Glitter Words

Saturday, January 30, 2010

FIRKAH-FIRKAH DALAM AKIDAH ISLAM

FIRKAH-FIRKAH DALAM AKIDAH ISLAM

Dalam sejarah islam telah tercatat adanya firkah-firkah (golongan) dalam lingkungan umat islam itu sendiri,yang antara satu sama lain bertentangan fahaman secara tajam yang sulit untuk didamaikan apatah lagi untuk disatukan.

Hal ini sudah menjadi fakta dalam sejarah yang mana ianya tidak dapat diubah lagi,dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang sudah pun termaktub dalam kitab-kitab agama terutamanya dalam kitab-kitab Usulludin.

Sesiapa yang membaca kitab-kitab tersebut akan terdapat padanya perkataan Syiah ( شيعة ) , Muktazilah(معتزلة),Qodariah(قدرية),Jabariah(جبرية),Ahli Sunnah Wal Jamaah (اهل السنة والجماعة) ,Mujasimmah (مجسمة ), Ahmadiah( احمدية) , Wahabiahوهابية ) (dan lain-lain.

Perbezaan fahaman umat Islam bersabit dengan akidah,perbezaan kepercayaan mereka dalam masalah-masalah ketuhanan,kenabian dan juga dalam perkara ghaib juga telah dinyatakan oleh Rasulullah Saw dalam Hadis-hadis berikut :

Sabda Nabi :

فانه من يعش من بعدي فسيرى اختلافا كثيرا , فعليكم بسنتي و سنت الخلفاء المهدين الراشدين وتمسكوا بها وعضو عليها بالنواجذ.

( Riwayat Abu Daud. 4/201 )

Maksudnya :

Maka bahawasanya siapa yang hidup lama diantara mu nescaya akan melihat perselisihan faham yang banyak,ketika itu pegang teguhlah sunnah ku dan sunnah khulafa’ rasyidin yang diberi hidayah,pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan geraham mu.

Sabda Nabi :

تفرقت اليهود على احدى و سبعين فرقة والنصارى مثل ذلك , وتفرق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة

( Riwayat Tarmizi .Sohih Tarmizi 10/ 109 )

Maksudnya :

Orang yahudi telah berfirkah sebanyak 71 firkah (golongan ) , dan orang Nasara pula berfirkah sebanyak itu juga,dan umat ku akan berfirkah sebanyak 73 firkah.

Sabda Nabi :

والذي نفس محمد بيده لتفرق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة فواحدة في الجنة وثنتان وسبعون في النار .قيل : من هم يا رسول الله ؟ قال : أهل السنة والجماعة.

( Riwayat Tabrani )

Maksudnya :

Demi tuhan yang menguasai jiwa Muhammad ,akan berpecah umat ku kepada tujuh puluh tiga firkah ,satu daripadanya akan masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka.sahabat bertanya : siapakah yang masuk kedalam syurga itu ya Rasulullah?baginda menjawab firkah yang masuk kedalam syurga itu ialah firkah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Setelah meneliti hadis-hadis diatas jelaslah bahawa akan ada perselisihan-perselisihan faham dalam linkungan umat islam yang berpecah kepada tujuh puluh tiga firkah (golongan) yang bahawasanya satu firkah yang akan menjadi penghuni syurga dan Nabi Muhammad saw menyuruh umat islam ketika melihat perselisihan itu supaya berpegang teguh dengan Sunnah nabi dan Sunnah Khulafa’ Rasyidin. Dan sekarang ,sesiapa yang meneliti sejarah perkembangan islam dari abad pertama ,kedua dan ketiga sehingga sampai sekarang apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad saw sudah nyata kebenaran .

