Glitter Words

Monday, March 2, 2009

(Dari Tinjauan Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setia
p Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan
80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Tambah beliau,
hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu
hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kalisehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu

Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.


``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.

Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.

Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.

``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis.


Memang inilah masalah besar yang melanda "umat islam yang mengaku beriman" kat negara ni ...mmg logiclah jugak kajian Dr. Fadzilah ni sbb aku tgk company aku ni staff melayu dekat 70 org tapi yg nampak konsisten sembahyang aderlah 10 orang kot...samalah macam ofis lama member aku staff 40 org yang sembahyang 3 orang....hehehehhe...kalau perempuan tu mgkin jugak ada inteference "act of God" ..tapi kalau lelaki time jumaat pun dok opis...sibuk (dan buat2 sibuk) pastu bulan puasa pun dok kat pantry makan2 ngan staff pompuan...huhuuhhuhuu....
Semoga Allah mambantu kita dan keluarga kita dalam memelihara kewajipan ini.

Larangan Mengambil Orang Kafir Sebagai Wali


Firman Allah Taala: "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."( Ali Imran, ayat 28)

Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

Sebab Turun Ayat
Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Hukum Dari Ayat Ini
Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan?
Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi'i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:
Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa' dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan.

2. Mazhab Maliki. Mereka berpendapat bahawa meminta bantuan orang kafir dalam peperangan adalah tidak dibenarkan.

Alasan mazhab ini ialah, larangan berbuat demikian adalah bersesuaian dengan zahir ayat al-Quran:
Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Mazhab ini juga menggunakan kisah Ubadah bi Shomit yang menyebabkan ayat di atas diturunkan.

Selain itu, mereka berhujah dengan Hadis Nabi riwayat Aisyah, di mana seorang lelaki musyrik yang gagah dan tangkas datang kepada Nabi Muhamad s.a.w. Ketika itu peperangan Badar sedang tercetus. Lelaki tadi meminta izin dari Nabi untuk ikut serta dalam peperangan tersebut. Nabi bersabda:
"Kembalilah, aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik."

Jawapan jumhur ulamak terhadap hujah mazhab Maliki:
1. Hujah yang digunakan oleh mazhab Maliki telah dinasakhkan oleh perbuatan Nabi sendiri.
2. Ataupun, boleh jadi hujah tersebut tidak dinasakhkan tetapi ketika itu nabi tidak memerlukan bantuan orang kafir. Atau berkemungkinan tiada kepercayaan terhadap kesetiaan orang kafir berkenaan.


Hukum Kedua: Taqiyah
Apakah itu taqiyah yang tercantum di ayat:
"... .kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka."?

Maknanya ialah bahawa seseorang mengucapkan perkataan dengan lidahnya, sedang hatinya tetap teguh dengan keimanan. Definasi ini diberikan oleh Ibnu Abbas r.a.

Sebahagian ulamak mengatakan taqiyah ialah memelihara diri dan harta benda dari kemusnahan musuh dengan cara menzahirkan apa yang mereka mahu tetapi tidak dengan keyakinan hati.

Apakah hukumnya?
Jelas bahawa ayat di atas membenarkan perlakuan taqiyah demi untuk memelihara diri dari kezaliman. Terdapat ayat lain yang semakna dengannya iaitu:
Ertinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, sesudah ia beriman (maka ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dan beriman. (al-Nahl, ayat 106)

Dan, walaubagaimanapun taqiyah bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan. Ia adalah bentuk keringan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah. Ketika seseorang itu dipaksa (dengan ancaman kemusnahan) untuk menjadi kafir, dia boleh memilih antara berbuat taqiyah (melafazkan kata kufur tetapi hatinya tetap beriman) ataupun tetap tidak berganjak sehingga dirinya terbunuh. Dan yang kedua ini adalah lebih afdhal.

Hukum Ketiga: Menyerahkan kepimpinan kepada orang kafir, serta mempergunakannya dalam semua urusan kaum muslimin.

Berdasarkan ayat:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali .." mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau menguruskan urusan kaum muslimin adalah tidak dibenarkan. Begitu juga mengambil mereka sebagai pekerja atau pelayan. Samalah halnya kita tidak boleh menghormati atau memuliakan mereka di majlis, atau berdiri ketika mereka datang. Kerana perbuatan ini merupakan penghormatan kepada mereka. Bukankah kita diperintahkan agar merendahkan mereka, firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." (al-Taubah, ayat 28)

Hukum Keempat: Hukum berpura-pura dengan menunjukkan kebaikkan/sokongan kepada penjahat. Ini merupakan muslihat dan diplomasi.

Perbuatan ini adalah dibenarkan. Rasulullah pernah melakukannya sebagaimana yang tercantum di dalam sabdanya:
"Kami tersenyum manis kepada suatu kaum, padahal hati kami melaknat mereka."

Walaubagaimanapun ia tidak boleh sampai ke peringkat boleh memudaratkan orang lain atau menyalahi dasar-dasar ajaran Islam.

Rujukan

Al-Quran
Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?


Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ("afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan "illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.