Glitter Words

Friday, January 28, 2011

Nasihat Imam Al-Ghazali ( Aktiviti Harian )


Diantara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Ghazali Rahimahullah alaihi atau yang digelar dengan Hujjatul Islam , terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah ). dalam buku ini , beliau menerangkan mengenai amalan-amalan atau aktiviti harian yang patut dilakukan oleh umat islam pada setiap hari pagi dan malam sepanjang hidupnya.

Suka bagi toriquljannah untuk menulis sebahagian nasihat imam Ghazali mengenai aktiviti yang harus dibuat pada waktu pagi selepas kita menunaikan solat sunat Dhuha hingga menjelang waktu tergelincir matahari iaitu masuknya waktuuntuk solat fardhu Zohor.

Ada empat perkara yang boleh dilakukan mengikut beliau :

Pertama : yang lebih afdal atau lebih baiknya untuk kau habiskan masa mu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat , bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati oleh orang sekarang ini , yang mereka namakan ia dengan ilmu manfaat ( padahal ia bukan dari ilmu yang bermanfaat ). Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut diri mu akan Allah dan menambah penglihatan terhadap aib diri mu dan menambah makrifat mu dalam engkau beribadat kepada tuhan mu dan menambah kegemaran mu terhadap negeri akhirat dan seterysnya dapat membukakan hati mu agar kamu dapat mengenali penyakit hati mu dan amalan mu sehinnga engkau dapat menjauhinya.

( Ilmu yang lebih mendekatkan jiwa denganRobbul Alamin )

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuan terhadap tipu helah syaitan dan penipuanya sehingga kau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika dia ingin mengoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah kerana mereka telah membeli dunia dengan agamanya dan menjadikan ilmu sebagai alat mengambil harta sultan , memakan harta wakaf , harta anak yatim ,harta orang miskin dan harta orang Islam . Mereka hanya menghabiskan masa dengan hanya untuk mencari kedudukan dan pangkat dimata manusia.untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan melihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.

( Dengan mengigati Allah jiwa akan menjadi tenang )


Kedua : bahawa engkau tidak mampu mendapatkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa dalam membuat ibadat seperti berzikir , membaca Al- Quran , bertasbih dan sembahyang .Maka ini adalah darjat orang yang abid ( ahli Ibadah ) dan juga cara hidup orang yang soleh. dan dengan cara ini juga kau akan tergulung dalam golongan orang yang beruntung.

Ketiga : Bahawa enkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikkan kepada orang-orang islam dan dapat mengembirakan hati orang berimanatau kau menolong orang yang soleh dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dalam mereka menunaikan hajat mereka , berusaha memberi makan kepada fakir miskin , atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja , kerana amalan seperti ini selain daripada ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat : Jikalau kamu tidak juga dapat membuat salah satu dari 3 perkara ini, maka berushalah untuk menunaikan hajat mu sendiri atau mencari nafkah untuk dirimu dan keluargamu , sedangkan orang ramai selamat dari ganguan mu dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu Dan agama mu juga selamat apabila kamu tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan.dengan itu enkau akan dapat mencapai darjat Ashhabul Yamin ,sekiranya engkau tidak mendapat darjat As-Sabiqin..

( Rezeki yang sedikit tetapi berkat itu lebih menilai dari rezeki yang banyak tetapi tiada keberkatan )

(Imam Ghazali- Bidayatul Hidayah- terjemahan Abu Ali Al-banjari An-Nadwi)

No comments:

Post a Comment