Glitter Words

Thursday, March 5, 2009

Pemimpin Acuan Islam


Bila disebut pemimpin,ramai orang akan membayangkan gajinya , kemewahanya dan banyak lagi,tapi disebalik nama pemimpin itu ada pengertian yang begitu mendalam yang akan membawa institusi yang dipimpin dan juga diri seorang pemimpin itu samada ke alam kebahagian atau alam kemusnahan dan kehancuran.Bagi diri seorang pemimpin itu ,mereka tidak boleh sama sekali lari atau cuba melarikan diri daripada tanggungjawab mereka pada masyarakat , negara , dan yang utama nya adalah tanggunjawab mereka dengan Allah ta'ala.
Suka saya menulis dalam blog ini pendapat saya yang lebih menfokuskan mengenai sikap pemimpin negara islam dan sifat yang harus diikuti oleh mereka berdasarkan acuan yang diberikan oleh agama Allah yang maha agung ini .Apa yang kita lihat pada hari ini kebanyakan pemimpin Islam yang mengelarkan pemerintahan mereka sebagai pemerintahan islam semakin hari semakin jauh dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.namun apa yang lebih menyedih kan ,ada pula sesetengah pemimpin negara islam cube mengada2kan islam yang baru,islam ini lah,islam itulah, apakah mereka ingat agama islam ni adalah agama yang dilahirkan oleh mereka yang mana boleh didaftarkan nama tu di pejabat pendaftaran atau sebagainya.Tidak sama sekali,bagi pengikut ajaran Islam sebenar,walau apa pun yang cuba dibawa oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka,Agama Islam tetap Agama yang terulung dan sesuai sepanjang zaman,Al-Quran merupan perlembagaan yang cukup sempurna,ditambah lagi dengan adanya As-Sunnah dan Dalil2 lain yang Muktabar disisi Islam.Bagi pemimpin yang mempunyai sikap sedemikian mereka seharusnya ingat,bahawa mereka akan dipersoal,sekiranya mereka tidak mahu memerintah berdasarkan acuan Ilahi janganlah diputar belit kan agama yang suci ini. Apakah mereka terlupa atau mereka saja-saja buat lupa ataupun mereka jahil , bahawasanya satu huruf yang terdapat dalam Al-Quran itu sekiranya di tolak boleh menjadikan kita terkeluar dari Agama ini..kalaulah mereka jahil kenapa pulak mereka cuba memutar belit kan Kalam dan Hukum Allah.seharusnya mereka cuba menerima pendapat dari cendiakawan agama islam yang betuk-betul ingankan islam yang sebenar.kalaulah dinegara ini seseorng yang menghima perlembagaan yang ditulis oleh manusia sendiri boleh didakwa , apatah lagi seorang yang cuba menghina atau mempermainkan perlembagaan Allah Ta'la nescaya akan terhina dan termurka lah dia dihadapan mahkamah Allah yang maha Agung.
maka menjadi tanggunjawab atas setiap pemimpin atau setiap orang yang mempunyai tanguggjawab untuk terus berpegang dengan Al-Quran dan menjadikan Rasulullah sebagai teladan terulung ( kudwah hasanah) dari aspek kepimpinan dan aspek diri baginda sendiri seperti akhlak,cara pergaulan nya dan cara penyampaian dakwah baginda. semoga kita semua yang inginkan kebenaran Agama Allah ini sentiasa dibawah rahmat nya.amin..

Selanjut nya suka saya menulis sebahagian dari sifat-sifat dan akhlak yang seharusnya ada untuk melahirkan pemimpin berdasar kan acuan Islam.

1) Pemimpin mestilah dari kalangan orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah ,mempunyai hati yang sunyi daripada penyakit-penyakit hati seperti riya',ujub, tidak kasihkan jawatan, tidak gila kan pangkat serta jawatan dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

2) Mempunyai akal yang waras dan sempurna,kebijaksanaan dan luas pemerhatian ,pemimpin tersebut bukan lah orang yang kerap lupa serta yang utamanya mereka hendaklah bijak dalam mengawal apa jua keadaan.ini disebabkan pemimpin tersebut akan bnyak mengalami keadaan yang berubah-ubah dengan situasi yang berbeza.

3) Mestilah bersifat dan akhlak lemah lembut , kasihan belas dan mudah berurusan.kebiasaanya orang yang bertanggugjawab akan terdedah atau diuji dengan pelbagai ragam manusia,oleh itu hendaklah mereka melapang untuk mereka semua dengan kelembutan dan berusaha untuk menarik mereka,dan janganlah sesekali bermusuhan dengan mereka.Firman Allah dalam Surah Ali-Imran : 159 , maksudnya ( oleh kerana rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka ,sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu.oleh itu maafkan lah mereka,mohonlah ampun bagi mereka dan bermusyuarah lah bagi mereka dalam urusan itu)

No comments:

Post a Comment