Glitter Words

Thursday, October 8, 2009

Sister In Islam (SIS) Perancangan Memusnahkan Agama ALLAH

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca yang kebanyakan mereka adalah orang awam yang tidak begitu mahir dengan islam.'Sisters in Islam' ini membawa prinsipnya yang mana mereka ingin mempertahankan kebebasan hak individu wanita. Apa yang menyedihkan pendokong badan ini di negara kita yang dikatakan negara islam oleh sesetengah pihak merupakan mereka yang berpengaruh dan berpendidikan tinggi .Antara dakwaan beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas,serta membincangkannya.Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu samada ilmu duniawi umumnya atau ukhraw khususnya, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.Secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Apa yang kita lihat disini mereka mempunyai masalah dalam memahami erti dan maksud ' Keadilan ' itu sendiri.bagi mereka keadilan adalah satu perinsip kesamarataan tidak kira atas siapa tanggunjawab itu ditaklifkan.SIS mengatakan yang mereka ingin menuntut kesemarataan namun mereka sendiri salah untuk mentakrifkan 'keadilan' tersebut. Sekiranya mereka ingin sama kan hak wanita dengan hak lelaki ,suka saya membawa sedikit contoh mudah dalam prinsip mereka ini. Andailah sebuah van yang membawa kaum wanita dan kaum lelaki rosak ditengah jalan dan van tersebut mestilah ditolak untuk sampai kesuatu destinasi yang selamat adakah wajar bagi kaum wanita menolak van tersebut selepas setengah daripada perjalanan itu telah ditolak oleh kaum lelaki ?? bukan kah kesamarataan yang diinginkan disini oleh SIS telah secara tidak langsung menindas kaum wanita yang mana mereka murapakan kaum yang lemah? Oleh yang demikian itu kita semua harus menolak apa yang ditafsirkan oleh SIS ini mengenai maksud kesamarataan dan keadilan. Oleh kerana itu islam membawa maksud 'adil' adalah meletakan sesuatu pada tempatnya.yang mana tidak boleh lari mengikut pentakrifan tersebut terhadap suatu prinsip iaitu keatas siapa sesuatu hukum atau tangunjawab itu harus diletakan.

Apa yang ditulis dalam laman web SIS sendiri beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

# Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Lihatlah petikan, ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Buat SIS ,ketahuilah sekiranya kamu masih benar-benar islam ,ayat ini adalah kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan untuk mengambil sesetengah individu.Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari seterusnya memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Wallahua'lam..

Latar belakang golongan berfahaman liberal dalam Islam

Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan gama lain di Malaysia.

Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama.

Bila munculnya Liberal dalam Islam?

Ia bermua di di dunia barat apabila menjelangnya zaman kebangkitan barat (selepas kejatuhan Andalusia 1492), serta kebangkitan golongan yang anti gereja atas nama kemajuan teknologi barat. Gereja telah lama mengongkong umat Kristian sehingga mereka tidak dapat membangkitkan tamadun seperti Umat Islam di Baghdad dan Sepanyol.

Islam adalah agama ilmu. Kerana itu Islam melahirkan ramai ilmuan yang meliputi ilmu sains, teknologi, sosiologi, sejarah, agama, politik dan kesenian tanpa mereka menyerang para ulama’ dan Al-Quran. Mereka masih Islam dan menggunakan ilmu untuk memajukan Islam.

Akibat kongkongan Gereja dan Raja di Barat yang zalim, golongan cerdik pandai di Barat mula menentang gereja dan bermulalah kegiatan sekularisme (pemisahan agama dengan kehidupan) serta liberalisme barat (pembebasan ilmu dengan agama).

Mengapa Idea Liberal masuk ke dunia Islam?

