Saturday, January 29, 2011

Mazhab bantu Memahami Agama



MAZHAB menurut kamus dewan adalah: “Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam”. (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).

Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.

Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.

Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.

Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?

Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.

Pandangan peribadi saya adalah lebih baik orang awam di negara ini berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.

Saya juga mengagumi dan menghormati mazhab-mazhab yang lain. Tetapi negara ini kita sudah serasi dan menjadi pegangan untuk kian lama.


( Masyarakat Awam masih tidak berkelayakn penuh dlm berijtihad )


Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu’tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani: “Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)”.

ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Mendalami ilmu

Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.

Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.

Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.

Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal).

Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.

Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.

Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.

Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?

Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.

( Keseragaman dalam satu mazhab umpama jalan yg lurus yg lebih mudah untuk dilalui dan digunakan )

Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Friday, January 28, 2011

TAUHID SIFAT 20 ADAKAH BID'AH ?

TAUHID SIFAT 20 ADAKAH BID'AH ?




Tauhid sifat 20 tidak bid'ah, bahkan ia dari Rasulullah SAW. Tauhid ini ada nas Quran, Hadith .
Yang membid'ah tauhid sifat 20 adalah ( wahabi ) .
Wahabi silap faham antara ilmu tauhid dan pembukuan kitab tauhid .

Yang bid'ah pembukuan kitab tauhid oleh IMANM ABU HASSAN AS SYAARI DAN IMAM ABU MANSUR MATURIDI . Tetapi TAUHID SIFAT 20 TIDAK BID'AH Kerana ia dari RASULULLAH .
Sifat WUJUD ALLAH , QIDAM ,BAQA, MUKHALAFAH , QIYAMUHU , WAHDAHNIAT , QUDERAT , IRODAT ,ILMU ,HAYAT , SAMAQ , BASAR , KALAM ALLAH INI ADA DALIL QURAN .

Yang bid'ah adalam membukukan kitab itu sahaja . Bukan bidah semau salah, kerana bid'ah ada hasanah dan dolalah .Buku kitab tauhid sifat 20 bid'ah hasanah seperti SAIDINA UTHMAN MEMBUKUKAN QURAN . Bid'ah adalah perkara agama yang tidak ada zaman RASULULLAH . Maka SAIDINA UTHMAN pun buat bid'ah dengan membukukan Quran adakah beliau sesat ? .

Begitu juga IMAM ABU HASSAN DAN IMAM ABU MANSUR tidak sesat , ramai ulama yang alim2 zaman mereka tidak sesatkan tokoh Tauhid sifat 20 bahkan ramai yang mengikut termasuk IMAM BESAR IMAM SANUSI, IMAM IBNU ARABI , IMAM FAKRUL RAZI dan ramai lagi jagguh ulama merestui tauhid ini.
IMAM SANUSI ULAMA KETURUNAN RASULULLAH dari Yaman yang ketengahkan ilmu TAUHID SIFAT 20 ini . Maka sangat biadab dan tidak tanggungjawab orang dan kumpulan yang menyesatkan ilmu ini .

WAJIB FARDHU AIN DALAMI ILMU TAUHID , ANDAI TIDAK BELAJAR BERDOSA KERANA IA BERKAIT DENGAN KEIMANAN

Nasihat Imam Al-Ghazali ( Aktiviti Harian )


Diantara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Ghazali Rahimahullah alaihi atau yang digelar dengan Hujjatul Islam , terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah ). dalam buku ini , beliau menerangkan mengenai amalan-amalan atau aktiviti harian yang patut dilakukan oleh umat islam pada setiap hari pagi dan malam sepanjang hidupnya.

Suka bagi toriquljannah untuk menulis sebahagian nasihat imam Ghazali mengenai aktiviti yang harus dibuat pada waktu pagi selepas kita menunaikan solat sunat Dhuha hingga menjelang waktu tergelincir matahari iaitu masuknya waktuuntuk solat fardhu Zohor.

Ada empat perkara yang boleh dilakukan mengikut beliau :

Pertama : yang lebih afdal atau lebih baiknya untuk kau habiskan masa mu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat , bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati oleh orang sekarang ini , yang mereka namakan ia dengan ilmu manfaat ( padahal ia bukan dari ilmu yang bermanfaat ). Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut diri mu akan Allah dan menambah penglihatan terhadap aib diri mu dan menambah makrifat mu dalam engkau beribadat kepada tuhan mu dan menambah kegemaran mu terhadap negeri akhirat dan seterysnya dapat membukakan hati mu agar kamu dapat mengenali penyakit hati mu dan amalan mu sehinnga engkau dapat menjauhinya.

( Ilmu yang lebih mendekatkan jiwa denganRobbul Alamin )

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuan terhadap tipu helah syaitan dan penipuanya sehingga kau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika dia ingin mengoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah kerana mereka telah membeli dunia dengan agamanya dan menjadikan ilmu sebagai alat mengambil harta sultan , memakan harta wakaf , harta anak yatim ,harta orang miskin dan harta orang Islam . Mereka hanya menghabiskan masa dengan hanya untuk mencari kedudukan dan pangkat dimata manusia.untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan melihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.

( Dengan mengigati Allah jiwa akan menjadi tenang )


Kedua : bahawa engkau tidak mampu mendapatkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa dalam membuat ibadat seperti berzikir , membaca Al- Quran , bertasbih dan sembahyang .Maka ini adalah darjat orang yang abid ( ahli Ibadah ) dan juga cara hidup orang yang soleh. dan dengan cara ini juga kau akan tergulung dalam golongan orang yang beruntung.

Ketiga : Bahawa enkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikkan kepada orang-orang islam dan dapat mengembirakan hati orang berimanatau kau menolong orang yang soleh dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dalam mereka menunaikan hajat mereka , berusaha memberi makan kepada fakir miskin , atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja , kerana amalan seperti ini selain daripada ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat : Jikalau kamu tidak juga dapat membuat salah satu dari 3 perkara ini, maka berushalah untuk menunaikan hajat mu sendiri atau mencari nafkah untuk dirimu dan keluargamu , sedangkan orang ramai selamat dari ganguan mu dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu Dan agama mu juga selamat apabila kamu tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.dengan itu enkau akan dapat mencapai darjat Ashhabul Yamin ,sekiranya engkau tidak mendapat darjat As-Sabiqin..

( Rezeki yang sedikit tetapi berkat itu lebih menilai dari rezeki yang banyak tetapi tiada keberkatan )

(Imam Ghazali- Bidayatul Hidayah- terjemahan Abu Ali Al-banjari An-Nadwi)

Tuesday, January 11, 2011

Gelaran Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.