Glitter Words

Wednesday, April 28, 2010

Langkawi with my ousemate :-)



kat jeti feri kuala kedah

salam...lalala...wat sahabat sekalian,rasanya sudah seminggu jugak tak mencoret kan apa-apa dalam blog daku ni,maklumlah sekarng ni kan exam time,so nak tak nak kena lah study-study sikit,mudah-mudahan ada imbal balas dari Allah atas usha kita semua...

apa yang nak dibebelkan dekat penulisan kali ini adalah...jeng jeng jengggg...


berangan kat jeti sambil pikir kan masa depan

Sebenarnya kan , dalam kesibukkan exam ni kami satu umah telah pun pergi makan angin kat langkawi,sebenarnya diri ni mula-mula tak nak pergi,sebab masalah kewangan yang tiba-tiba allah uji dengan berbagai-bagai kerosakan dekat kete daku,lepas satu-satu..sedih jugak tapi dah clear semua..alhamdulillah..so atas pujukan kawan-kawan diri ni pun amik lah kputusan pergi jelah..buat ed tq sebab belanja aku tambvang feri...mekasih prend, may Allah bless u eberytime.:-)

Ikut apa yang islam ajar,kalo keluar berkumpulan lantik salah sorang sebagai ketua,so ketua ekspidisi ke langkawi kali ni kami bagi kat ustaz sufian.dia adalah pengarah program..dan tak lupa wat timbalan pengarah yang telah berjaya melantik dirinya sendiri ustaz mubarak..huhu

dipendekkan cerita,kitorang pergi hari jumaat n blik sabtu petang, just 2 hari satu malam je..cukuplah kan nak merasa,nama pon student.kami naik feri pukul 9.30am bertolak dari kuala kedah.syok juga rupanya naik feri,alhamdulillah tak mabuk,sebelum-sebelum ni nek kapal telebang,sekejap sangat tak rasa..hehe..

underwaterworld sama chomel dengan ikan x?

sampai kat jeti langkawi kami sewa kereta,kami amik avanza,besar sikit.maklumlah kami kan besar-besar.ermmm apa yang best sangat kami punya homestay lah,besar dan selesa,berbaloi-baloi..dengan bayaran rm150 sahaja dapat keselesaan sangat.


my bilik n edy ada aircond dapnya bummm

antara destinasi kami sepanjang kat sana.kami pergi underwaterworld, crocdile farm, pergi naik cable car,g shoping kat kuah dan g jalan-jalan pantai chenang dan mamam..huhu

Makan jom kat pantai chenang

bagi diri ni,tak bnyak sangat shoping sebab poket pon tak berapa berat..kawan-kawan yang lain semua dapat ptptn ,kita je yang tak dapat,sedihh:-( huhu.. ala kulli hal syukur juga dapat g tengok ciptaan ilahi..

in cable car..tak takut pun huhuhu

so tengok-tengoklah photo2 kami ni...jangan jelusss..

Thursday, April 15, 2010

Hakikat Takabbur & Sombong


salam sekalian para pembaca yang dirahmati Allah..

malam ni nak ajak diri ini dan sahabat2 sekalian untuk mengenali apa dia tu takabbur ,angkuh,sombong dan rakan-rakan yang seangkatan dengan dia..

sombong,angkuh ,besar kepala boleh dikatakan mempunyai satu makna .iaitu seseorang yang menganggap diri nya terlalu mulia berbanding hamba allah yang lain disekelilingnya.
sifat sombong ni adalah salah satu sifat mazmumah iaitu sifat buruk dan barangsiapa yang mempunyai dan mengamalkan sifat ini dalam hidup nya maka dia adalah tergolong dalam golongan orang yang dicela kerana diri mereka telah mengamalkan sifat yang dicela oleh agama allah

sepertimana larangan Rasulullah saw akan hambanya dari berkelakuan sombong dengan hadis yang bmafhumnya berbunyi
( tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sedikit kesombongan ) riwayat muslim

so dari hadis diatas dapatlah kita lihat bahawa akan tertutup pintu syurga Allah bagi hambanya yang terus sombong dalam berhadapan dengan kehidupan dunia seharian.

Firman Allah swt;

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Maksudnya; Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.” Luqman:18.)

Sifat sombong dan takabur menjerumuskan kepada kebinasaan dan kekufuran.

