Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan ( Rahsia-Rahsia Puasa )

Di dalam kitab Sair as-Salikin oleh al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syeikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani رحمه الله, pengarang menyebut:

فصل في أسرار الصوم وشروطه الباطن
Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama - Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu
Darjat Kedua - Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:
(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah. Sabda [Nabi] صلى الله عليه وآله وسلم:

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي)

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.
Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

خمس يفطرن الصائم، الكذب، والغيبة،
والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة – رواه الأزدي، ضعيف (العراقي)

Ertinya: 5 perkara yang membatalkan (pahala) puasa: (pertama) berdusta; (kedua) mengumpat; (ketiga) mengadu-ngadu akan orang; (keempat) bersumpah dengan dusta; (kelima) melihat akan sesuatu dengan syahwatnya, yakni dengan ingin.
(Kedua) memelihara lidah:
  • daripada perkataan yang haram dan
  • daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan
  • memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan
  • daripada mengumpat akan orang dan
  • daripada mengadu-ngadu akan orang dan
  • memelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan
  • memelihara pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan
  • memelihara daripada memaki orang.


Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu
  • melazimkan diam dan
  • masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
  • membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid رحمه الله تعالى

خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب
Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa. (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) seyogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) seyogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yankni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhiratdan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة

Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:


Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

Usahakanlah paling kurang puasa peringkat kedua. Semoga kita memperolehinya dengan rahmat dariNYA.

Friday, July 8, 2011

Sukar Nya Kalau Terlalu Sayang


salam semua-semua..semoga Allah mengampunkan dosa kita sebagai umat islam yang sentiasaa dalam kesilapann..amin.semua orang bersalah,semua orang berdosa,semua orang pernah merasa menyesal dan semua orang pernah merasai kecewa..hakikatnya adalah kerana sayang..

Sayang dan kasih untuk Allah adalah yang terrrrbaikk dan selamanya.Itulah janji kita bilamana kita baca doa iftitah dalm setiap solat .sesunguhnya,solatku,ibadatku,hidup ku,dan matiku semuanya hanya untuk Mu ya Allah..

Namun kita sedari bahawasanya Allah telah menjadikan semua makhluk dialam ini berpasangan.si jantan dengan si betina,si lelaki dengan perempuan..Indah terlalu indah..maklumlah kalau dah sayang dan kasih semua sangup diberi.semua benda nak dikongsi,dan semua perkara hendak dirasai bersama,masa tulah saat di dunia yang kononya paling manis..u jump i jump...hehe.

itulah keindahan kasih sayang,seorang suami yang kasih akan isteri ,seorang sahabat yang kasihkan sahabat yang lain dan seorang yang dalam percintaan akan cuba mengasihi kekasihnya.ini sememangnya hakikat..

Namun,setelah hidup di alam pekerjaan yang dirasai setiap hari,hakikat kasih sayang serta fitrah cinta mencintai itu makin hari makin entah kemana,kadang-kadang si suami buat hal,kadang-kadang si isteri buat hal..apa yang lebih menyayat hati sekarng ni kadang-kadang kaum adam terus dimain-mainkan dengan ketidakjujuran si isteri..kalo dulu kita rajin dengar suami main kayu tiga,tapi sekarng macam hampir nak terbalik,kadang-kadang bukan setakat si isteri main kayu tiga tapi tak terkira kayunyaa..entahlah akhir zaman.

Apa yang lebih menyedihkan,bila kasih dan sayang serta kepercayaan yang tinggi pihak suami atau lelaki telah cuba beri kepada si isteri diperkotak katikan..kesian si lelaki ni,terus terperangkap dalam dilema.kadang-kadang ada yang kata saya terlalu sayangkan dia,saya tak buleh ceraikan atau lepaskan dia..Allahurabbi,betapa kasihnya manusia kepada manusia.tulah fitrah,kita mungkin tak merasai tapi bagi mereka umpama diluah mati emak ditelan mati anak , so terpaksa lah dikemam.namun apabila dikemam, buat si suami,sangupkah kita membiarkan isteri-isteri kita yang kita ikat kasih nya dengan ikatan pernikahan yang ikhlas kerana Allah itu terus hidung didalam maksiat? hal ini terlalu menyedihkan...bagi yang meluahkan dekat saya,saya cuma cakap usha dan doa,mintak jalan yang terbaik.bagi peluang dan kalo tidak mampu lage kita lepaskan dengan jalan yang elok.

itulahh,kadang-kadang agak susah bila dah terlalu menyangi seorang hamba,tapi apakan daya,kita sedekit pun tak mengetahui tentang masa depan,apa yang kita sangkakan kejujuran yang kita bagi kepada dia dan kasih sayang sudah cukup untuk dia pelihara hubungan dan cinta kita..akhir zaman, semuanya terlalu mudah,hubungan tanpa batasan yang digunakan dengan cara yang salah,lama kelamaan bukan setakat hancur sebuah istitusi kekeluargaan bahkan satu hari akan hancur sebuah nilai2 keislaman.

Akhirnya, biarlah kasih sayng kita kepada Makhluk itu kita serahkan dekat Ilahi kerana dia maha mengetahui kejujuran,keikhlasan dan segalnya di dalam setiap hati hambanya.selaku hamba dan manusia biasa,kita sering lupa dan kadang teringkar dalam janji kita untuk mentaati Allah apatah lagi dengan janji kita yang kita cuba taburkan kepada sesama manusia lagilah banyak yang kita ingkari..

Semoga segala yang berlalu kita jadikan pengalaman dan pengajaran agar kita tidak tersilap buat selamnya dan terus jatuh didalam kemurkaan Allah.Astaghfirullah...wallahualam.wasalam