Glitter Words

Saturday, July 17, 2010

Perbezaan Pemakaian Istilah Muslim ,Mukmin


Sekailian pembaca sahabat ku yang dirahmati ilahi, istilah muslim dan mukmin ini bertolak dari pengertian rukun Islam dan Rukun Iman itu sendiri.

Iman ialah percaya kepada Allah , para Malaikat , Kitab-kitab ,Rasul-rasul, Hari Kiamat dan Qado’ dan Qadar Allah.Islam pula ialah penyerahan diri kepada Allah s.w.t dengan mengucap dua kalimah syahadah ,menunaikan solat,mengeluarkan zakat,puasa bulan Ramadhan dan menunaikan Fardhu haji.

Dalam Islam ,rukun iman dan rukun islam dalam konteks perlaksanaannya tidak boleh dipisahkan .dengan melaksanakan kedua-dua rukun tersebut barulah seseorang itu disebut sebagai muslim dan mukmin sebenar.

Di sana ada juga pendapat yang membezakan pemakaian antara istilah muslim dan istilah mukmin dalam konteks pelaksanaan.ini kerana ,terdapatnya orang yang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan ajaran islam.Misalnya,orang yang dilahirkan dari kedua ibu bapa islam atau orang yang memeluk islam dengan mengucap syahadah,tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran islam tadi dengan sempurna dan kalaupun ianya ada hanya berkala dan tidak istiqomah.contohnya mereka hanya mendirikan solat sekali sekala sahaja,begitu juga rukun-rukun islam yang lain.maka orang yang sedemikian itulah diistilahkan muslim yang belum sempurna beriman.

Sesungguhnya istilah mukmin itu ialah orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan ajaran islam sepenuhnya.berlainan halnya dengan orang yang disebut muslim sahaja,mereka tidak sepenuhnya mengamalkan ajaran yang ditetapkan oleh syarak.inilah yang disebut :setiap mukmin itu muslim ,tetapi tidak setiap muslim itu mukmin.jadi,perkataan mukmin itu umum dan muslim itu khusus.

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 Allah s.w.t menjelaskan persoalan ini :

Ertinya : Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami Telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah 'kami Telah tunduk', Karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Kesimpulannya , untuk mengenal antara mukmin dan muslimsejati ataupu sebaliknya dapatlah dilihat dari segi pelaksanaan dan penghayatan kedua-dua rukun diatas .sekiranya seseorang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan apa yang diimaninya itu,maka nyatalah ia sebenarnya sebagai munafik bukan sebagai mukmin atau orang islam sejati.

Wallahua’lam…