Firman Allah swt;


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya; Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. ( al-Baqarah:34.)


namun begitu jaganlah pulak kita kata kan orang yang memakai pakaian yang bergaya, yang sedikit bergaya dengan orang yang sombong, sedangkan pengertian sombong adalah seseorang yang tidak mahu menerima kebenaran dan sentiasa merendah-rendahkan orang lain sesama muslim.

sahabat sekalian..

takabbur atau sombong ini boleh lah kita bahagikan kepada 3 bahagian:

1. Takabbur kepada Allah

dengan cara mengabaikan atau tidak menghiraukan perintah Allah dan terus tidak mempedulikan akan agama Allah dan seterusnya meremehkan dan melanggar syariat Allah.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Luqman : 60 bermaksud
( sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dalam menyembah ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina )


seharian ini apa yang kita sering lihat,berapa ramai masyarakat islam disekeliling kita tidak menunaikan kewajipan fardu ain sepeti solat,puasa dan sebagainya.bagi ibadah haji pula berapa ramai yang sering menagguhkan untuk menunaikan nibadah tersebut sedangkan mereka mampu ,apa yang sedih kita sanggup bermewah-mewah dengan perhiasan dunia sedang kan itu menjadi ujian hidup kita untuk menuju ke akhirat.

memang benarlah mafhum kalam Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud :
( sesungguhnya harta dan anak-anak itu hanyalah sebagai perhiasan kehidupan )

kemudian kita lihat ,berapa ramai yang tidak menutup aurat malahan ada pula yang mengatakan tutup aurat ni kolot,pakai tudung ni tak ikut perkembangan zaman dan sebagainya,apa yang ditakuti adalah kata-kata mereka itu akan menjadi kalam yang mempermainkan agama (istihza aldin ) dan terus membawa kepada menghina agama dan amat ditakuti boleh menjatuh dan merosakkan iman mereka sendiri .itulah hakikat masyarakat sekarang.


2. Takabbur terhadap Rasul

dengan cara enggan menerima dan merasa hina untuk mengikuti petunjuk rasul dan seterusnya menghina sunnah rasul dan melakukan pembohongan terhadap nya.kesombongan dalam mengikut dakwah Rasul ini bukan sekadar dari golongan jahiliah yang telah lama berlalu namun ianya berlaku dan terus terjadi hingga ke hari ini,berapa ramai masyarakat islam sekarang yang mengaku umat nabi tapi secara tidak langsung terus menghianati perjanjian mereka dengan pesuruh Allah tersebut untuk terus menjalankan hak Allah dan hak rasulullah iaitu dengan mengikut segala suruhan agama tanpa memotong batas-batas agama.bahkan ada diantara kita yang baru sahaja dapat kenikmatan dunia yang sementara ini dengan kekayaan,dengan kepandaian sudah mula lupa dengan ikatan dan tanggungjawab diri mereka dengan agama dan menganggap bahawa perintah agama ini sudah usang dan kolot.nauzubillah.semoga kita bukan dari golongan itu

3.Takabbur terhadap sesama manusia

dengan jalan mereka menganggap diri mereka terlalu berharga ,tinggi,mulia dan seterusnya dalam masa yang sama menghina umat islam yang lain,membodoh dan mengherdek masyarakat selain dari dirinya dan tidak langsung mengambil kira pendapat atau petunjuk dari umat islam yang lain.maka takabbur tersebut akan menolak segala kebenaran dan menghina manusia sesama islam.

sepertimana firman Nabi dalam sebuah hadis riwayat muslim :

الكبر بطر الحق وغمط الناس
( takabbur itu menolak kebenaran dan menghina hak-hak manusia )

sepertimana yang kita semua,bahawasanya Rasulullah saw dalam kehidupan seharian baginda tidak sekali berlaku sombong dan angkuh serta takabbur .baginda menjenguk siapa sahaja yang sakit,turut sama menghantar jenazah,menunggang himar dan turut sama menghadiri setiap undangan tidak kira yang datang nya dari golongan apapun.

sahabat sekalian yang diberkati ilahi hendaknya,

oleh yang demikian itu ,kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk menghindari sifat ini dan seterusnya sifat mazmumah yang lain.bagi menggantikan sifat sombong dan angkuh ini,marilah kita sama-sama mengantikan sifat ini dengan bersifat tawadu' (merendah diri) dan bersifat qonaah ( cukup apa yang ada)
sepertimana sabda rasulullah alaihisalam :

تواضعوا وجالسوا المساكين تكونوا من كبار الله وتخرجوا من الكبر
( Tawadu'lah kalian dan duduklah dengan orang yang miskin pasti kalian menjadi orang besar disisi Allah dan terbebas dari sifat sombong )

wallhualam







Thursday, April 8, 2010

Helikopter Ku Rosak Sudah !!