Golongan ilmuan Islam yang dijajah oleh Barat mula mengkagumi kehebatan barat selepas tamadun Islam dipindah ke Barat. Mereka mula mengagumi

  • Hiburan barat
  • Teknologi barat
  • Pakaian dan cara hidup barat
  • Cara Barat berfikir

Apakah saranan golongan liberal di Malaysia

  • Jauhkan institusi ulama’ dari pentadbiran
  • Setiap individu berhak sepenuhnya ke atas dirinya dan tiada pantauan moral boleh dilakukan.
  • Biarkan kehidupan bebas (gay, lesbian, arak, pengguguran anak)
  • Menyerang sistem poligami Islam.
  • Mengatakan sistem kehakiman Islam zalim dan tidak berperi kemanusian.
  • Tiada paksaan terhadap waniota untuk menutup aurat.
  • Menyerang bahawa Islam membenarkan penderaan isteri kerana dikatakan Islam membenarkan pemukulan Isteri secara wewenang.
  • Menyamataraf semua agama di Malaysia.
  • Ingin menghapus terus Mahkamah Syariah di Malaysia.
  • Membenarkan kebebasan bersuara sehingga penghinaan terhadap Nabi dibiarkan.

Tuesday, July 28, 2009

Indahnya Bumi Allah


salam sejahtera dan salam syaban dari ana..alhamdulillah setelah lama bercuti Allah kembalikan ana ke bumi Malaysia ni dengan sihat walafiat bersama kedua orang tua ana..sekadar ingin berkongsi pengalaman,ana rasa tak salah sekiranya ana ingin mnulis dalam blog ni sedikit pengalaman ana dan usrah yg baru sahaja pulang dari bumi Allah ' great britain '..alhamdulillah syukur lagi sekali ana ucapkan kepada sang pencipta kerana dengan rezeki dan rahmat dari nya dpt ana bersama kedua ibu bapa pergi ke bumi london dan telah sampai disana pada 1 hb julai yang lalu.sebelum ana pergi terus kepada tujuan utama penulisan ana dalam blog ini .ingin ana menceritakan sedikit sejarah ' United Kingdom '..disana ana mintak akak ana ceritakan sedikit tenteng sejarah UK ni.United Kingdom terbentuk hasil beberapa Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.apa yang nak ana ceritakan disini tentang keindahan muka bumi nya dan sikap masyarakat barat terhadap masyarakat luar..bagi ana , masyarakat uk merupakan satu masyarakat yg boleh dikatakan tinggi budi bahasanya.walopun dia bukan beragama islam.bagi ana dan family andainya masyarakat islam sekarang mempunyai budi bahasa macam mereka ana yakin bahawa alangkah tinggi nya penghormatan masyarakat bukan islam kepada kita.namun sayang ,masyarakat kita kebanyakan nya masih kurang mampu untuk mengikut akhlak yang dibawa dan diajarkan oleh syariat islam yang mna dibawa oleh junjungan mulia kita saidina Muhammad.pernah ditanya kepada saidatina Aishah R.A ,bagaimana kah aklak suami mu Muhammad?,maka jawab Aishah akhlak suaminya seperti Al-quran..alangkah indahnya..Bukan ana nak memuji masyrakat barat di UK ,tapi sekadar mengambil iktibar,bayangkan mereka kalo bertemu dengan kita mereka tak sombong untuk mngucapkan ' morning' dan melemparkan senyuman walaupun banyak kali berjumpa...bila kita lihat kembali masyarakat kita sebahagianya hendak senyum bila berselisih pun susah sedangkan senyum itu satu sedekah,masakan pula mereka nak menghulurkan ucapa salam kepada kita..dan yang lebih sedih lagi mereka bila kita beri salam jawab salam pun tak nak..adakah salah kita mendoakan keselamatan pada saudara seislam kita?berapa lalai nya umat islam sekarng dengan hal2 syariat ini.biarpun nampak mudah tapi itu adalah sebahagian daripada kecantikan islam..
Seterusnya ,suka ana nak berkongsi sedikit keindahan ciptaan Allah di muka bumi nya.setelah puas ana teman mak ana shoping dan pergi jalan-jalan di kota london selama 4 hari ana pergi ke machester untuk pulang ke rumah akak ana,setelah berehat,ana dan family pergi ke Scotland,dalam perjalanan sepanjang 7 jam ,masyallah alangkah indahnya pemandangan bumi Allah disana.disana suhu sangat sejuk dengan 9darjah celcius..rasanya 3 lapis baju pun tak cukup.sebenarnya dipenghujung scotland jadi sejuk disebabkn sudah hampir dengan kutub utara.
Kesimpulanya,bagi ana alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:

“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)

Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. bagi ana secara tidak langsung keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.dan seterusnya dapat menyampaikan dakwah mereka berdasarkan pengalaman...

wallahua'lam..

