Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Romadhon

salam dan salam satu malaysia buat saudara seislam ku sekalian..nasihat saya buat diri ini dan sekalian sahabat, bertakwalah kita kepada Allah ,takwa dalam erti memelihara diri dari segala bentuk kemusyrikan ,kemunafiqan dan kemaksiatan dan seterusnya menjadi hamba yang soleh dalam membentuk peribadi muslim hakiki..insyallah.semoga kesilapan yang lalu diampuni Allah..

Salam Ramadhon buat semua sahabat sekalian," kullu am wa antum bilkhir bimunasah shahrur ramadhon"..

Allah telah pun memberi tuntutan kepada kita berupa Agama Islam sebagai pedoman hidup.sesungguhnya tidaklah Allah itu mempertangungjawabkan atas hambanya tanpa garis panduan untuk pedoman.dan sebagai pedoman hidup hambanya ini telah diletakkan rangka-rangka yang salah satunya dikenali sebagai rukun islam.

sepertiman kita tahu,salah satu rukun islam tersebut adalah melakukan Puasa dibulan Ramadhan.hakikat nya kita menyedari bahawa tegak dan robohnya islam bergantung kepada pemeliharaan rukun-rukunya.Oleh itu melakukan puasa dibulan Ramadhan adalah suatu kewajipan yang wajib ditunaikan dan ditutut bagi semua masyarakat islam yang cukup segala syaratnya.sebagaimana firman Allah dalam Quran bermaksud :

" Wahai orang-orang beriman ,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu ,agar kamu sekalian menjadi orang bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)

Firman Allah diatas menegaskan wajibnya puasa atas setiap mukmin ,juga terdapat dalamnya penegasan bahawa ciri-ciri orang bertakwa ialah memenuhi segala tuntutan Allah walaupun ianya berat dan sebagainya.

sebagaimana kita tahu ,puasa adalah ujian Allah yang berat yang dirasai oleh zahir dan batin.rasa lapar dan dahaga yang harus kita kekang ,keinginan dan nafsu yang harus kita bendung selama melakukan puasa disiang hari,semuanya merupakan ujian zahir dan batin.
ketentuan Allah wajiblah kita patuhi samada berbentuk individu atau berkumpulan.sebab Allah maha mengetahui segala gerak geri kita.

ketentuan Allah bagi orang yang berpuasa antara lain adalah berdasarkan maksud firman Allah dalam Quran :

" Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah Pakaian bagimu, dan kamupun adalah Pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, Kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang Telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa."

Berdasarkan maksud ayat diatas ,ia membawa makna batasan bagi orang-orang yang berpuasa,ayat tersebut juga merupakan pengukur iman seseorang,ini kerana mentaati ketentuan ayat tersebut bererti dia menegakkan amanah Allah,sebaliknya bagi mereka yang mengingkari ketentuan tersebut ia telah menghianati Allah.

kita boleh menumpamakan puasa itu tadi sebagai satu persiapan bagi orang yang ingin bercucuk tanam.yang mana puasa itu sendiri di ibaratkan sebagai sebuah tanah yang sudah siap dibersihkan dan terpulang lah kepada kita samada ingin menebarkan benih dan terus menjaganya,atau membiarkan sahaja tanah tadi hingga dia ditumbuhi rumput dan lalang .itulah diumpamakan puasa.kita mampu puasa sekadar puasa sahaja atau kita mampu memilih puasa kita tadi menjadi puasa yang di isi dengan berbagai amalan yang diredhoi hingga puasa itu tadi menjadi puasa yang terbaik.

Maka tidak syak lagi bahawa puasa tidak ada bandingnya dalam mempersiapkan jiwa agar lebih dekat dengan Allah.barangsiapa yang selesai mengerjakan ibadah ini dengan penuh keimanan dan mengharap hanya redho Allah maka akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu.sebagaimana sabda Rasulullah,dari riwayat Abu Hurairah :

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم ذنبه

ertinya :" Barangsiapa yang menunaikan puasa pada bulan Ramadhan ddengan penuh keimanan dan mengharap redho Allah ,mak diampuni dosa-dosa mereka yang telah lalu."

seterusnya terdapat satu makna yang sangat dalam didalam sebuah hadis yang mashur mengenai ganjaran orang yang berpuasa iaitu :

كل عمل ابن ادم يضاعف الحسنة عشر امثلها الى سبعمائةضعف قال تعالى الا الصوم فانه لي وانا اججزى به

ertinya :" setiap amal anak adam berlipat gandanya ,satu amalan diberikan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda ,Allah ta'la berfirman kecuali puasa ,sebab puasa hanyalah untuk ku ,dan hanyalah aku (Allah) sendirilah yang akan membalasnya."

hadis tersebut menjadi bukti bahawa Allah akan membalas segala amalan puasa seseorang yang berpuasa demi mencari keredhaanya dengan begitu bnyak gnjaran,adapun orang yang tidak terdapat dalam puasa mereka itu taqwa dan iman maka ianya telah diterangkan dalam sebuah hadis yang lain :

كم من صائم ليس له من صيامه الا الجوع والعطش

ertinya : " berapa ramai orang yang berpuasa tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga "

Justeru itu, saya mengajak diri ini dan saudar seislam sekalian,marilah kita bersama-sama melaksanakan puasa ramadhan dan segala sunnah Rasulullah .kita pilih lah mana yang harus diamalkan dan ditinggalkan.mudah-mudahan Allah berkenan memberi ganjaran dan keberhasilan dalam puasa nanti..insyallah.sehingga kita menjadi orang yang bertaqwa ,selalu berhati-hati dalam hidup ini dan sentiasa dibawah perlindungan Allah.wallahua'lam

No comments:

Post a Comment