( Helikopter Ku Hari Pertama...masih cantik kan )


LaLaLa....salam kawan-kawan. dalam pada sibuk-sibuk nak imtihan ni kadang-kadang kita kena juga relax kan minda ni..terutamanya waktu-waktu macam ni lah kadang-kadang datang je kat otak ni nak kan sesuatu yang sebenarnya kita minat ,leh lah juga dikatakan sebagai hobi. dulu kat sekolah selalu je cikgu tanya, 'awak apa hobi awak ?' ada arr yang jawab kumpul setem lah,apalah,seingat saya waktu tu saya cakap ' hobi saya makan cikgu ,kalo tak percaya tengok lah badan ni,kecik-kecik lagi dah membesar dengan sihat dan kuat'..hehehe.just kidding . sekadar nak memenuhi ruang blog ni,saya nak lah tulis tetang sikit minat atau hobi ni, kadang-kadang banyak juga orang komen tapi dah memang suka nak wat camna.hehe.hobi ku ?? hehehe malu nak cakap..sebenarnya hobi saya ni suka kat barang mainan .(jangan lah gelak ) entahlah memang minat benda-benda macam tu pada kecik-kecik lagi.kalo pasal mainan tu sampai sekarang lah saya suka,bahkan besday anak cedara saya pon saya sanggup je beli mainan yang pelik sikit ,padahal bukan budak tu nak main,kita ni hah yang nak main..hehe dipendekkan cerita,baru je lah minggu lepas saya ni beli sebuah helikopter ,tapi control jelah bukan betul pun.start jadi nak beli nya bila tengok dak kecik sebelah umah ni duk main helikopter control yang kecik tu.so kita ni pun apa lagi,naik lah nafsu bila tengok orang lain main benda yang kita minat.nak jadi cerita,


( Kat Kedai MainanKuala Kedah.huhu )

malam tu saya ajak lah ustaz-ustaz kat umah ni pergi City Plaza g tengok kot-kot ada kedai mainan,kebetulan jumpa satu kedai,tapi mahal kat situ.so saya tanya dia mana lah tau ada kedai lain,budak jaga kedai tu cakap kat Kuala kedah ada satu,dia kata tutup pukul 11 malam.saya pun tengok jam masa tu baru pukul 9.45,so saya pun terus je pergi kuala kedah semata-mata nak beli Helikopter..tapi malam tu tak ada rejeki,sampai-sampai je kedai tu dah tutup.kecewa!!
esok pagi saya cakap dengan ustaz faizul kita kena pergi jugak beli balik kelas tengah hari ni.so esok nya saya pun pergi,dan kami pun telah beli helikopter tu bernilai tak mahal mana dalam harga umah sewa sebulan kot..hehehe.masa nak beli tu banyak gak yang bising,mahal lah apalah,tapi ada je alasan,kita cakap lah sekali je ni.nak merasa.padahal dulu masa nak tunggu flight balik umrah akak penah beli kan dekat airport jeddah .masa tu dia tengok saya macam nak sangat so dia beli.tapi kecik n tak puas

( Tinggi tak?? )


main.hehe
bila dah sampai rumah set-set ustaz ni pun mencuba lah dengan bergaya..nak cerita kat sini payah juga kawal dia, sebab dia ada speed,ada balance kena kawal angin dan banyak lagi lah.so kami main-punya main.main dekat kawasan taman ni sempit ,pastu dah lah tak pandai ,so asyik jatuh jelah heli tu,dan lepas beli 5 hari kot heli daku dah rosak ,dia punya balancing patah.hehehe..tapi aku akan cuba sedaya upaya akan bawa pergi repair sebelum balik kampung sebab nak bagi ayah dan anak-anak cedara ku tengok..aku yakin dia pasti gembira...wallahua'lam



(tengok ,dah pun patah )

Taubat Setiap Hamba Mu


salam sekalian...

Entah kenapa malam ni tak leh nak tido, mybe sebb dah bese tdo lewat ,ni bila kawan2 kuar dah tak ada topik nak sembng mata pun ngantuk..ala kulli hal terima kasih n bersyukur sangat kepada ilahi sebab tadi dh lepas syafawi Quran..semalam rasa macam nak menangis,tapi bila dah duk jawab tadi semua dipermudahkan.ala kulli hal,semua tu kerja Allah..bila soalan tadi ustza baca memang sedih juga,sebab ustaz yang syafawi tadi dia memang prosedur sikit,sekali soalan pertama dia soal juzuk ke 5 helaian ke 6..terperanjat juga,maklumlah kita ni bukan lah apal sangat tapi nak cerita kan rejeki tu dapat lah juga jawab soalan tu dan soalan yang len..buat sahabat-sahabat yang lain dari taun 3 kuliah syariah tu insyallah sama-sama najah.. amin.allahumaftahalaikum.!! chaiyok..dan selamat menduduki exam yang akan datang ni..lepas berjuang leh lahh balik kampung jumpa ayam itik yang rindukan kamu sekalian... hehe.