Tersebut dalam kitab بغية المسترشدين karangan mufti Syeikh Syed Abdul Rahman bin Muhammad bin Hussin bin Omar ,pada halaman 398, cetakkan Matba’ah Amin Abdul Majid Kaherah ( 1381 Hijrah ) bahawa tujuh puluh dua firkah yang sesat itu berpunca dari firkah-firkah tersebut :

1- Kaum Syiah ( شيعة )

Kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali Karamallahu Wajha. Mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah berwasiat bahawa khalifa islam setelah wafat Baginda ialah Saidina Ali bin Abi Talib kerana dialah orang yang paling berhak menyandang jawatan tersebut.Mereka juga tidak mengakui Khalifa Abu Bakar,Omar dan Osman Radiyallahuanhum.Kaum Syiah kemudian berpecah kepada 22 aliran.Antaranya Syiah Sabaiah, Syiah Kaisaniah ,Syiah Imamiah, Syiah Ismailiah, Syiah Zaidiah

2- Kaum Khawarij (خوارج )

Merupakan kaum yang berlebih-lebihan membenci Saidina Ali bahkan ada diantara yang mengkafirkan Saidina Ali.Firkah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar akan menjadi kafir. dan lain-lain.Kaum ini berpecah kepada 20 aliran.

3- Kaum Muktazilah (معتزلة)

Kaum yang beriktikad bahawa tuhan tidak mempunyai sifat,bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri,dan tuhan tidak boleh dilihat didalam syurga,mikraj Nabi Muhammad hanya dengan roh sahaja,dan lain-lain.Fahaman ini terlalu mengangkat martabat akal dan lebih mengutamakan akal bukan Al-Quran dan Hadis.Kaum Muktazilah ini kemudian berpecah kepada 20 aliran.

4- Kaum Murjiah (مرجئة)

Kaum yang diantaranya memfatwakan bahawa melakukan kederhakaan dan maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman.Kaum ini juga mengatakan ,bahawa orang mukmin yang percaya dalam hatinya akan adanya Allah dan percaya adanya Rasul,maka ia adalah mukmin walaupun dia mengerjakan segala dosa kecil dan besar.Kaum ini berpecah kepada 5 aliran.

5- Kaum Najariah(نجرية)

Kaum yang memfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan tuhan.tetapi mereka berpendapat bahawa sifat tuhan tidak ada.ia berkuasa dengan zatnya,bercakap dengan zatnya,dia mendengar dengan zat nya. Kaum ini juga berpendapat bahawa Allah tidak dapat dilihat walaupun disyurga.hal ini bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana Allah boleh dilihat di hari akhirat nanti sesuai dengan petunjuk Al-Quran dalam surah Al-Qiamah ayat 22 dan 23 :

Maksudnya :

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka Melihat.

Kaum ini berpecah kepada 5 aliran.

6- Kaum Jabbariah(جبرية)

Kaum ini berpendapat bahawa manusia ‘majbur’ ertinya tidak berdaya apa-apa.kerja dan usha tidak ada sama sekali ianya berlawanan dengan fahaman Qodariah yang mana berpendapat bahawa segala perbuatan tidak ada kaitan dengan Allah.seterusnya Kaum Jabbariah berfatwa bahawa tiada dosa atas segala perbuatan jahat kerna yang melakukan itu adalah pada hakikatnya Allah. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.

7- Kaum Musahbihah(مشبهة)

Kaum in berpendapat bahawa ada keserupaan Allah dengan manusia seperti mereka mengatakan Allah bertangan ,berkaki,duduk dikerusi ,naik tangga ,turun tangga dan sebagainya.kaum ini hanya 1 aliran sahaja

Jadi jumlah aliran-aliran tersebut adalah seperti berikut :

Bil

Nama Firkah

Bilangan Aliran

1

Kaum Syiah ( شيعة )

22 Aliran

2

Kaum Khawarij (خوارج )

20 Aliran

3

Kaum Muktazilah (معتزلة)

20 Aliran

4

Kaum Murjiah (مرجئة)

5 Aliran

5

Kaum Najariah(نجرية)

3 Aliran

6

Kaum Jabbariah(جبرية)

1 Aliran

7

Kaum Musahbihah(مشبهة)

1 Aliran

Jumlah

72 Aliran

Apabila ditambah satu aliran lagi dengan fahaman Ahli Sunnah Wa Jamaah (اهل السنة والجماعة) maka cukuplah kesemuanya dengan tujuh puluh tiga aliran (73) sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi dalam hadis yang diriwayatkan Imam Tarmizi.

