi kita akan melibatkan banyak sangat hukum yang terkesan dari penetapan tarikh hari raya aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun . jom kita lihat..

- hari yang haram puasa menurut jumhur ulama islam ada lima.1) raya aidilfitri (2)raya aidiladha 10 zulhijjah (3,4,5) 3 Hari tasryik 11,12,13 Zulhijjah.

- umat islam juga disunatkan berpuasa pada hari arafah iaitu 9 zulhijjah setiap tahun.

- Hari yang disuruh untuk melakukan korban iaitu pada hari raya aidiladha dan hari Tasryik 10,11,12,13 Zulhijjah.

daripada 3 hukum yang thabit ini dapatlah kita buat rumusan daripada perbezaan tarikh antara kita dengan Makkah seperti berikut..:

- sekiranya umat islam yang ingin melakukan puasa sunat arafah iaitu pada 9 zulhijjah dimalaysia menjadi haram disebabkan dimakkah telah pun menyambut hari raya aidiladha dan telah pun masuk 10 zulhijjah yang mana merupakan hari haram berpuasa.

- bagaimana pula dengan tarikh untuk melakukan ibadah korban ? ini berikutan hari tasyrik kita dan makkah berbeza satu hari lebih lewat .Bagaimana dengan orang yang melakukan korban pada 13 zulhijjah sedangkan dimakkah hari tasryik sudah pun berakhir? bagaimana dengan ibadah korban yang dilakukan??

Entahlahh , bagi toriquljannah kita selaku masyarakat islam dimalaysia ni yang tidak berhak untuk menyuarakan pendapat kita telah jatuh sebagai yang digelar orang awam yang mana segala hukum atau ijtihad yang dilakukan dalam negara kita berpandu kepada orang yang di izinkan KERAJAAN untuk buat keputusan..so andailah mereka ambil mudah dengan perkara tersebut maka natijah nya yang boleh kita kata dekat mereka dan permerintah ( Jawablah Kamu Esok-esok didepan ALLAH ) . sesunguhnya amatlah berat jadi pemimpin apatah lagi pemimpin yang awal-awal lagi telah menolak Islam..

Wallahua'lam, sekadar pandangan..