salam sejahtera dan salam syaban dari ana..alhamdulillah setelah lama bercuti Allah kembalikan ana ke bumi Malaysia ni dengan sihat walafiat bersama kedua orang tua ana..sekadar ingin berkongsi pengalaman,ana rasa tak salah sekiranya ana ingin mnulis dalam blog ni sedikit pengalaman ana dan usrah yg baru sahaja pulang dari bumi Allah ' great britain '..alhamdulillah syukur lagi sekali ana ucapkan kepada sang pencipta kerana dengan rezeki dan rahmat dari nya dpt ana bersama kedua ibu bapa pergi ke bumi london dan telah sampai disana pada 1 hb julai yang lalu.sebelum ana pergi terus kepada tujuan utama penulisan ana dalam blog ini .ingin ana menceritakan sedikit sejarah ' United Kingdom '..disana ana mintak akak ana ceritakan sedikit tenteng sejarah UK ni.United Kingdom terbentuk hasil beberapa Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.apa yang nak ana ceritakan disini tentang keindahan muka bumi nya dan sikap masyarakat barat terhadap masyarakat luar..bagi ana , masyarakat uk merupakan satu masyarakat yg boleh dikatakan tinggi budi bahasanya.walopun dia bukan beragama islam.bagi ana dan family andainya masyarakat islam sekarang mempunyai budi bahasa macam mereka ana yakin bahawa alangkah tinggi nya penghormatan masyarakat bukan islam kepada kita.namun sayang ,masyarakat kita kebanyakan nya masih kurang mampu untuk mengikut akhlak yang dibawa dan diajarkan oleh syariat islam yang mna dibawa oleh junjungan mulia kita saidina Muhammad.pernah ditanya kepada saidatina Aishah R.A ,bagaimana kah aklak suami mu Muhammad?,maka jawab Aishah akhlak suaminya seperti Al-quran..alangkah indahnya..Bukan ana nak memuji masyrakat barat di UK ,tapi sekadar mengambil iktibar,bayangkan mereka kalo bertemu dengan kita mereka tak sombong untuk mngucapkan ' morning' dan melemparkan senyuman walaupun banyak kali berjumpa...bila kita lihat kembali masyarakat kita sebahagianya hendak senyum bila berselisih pun susah sedangkan senyum itu satu sedekah,masakan pula mereka nak menghulurkan ucapa salam kepada kita..dan yang lebih sedih lagi mereka bila kita beri salam jawab salam pun tak nak..adakah salah kita mendoakan keselamatan pada saudara seislam kita?berapa lalai nya umat islam sekarng dengan hal2 syariat ini.biarpun nampak mudah tapi itu adalah sebahagian daripada kecantikan islam..
Seterusnya ,suka ana nak berkongsi sedikit keindahan ciptaan Allah di muka bumi nya.setelah puas ana teman mak ana shoping dan pergi jalan-jalan di kota london selama 4 hari ana pergi ke machester untuk pulang ke rumah akak ana,setelah berehat,ana dan family pergi ke Scotland,dalam perjalanan sepanjang 7 jam ,masyallah alangkah indahnya pemandangan bumi Allah disana.disana suhu sangat sejuk dengan 9darjah celcius..rasanya 3 lapis baju pun tak cukup.sebenarnya dipenghujung scotland jadi sejuk disebabkn sudah hampir dengan kutub utara.
Kesimpulanya,bagi ana alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)
Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. bagi ana secara tidak langsung keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.dan seterusnya dapat menyampaikan dakwah mereka berdasarkan pengalaman...
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment