Glitter Words

Wednesday, April 8, 2009

Erti Sebuah Peperiksaan


Pertama sekali Alhamdulillah sebab Allah bagi juga ana dan sahabat-sahabat yang len kesempatan untuk terus hidup kat muka bumi Allah nie..bila mana dah bergelar manusia,kita semua tak buleh arr nak lari dari ujian hidup.tak kira ujian dari Allah Ta'ala atau sebagai nya.bge kami yang bergelar student ni kami masih lage kena tempuh satu ujian iaitu peperiksaan..
Alhamdulillah lah, are ni ana dah pun lepas dua madah.Hifz Quran & Qodaya Muasirah(isu semasa)..
Alhamdulillah sekali lge sbb Allah bagi nikmat untuk menjawab dengan sempurna.selebihnya tu tawakal jelah..
Apa yang nak dikongsikan dalam post ni,ana nak ajak diri ana dan sahabat2 menilai apa tu erti pepriksaan ?? adakah kita ni sekadar duk study je,atau duk hapal je,atau duk baca buku sampai tak wat benda yang lain..bagi ana, bila disebut exam semua usha2 yang boleh membawa kepada berjaya tu memang perlu,kita tak boleh lari dari kne study,kne ngapal n kadang-kadang rasa smpai dah tak terdaya nak study terutamanya bila kne madah atau subjek yang susah..tapi semua usha kita ni perlu sebab disebalik usha yang gigih tu Allah akan kira dan nilai sejauh mana kita lakukan untuk peroleh kejayaan.yang penting dalam kita berusha tu kita letakkan lah keikhlasan sebagai satu ramuan dan dengan nya insyaAllah Allah Ta'ala lebih mencintai dan lebih menilai dan seterusnya merahmati semua itu , amin...
Suka ana nak sebut kat sini, lepas kita dah usha , study smart n hard semua. apa yang perlu ada pada diri kita adalah sikap kita untuk terus berdoa dan bertawakal,dan sebelum tu yang utama nya adalah kita harus lah memohon keampunan terhadap Allah dan kita banyak kanlah berIstigfar pada nya,sebab dalam satu hadis nabi bersabda yang maksud nya ( istighfar itu pemakbul doa-doa) . dengan adanya prinsip doa dan tawakal ni lah yang menjadikan kita lebih kuat dan lebih tawaduk dalam meuntut ilmu sebab kita akan terus ingat bahawa kita sebagai hamba tak ada daya upaya ,yang ada disisi kita semua adalah dari Allah ta'ala dan harus pulak bagi Allah nak mencabut atau memberi hak kepada setiap hamba2nya..bila kita dalam dewan exam apa yang ada hanyalah Rahmat Allah Ta'ala,segala usha gigih kita tak akan berjaya tanpa rahmat darinya..akhir kalam.bitaufiq wa najah fi fatroh imtihan..amin .wallahualam.

No comments:

Post a Comment