Dah lama tak menulis, sebelum tidur ni nak lah tulis sikit tentang taubat.mudah-mudahan dapat jadi renungan buat diri senderi ni terutamanya..
sabda rasulullah bermaksud :
( setiap anak adam itu bersalah ,dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang memohon keampunan )

seterusnya,yang dimaksudkan dengan taubat tu macam mana?? taubat adalah kita memohon ampun dari Allah swt dengan lisan dan seterusnya diiringi dengan penyesalan dalam hatiterhadap sesuatu dosa yang telah kita lakukan dengan jalan meninggalkan dosa tersebut dan dengan niat dan azam tidak akan melakukanya lagi.seterusnya,kalaulah dosa tadi melibatkan hal kita dengan hamba allah yang lain,maka tidak boleh tidak wajib kita memohon maaf dekat dia orang yang kita wat salah.
bila kita tengok maksud taubat tu macam mudah je nak buat,yang jadi masalah nya taubat tu memang insyallah diterima Allah selagi mana kita tak kufur kepada nya.namun kalau difikirkan balik kadang-kadang kita bertaubat dan dalam masa yang sama kita terus melakukan perkara tu juga...entahlah ,sebenarnya nak dikatakan juga disini bahawasanya rahmat dan hidah Allah untuk hamba itu mahal sangat-sangat.
namun sahabat-sahabat,apa yang kita kena dan pasti ingat bahawa maut tu datang nya entah bila ketika,tak tahu dan tak dapat kita teka dan duga.kadang-kadang kita tengok orang yang sihat ,segar bugar pun mati tiba sedangkan yang dah 3,4 bulan terlantar kat hospital sebab sakit tua masih belum lagi ajal mereka.alangkah indah nya dan hikmah nya kerja Allah kepada hambanya..sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang ada di langit dan dibumi malahan diseluruh kejadian nya dialam ini.

oleh kerana itu,kesilapan besar lah bagi orang yang masih menagguhkan taubatnya kepada Allah atas setiap segala kesilapan yang dilakukan.kadang-kadang ada pulak yang kata," ishhh aku muda lagi,lama lagi nak mati jom arr enjoy,tak puas lagi ni bro "
ermmm entahlah,hidup ini memang banyak ujian.kadang-kadang kita baik orang dengki dan iri hati,terutamanya zaman sekarang ini,zaman yang orang ramai dah mula tak takut Allah.malahan sanggup sampai buat benda-benda keji bahkan syirik dengan berjumpa dengan bomah lah apalah semata-mata dalam menjayakan agenda diri dia untuk menjatuhkan manusia yang lain.ada pulak kadang-kadang tak pasal-pasal suka sangat memfitnah dan mengadu domba.,bagi kita, sebenarnya mereka ini sama sekali tak takut dengat azab Allah.sedangkan memfitnah tadi ibarat nya sepertimana firman allah fitnah itu lebih teruk dari membunuh..

ala kullihal,semua ini berpunca dari satu..apa dia?? mungkin ianya berpunca dari hati yang sakit,yang tidak dapat diubati lagi disebabkan hati dan naluri yang terlalu cinta akan dunia dan terus lupa akan Allah dan seterusnya mereka terlalu berani melanggar had-had sempadan Allah tanpa sekali pun mereka ingin merasa yang mereka wajib bertaubat dan kembali kepada matlamat hidup manusia diciptakan iaitu beribadat terus kepada Allah.

Jadi , buat kesimpulan malam ni,marilah kita sama-sama insafi dan sedari .andai ada yang silap kita mohon ampon dan jika ada yang kita curigai kita mohon diberi petunjuk kerana setiap langkah kita sering kali si syaitan laknatullah mengikut dan cuba menodai iman kita..

dekat sini jomlah kita renungkan sedikit kata-kata :

Wahai orang-orang yang berdosa dan menghitung keesalahanya,janganlah engkau lupa akan dosamu dan ingatlah akan apa yang telah berlalu dari dosa mu itu.dan bertaubatlah kepada Allah sebelum mati,dan berhentilah wahai orang yang durhaka serta akuilah akan dosa mu.

seterunya firman Allah yang bermaksud :

maka barang siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu, maka sesungguhnya ALlah menerima taubatnya,sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.. ( surah al-maidah: 39 )

Wallahua'lam