Monday, June 29, 2009

Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi


HUJAH AHLI SUNNAH KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI (PENGIKUT-PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB )

1-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh.

Jelas mrk menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: "Allah duduk di atas kursi". Sedangkan Allah ta'ala telah befirman Maksudnya: Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.(Asyura ayat:11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam

2-Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan :

Riasah Ammah lilifta' Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: "penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela". Sedangkan Allah ta'ala berfirman: Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11).

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

3-Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74 Makkah

Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta'ala itu di atas arasy". Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda yg bermaksud:" Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari Ketahuilah bahawa Allah ta'ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian. Maha suci Allah dari bertempat.

4-Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid, Karangan Mohd Basmir, m/s: 16 Riyadh

Wahabi mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ). Sedangkan Allah ta'la telah berfirman menceritakan mengenai Abu Lahab Maksudnya: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala". Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.
5-Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam, m/s: 32, terbitan:

Riasah 'Ammah lilifta' Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: "pengikut Asya'irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah". Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: "jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang dimaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah". Pengikut Asya'irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah

6-Rujuk juga Kitab mereka: Fathul Majid, Karangan: Abdul Rahman m/s 353 Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.

Wahabi berdusta dengan mengatakan bahawa: "kebanyakan Ahlu Sunnah mengkafirkan pengikut asya'irah." Sedangkan Ahli sunnah dan jama''ah di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah golongan asy'ari dan maturidi Ketahuilah bahawa Pengikut-pengikut Imam Asy'ari adalah golongan umat Islam kini.

7-kitab mereka: Al-iman Bil Anbiya' Jumlahtan, Karangan: Abdullah bin Zaid, cetakan Maktabah Islami, Beirut:

Wahabi mengatakan bahawa Adam bukanlah nabi ataupun rasul. Sedangkan RAsulullah telah bersabda daripada Abi umamah, seorang lelaki bertanya nabi: " wahai rasulullah adakah Adam itu seorang nab"i? Beliau menjawap: " ya, diturunkan wahyu kepadanya".H.R Ibnu Hibban. Dan ketahuilah bahawa Ijma' ulama mengatakan bahawa Adam adalah nabi

Monday, May 25, 2009

MENITI SEJARAH TARIQ BIN ZIYAD


Mendung hitam menyelubungi bumi Spanyol. Eropah sedang dikongkong sepenuhnya oleh penjajah iaitu Raja Gotik yang zalim. kaum Wanita terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan koncunya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebagian besar penduduk yang beragama Kristen danYahudi berpindah ke Afrika dengan harapan mendapat ketenangan yang lebih baik. Dan masa tu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi karena berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan yang turut serta berpindah itu adalah Julian, Gubernur Ceuta yang putrinya Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gotik. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian kepantai selatan Spanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad, daripada bangsa Barbar yang juga mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12.000 anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropa.

Setelah sampai kapal-kapal yang berisi tentera islam di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai Jabal Tariq (karang Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar. Diatas bukit karang itu Tariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. arahan ini membuat tenteranya keheranan. “Kenapa Andalakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Tariq tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya 2 pilihan,menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid di jalan Allah. Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorangpenyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul”Piyam-i Mashriq”: “Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Spanyol), Prajurit-prajurit mengatakan, tindakannya tidak bijaksana. Bagaimanabisa mereka kembali ke negeri Asal, dan perusakan peralatan adalahbertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahwa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Kata-kata Tariq itu menaikan semangat prajuritmuslim yang dipimpinnya. Bala tentara muslim yang berjumlah 12.000 orang maju melawan tentara Gotik yang berkekuatan 100.000 tentara. Pasukan Kristen jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim.