Tuesday, January 19, 2010

Mensyukuri Nikmat Umur


Salam buat sekalian pembaca budiman.semoga apa yang ditulis ini dapat menjadikan kita sentiasa terus dan kekal dalam nikmat iman dan islam,insyallah.Seterusnya saya mengajak diri ini dan sahabat sekalian agar kita sama-sama bertakwa kepada Allah robul jalil yang mana takwa dalam erti kata melaksanakan segala perintah nya dan meningalkan segala larangan nya dan mudah-mudahan ianya dapat menambahkan lagi rasa syukur atas segala nikmat kurnian Allah yang tidak terhitung banyaknya.

Allah sentiasa mencurahkan nikmat nya kepada kita hambaya dalam berbagai-bagai nikmat yang mana tidak dikira kurniaan nikmat itu kepada hambanya yang soleh atau tidak dan seterusnya nikmat tersebut itu tadi tidak dapat dihitung banyaknya.Walaupun kita jadikan air dilautan sebagai tinta dan segala ranting dan batang kayu menjadi penanya masih lagi tidak dapat dihitung jumlah nikmat Allah yang kita gunakan setiap hari,mulai dari terbit nya matahari sehingga terbenamnya.

Dalam hal ini Allah berfirman,

Ertinya: dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah nescaya kamu sesekali tidak dapat menentukan jumlahnya. (An-nahlu : 18 )

Sahabat ku sekalian,sungguh benar Firman Allah itu,andaikata kita ingin menghitung satu persatu segala nikmat Allah keatas kita samada yang telah menjadi makanan kita dari sejak kecil atau sebagainya rasanya terlalu sukar.bahkan setelah dikurniakan Allah nikmat yang banyak tersebut manusia sering kali atau terlalu mudah untuk melupakan Allah bahkan segala nikmat yang diberikan itu dijadikan sebagai alat untuk membelakangi Allah..nauzubillah.

Saudara ku sekalian,diantara sekian banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita antara nya ialah nikmat umur dan usia yang masih lagi kita pakai sampai hari ini.umur yang dikurniakan kepada kita hari ini adalah sebuah nikmat yang terlalu besar dan paling tinggi nilai harganya ,tidak dapat kita nilai harganya dengan emas yang berbukit dan wang yang berjuta.

Oleh yang demikian,umur yang Allah beri kepada kita sebagai pinjaman ini yang ianya berterusan sampai sekarang perlulah kita ushakan untuk melakukan kebaikan,mencari dan mengharap keredhaanya dengan maksud kita sentiasa bersedia dalam menegakkan hukum-hukum syariat Allah disamping tidak kita lupa segala amal soleh dan kebajikan kiita itu kita letakakan diatasnya niat semata-mata ikhlas kerana Ilahi.

Sahabat sekali,sebenarnya dalam tidak kita sedari ,semakin bertambah umur kita semakin kita dekat dengan mati,semakin rapat kita dengan tanah tempat yang mana kita dijadikan dan distu jua kita akan dikebumikan.kerna itu hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya sebelum berpisah nya umur darpada jasad.jangan kita terlewat,jangan pula kita terpedaya dengan kekuatan ,keindahan,kekayaan,kuasa yang besar,pengaruh yang banyak kerana semua itu akan tetap berakhir bila malaikat maut sudah menceraikan roh kita dari badan.

Suka saya membawa satu sabda Nabi Muhammad Saw :

خير الناس من طال عمره و حسن عمله , و شر الناس من طال عمره وساء عمله .

Ertinya: sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan Allah umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikkan,dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberi tuhan umur yang panjang tetapi dia pergunakanya . membuat kejahatan. (Hr .Ahmad)

Saudara sekalian.seharusnya tidak kita umur yang kita gunakan ini akan dipertanggunjawabkan dihadapan Allah.untuk apa umur ini kita pakai,untuk apa ianya kita habis kan,semuanya akan ditanya dimahkamah Allak kelak nanti.

sabda Nabi Muhammad Saw :

لا تزال قدما عبد حتى يسال عن عمره في ما افناه .

Ertinya : Belum lagi habis jejak telapak kaki seorang hamba sehingga kepadanya disoal tentang umurnya kemana dia habisi. (Hr. Tarmizi)

Sebagai akhir penulisan ,marilah kita sama-sama gunakan kesempatan atau saki baki usia kita yang ada ini untuk memperbaiki langkah-langkah kita yang lalu.agar kita mencapai kehidupan yang mulia disisi Allah dan seterusnya mendapat kemenangan di Darain (dunia & akhirat ) Insyallah.