Glitter Words

Wednesday, September 15, 2010

Salam EidulFitri..

Alhamdulillah..segala pujian kita sama panjatkan pada Ilahi kerana dengan takdir dan limpahan rahmatnya dapat kita sama-sama menikmati eidulfitri dengan girang dan gumbira bersama dengan keluarga yang dicintai selalu.disamping ucapan takbir dan tahmid dan selawat yang sentiasa mengiringi perayaan kita..

( Keluarga Hj Sulaiman.. hihi )

AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkbar..

buat keluarga daku pada tahun ni syawal disambut seperti biasa,alhamdulillah semua dapat blik raya dan beraya bersama family dikampung kecuali my sis yang dirindui yang berada diperantaun,semoga dapat beraya bersama dengan mat saleh yang islam disana dan semoga syawal pada kali ni dapat menjadi titik semangat dalam meneruskan pengajian dan insyallah dapat menamatkan pengajian kamu disana seawal mungkin
.kami doakan segala ujian dapat diharungi bersama dengan secangkir tawakal kepada ilahi..insyallah ,amin..

( anak buah ku , Sarah & Humairah )

AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkb
ar..

Bagi kami sekeluarga orang johor ni biasalah kan hari raya makan ketup
at ,rendang ,kari ,serunding ,lodeh dan banyak lahh...malas nak type takut sahabat yang baca ni termelilih air liur je..hihi.kalaulah nak diceritakan mengenai syawal semuanya seronok walaupun ada sikit ujian yang melanda namun semuanya kena tabah dan sabor bebanyak..Ala kulli hal semua yang dikurniakan Allah teridri didalamnya hikmah yang berkilauan umpama bintang yang bersinar didalam kegelapan malam.

(Sedap nYaaa...nyam,nyam...)

cuma nak share sikit bab ziarah menziarahi.kalaulah kami di joh
or ni masih lagi diamalkan ziarah rumah kerumah dengan diadakan marhaban dan selawat , pendek kata ,bila amalan macam ni diadakan boleh lah dapat 2 benda dalam suatu waktu.pahala ziarah satu dan pahala selawat dan marhaban satu...bagi saudara salafi harap-harap amalan mamcam ni bukan bid'ah..hihi..jangan marah.


sebenarnya,bagi sahabat-sahabat yang seusia ,seharusnya rajin-rajinlah kita pergi beraya terutamanya pergilah umah sedara-sedara dan sahabat-sahabat kita.bukan apa,islam tu kan suruh kita menjaga silaturrahim,masa mak ayah ada nilah kita boleh kenal sedara mara,esok bila mereka pergi ditakuti kita hilang sedara..
( Banyak tak?? )

disamping tu pula, kita kenalah sertai orang tua kita ni pergi rumah sahabat dan kawan-kawan dia..teringat satu hadis yang mafhum nya lebih kurang macam ni.," tanda kita nak berkorban untuk kedua ibu bapa selepas mereka pergi dengan cara kita pergi menzirah rumah sahabat-sahabat mereka masa mereka masih hidup dulu..tengok tu,alangkanh teliti nya islam dalam menjaga hubungan silaturrahim..jadi dikesempatan syawak yang masih ada berbaki 24 hari lagi ni,jomlah kita pergi beraya,disamping niat beribadat kepada Allah dan disamping makan kuih raya ..hihi...wasalam.