Tanggal 19 Juli tahun 711 Masehi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu, keduanya berperang dekat muara sungai Barbate. Pada pertempuran ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hingga Raja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Spanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Tariq membagi pasukannya menjadi empat kelompok, dan menyebarkan mereka ke Kordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersamapasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Spanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan berarti. Kecepatan gerak dan kehebatanpasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gotik.

Rakyat Spanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahanbangsa Gotik, mengelu-elukan orang-orang Islam. Selain itu, perilaku Tariq dan orang-orang Islam begitu mulia sehinggamereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling seru terjadi di Ecija, yang membawakemenangan bagi pasukan Tariq. Dalam pertempuran ini, Musa bin Nusair, atasannya, sang raja muda Islam di Afrika ikut bergabung dengannya.

seterusnya kedua jenderal itu bergerak maju terus dan dalam jangka waktu kurang dari 2 tahun seluruh dataran Spanyol jatuh ke tangan Islam. Portugis ditaklukkan pula beberapa tahun kemudian.

“Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu,” tulis Phillip K.Hitti, “ wilayah Eropa yang paling luas yang belum pernah mereka peroleh dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan keberhasilan operasi ke Spanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”

Penaklukkan Spanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleranan dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristen, digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yangluar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristen dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa efek luar biasa. Orang-orang Kristen termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulis Kristen terkenal menulis: “Muslim-muslim Arab itu memerintah kerajaan Kordova yang baik adalah sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. Dan saat itu Eropah sedang dalam keadaan yang tidak menentu.”

seterusnya Tariq bermaksud untuk menakluk seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lain. Saat merencanakan penyerbuan ke Eropah, datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Tariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Tariq wafat di sana. panglima Islam berbangsa Barbar yang telah menakluk Spanyol iaitu sebuah wilayah Islam terbesar di Eropa selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari jadi Ayah


salam ukhwah wat sekalian sahabat..


ermmm sebenarnya ni dah kali kedua ana tulis kat post atas tajuk ni sebab tdi dah tulis banyak-banyak terpadam arr..kecik jgak hati


hehehe.tak pelahh...


sebenarnya ana cuma nak kongsi kegembiraan keluarga ana terutamanya buat mak & ayah ana.


Petama sekali ,rasanya belum terlewat untuk ana ucapkan selamat hari Ibu kepada semua warga yang bergelar Ibu di muka bumi Allah ni..Buat mak tercinta,Hjh Zalihah Bt Ishak selamat hari ibu lagi sekali It ucapkan..terima kasih menjaga dan mendidik orang n memelihara orang sampai jadi besooorr macam ni..hehe.


Sebenar nya secara kebetulan hari Ibu 10 hb mei tu dekat je dgn hari lahir ayah 8 mei,so pada taun ni kami sekeluarga sambut arr meriah sikit disekalikan dengan pembukaan lawyer firm my sister pada 10 mei hari tu..


