Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b.  Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi  at-Tamimi di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah  Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang  kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan pendapat  Shaikh Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun  1694M/1115H adalah Golongan Wahabi manakala pada 1703M/1124H adalah ahli  sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H.
Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika  itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan  umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi ”  Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka  melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )” .Banyak hadis-hadis  lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan  sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila  berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga,  membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara  tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara  faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.
ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN
Ahli Najd terbahagi kepada dua golongan ,  badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan  badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai  wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu  terdiri dari Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir,  Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan  banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah  Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan  kawasan pendalaman.
 
Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan  berbincang dengan beberapa ulama’ fuqaha’ lalu memberikan dan menyatukan  beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan  diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan  baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka  yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab  melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah  sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir  al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau  untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di al-Uyainah kira-kira 8  bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya  terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan  pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah  ke ad-dar’iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa  mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan  persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan  politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M.
ULAMA  AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya  mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan  pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama’ al-Harmain serta memasukkan  beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama’ al-Harmain (diantara  mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul,  As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh  Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa  keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka Akhirnya Ulama’  al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat,  setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan  umat Islam.
Ulama’ Harmian pun menulis sepucuk surat  lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar’e Mekah, yang  akhirnya menjatukan hukuman kepada mereka yang mulhid ini dipenjara,  malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri  ke ad-Dar’iyah ( sekarang ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad )  dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah  pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada  1153H/1732M.
Muhammad bin Abdul  Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun.  Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul  Wahab.
WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF
Apabila  pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk  mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan  kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang  hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan  Amir Mekah As-Syarif Ghalib b. Musaaid b. Said b. Saad b. Zaid. Lantaran  itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban  seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu  membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah  pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi  sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa’edah 1217H, lalu  menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak  ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi.  Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta  melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah.
Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah  haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang,  lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah  selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing,  golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada  ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada  ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh  penduduk Mekah sehingga mereka berasa amat takut apa yang berlaku di  Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat  membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H,  golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana  selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan  serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin.
Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke  Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah,  golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan  mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini  megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.
WAHABI  MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.
Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi  mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir  as-Syarif Abdul Mu’ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba  berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka.
Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah  serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk  Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing  akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah  terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian  tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh  perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa’edah 1220H,  mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah ,  mereka menceroboh ‘Bilik Nabi’ dan mengambil semua harta benda  termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud  yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan  jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama’ melarikan diri  antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi.
Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe’  seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu  mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. ,  apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya “ lambang bulan  sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka  mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah  yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau  itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta  membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota  Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari  tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi  Tarikh Masjid al-aw’walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail  al-Madani al-Barzanji)
Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji  dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun  kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah  dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama  kira-kira 7 tahun.
SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI
Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha  pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera  untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau  melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan  Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah  pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah  kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera  Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal pulang ke Mesir.  Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh  sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang  telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang  bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M.  Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu  tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan  al-Amir Faisal
SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI
Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz  pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama  tenteranya menguasai as-Safra’ dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan  memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa’edah . Kemudian beliau  menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram  1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan  Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya  ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama mereka  anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal  1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz  ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi yang merupakan Amir  Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan  dihukum bunuh. 
Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah  pada bulan Zul Qa’edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu  Musa’d lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik  pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa’d untuk  dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H  Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya  ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “  Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman  al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik  di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga  beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H.
Pada bulan Sya’ban  1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke  Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan ‘Asir untuk mengesan dan menjejaki  serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya  sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi  golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada  bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu  digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali  semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada  bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan  Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan  bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1  tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan  tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa  golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan  selebihnya tinggal di Ad-Dar’yah kemudian melantik Abdullah b. Saud  sebagai peminpin mereka.
BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA
Amir  Wahabi Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin  Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah,  sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad  Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh  kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk  memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang  suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad  Dar’yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka  berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa’edah 1233H  dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.
AMIR  WAHABI DIHUKUM BUNUH
Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu  beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17  Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar  dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir  menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki  Istana, maka Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya  berkata ;
Muhammad Ali Basha : Apakah ini berterusan (  peperangan ) ?
Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal  balik (sekali menang dan sekali kalah ).
Muhammad Ali  Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?
Amir  Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami
Muhammad  Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.
Lalu  mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat  sebuah kota kecil yang berbungkus
Muhamad Ali Basha : Apa ini ?
Amir  Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah  bilik sahabatnya bersama ku.
Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar  kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada  khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di  samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada  zamrud.
Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di  Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)
Amir Wahabi : Aku  dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif  ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan  orang-orang as-Syarif.
Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil  daripada as-Syarif
Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke  Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali  semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas  beliau memusnahkan Negeri ad-Dar’yah sehinggalah golongan Wahabi  meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul  Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi’ul Awal, beliau bersama pengikutnya  diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan  masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ”  manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang  berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa  tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan  dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula bercita-cita  untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.
SERANGAN JIHAD  TERHADAP WAHABI
Ramai di kalangan Ulama’ Mekah, Madinah,  Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad  dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan  ulama’ yang mu’tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar  Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik  dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.
Setelah mereka  selesai menunaikan solat lalu menuju ke ‘Bab as-Thani’ mereka dapati  sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh  golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh,  maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan  Wahabi bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu berhimpunlah  sekelian ulama’ di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang  disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad  Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni. berbunyi : Wahai! Ulama’,Qadhi, Mufti  adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..…
(  Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni  at-Tamimi al-Kadzabi )
Kemudian ada pula daripada Ulama’, Qadhi,  Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang  datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara  menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama’  menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan  menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram.  Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu.  Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang  siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh  memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama’ bersepakat tanpa berlaku  sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas  menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu,  seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk  melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah (Sila  rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad ‘al ar-Risalati an-Najdiyati  m.s.84-86 )
Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini,  Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu  sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah  Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat  untuk menentang Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi  setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman  sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan  Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu  peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah  ,dan juga tentera Khawarij. ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah  m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Sayafe)
Universiti  al-Azhar es-Syerif