Buat ayah Hj Sulaiman bin Hj sharif,orang ucap kan Selamat hari Lahir yang ke-60 sekali lagi,semoga dipanjangkan umur mu,di murahkan rezeki,diberkati ilahi dan ditetapkan iman mu amin ya rob..jasa mu ku kenang dulu kini dan selamanya..nak cerita arr skit pasal ayah ana ni,ayah ana ni dia pelik bagus orang nya,walaupun garang n tegas tapi dia adalah contoh yang ana rasa ana perlu ikut apa yang ada dalam diri nya,pertama sekali semangat study ,dia sanggup sambung study dia kat azhar dalam usia 40 tahun,dalam masa yang sama dah mempunyai isteri dan 5 orang cahaya mata termasuk ana,msa tu ana bru dua tahun.alhamdulillah dengan berkat usia dia 5 tahun je dia berjaya tamat kan study dia kat sana dalam bidang sarjana muda usuluddin.pastu dia ni seorng yang berani teramat sangat dalam kuliyah atau ceramah dia,2,3 kali juga kene pangil dgn menteri besor johor kne warning arr konon tapi bila Ghani osman suruh jabatan agama ambil tindakan dia orang tak mampu buat apa-apa sebab malu dengan ayah ana maklumlah kawan-kawan dia jugak.sebenarnye masa blik meser ayah ditawarkan naik jabatan agama johot kalo tak silap bahagian jabatan mufti tapi dia tak nak,dia teteap nak jadi guru besar sekolah agama kerajaan johor.pastu dah akhir-akhir usia kerjaya dia ,ayah ana dipaksa naik sebagai pegawai pendidikan agam segamat..moral dia kat sini sebenarnya dalam dunia sekarng memang payah nak sampaikan benda yang hak,betul lah dalam hadis sebut "kulli hak walau murun"berkata yang hak walaupun pahit..


ala kulli hal Tahniah wat ayah n tahniah buat mak sebab berjaya didik kami sekeluarga..semua anak-anak mak dan ayah sayang mak dan ayah..semoga dirimu dirahmati ilahi..

Wednesday, April 8, 2009

Erti Sebuah Peperiksaan


Pertama sekali Alhamdulillah sebab Allah bagi juga ana dan sahabat-sahabat yang len kesempatan untuk terus hidup kat muka bumi Allah nie..bila mana dah bergelar manusia,kita semua tak buleh arr nak lari dari ujian hidup.tak kira ujian dari Allah Ta'ala atau sebagai nya.bge kami yang bergelar student ni kami masih lage kena tempuh satu ujian iaitu peperiksaan..
Alhamdulillah lah, are ni ana dah pun lepas dua madah.Hifz Quran & Qodaya Muasirah(isu semasa)..
Alhamdulillah sekali lge sbb Allah bagi nikmat untuk menjawab dengan sempurna.selebihnya tu tawakal jelah..
Apa yang nak dikongsikan dalam post ni,ana nak ajak diri ana dan sahabat2 menilai apa tu erti pepriksaan ?? adakah kita ni sekadar duk study je,atau duk hapal je,atau duk baca buku sampai tak wat benda yang lain..bagi ana, bila disebut exam semua usha2 yang boleh membawa kepada berjaya tu memang perlu,kita tak boleh lari dari kne study,kne ngapal n kadang-kadang rasa smpai dah tak terdaya nak study terutamanya bila kne madah atau subjek yang susah..tapi semua usha kita ni perlu sebab disebalik usha yang gigih tu Allah akan kira dan nilai sejauh mana kita lakukan untuk peroleh kejayaan.yang penting dalam kita berusha tu kita letakkan lah keikhlasan sebagai satu ramuan dan dengan nya insyaAllah Allah Ta'ala lebih mencintai dan lebih menilai dan seterusnya merahmati semua itu , amin...
Suka ana nak sebut kat sini, lepas kita dah usha , study smart n hard semua. apa yang perlu ada pada diri kita adalah sikap kita untuk terus berdoa dan bertawakal,dan sebelum tu yang utama nya adalah kita harus lah memohon keampunan terhadap Allah dan kita banyak kanlah berIstigfar pada nya,sebab dalam satu hadis nabi bersabda yang maksud nya ( istighfar itu pemakbul doa-doa) . dengan adanya prinsip doa dan tawakal ni lah yang menjadikan kita lebih kuat dan lebih tawaduk dalam meuntut ilmu sebab kita akan terus ingat bahawa kita sebagai hamba tak ada daya upaya ,yang ada disisi kita semua adalah dari Allah ta'ala dan harus pulak bagi Allah nak mencabut atau memberi hak kepada setiap hamba2nya..bila kita dalam dewan exam apa yang ada hanyalah Rahmat Allah Ta'ala,segala usha gigih kita tak akan berjaya tanpa rahmat darinya..akhir kalam.bitaufiq wa najah fi fatroh imtihan..amin .wallahualam.