Glitter Words

Tuesday, March 3, 2009

Siksa Orang Yang Menderhaka Kepada Ke Dua Ibu Bpa



Firman Allah Subhanallah Ta'la dalam Surah Al-Isra' ayat 23 bermaksud : ( Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanye berumur lanjut dalam pemeliharaan mu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-dua nya perkataan 'ah; dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia....

bermula bab yang kedua didalam kitab ini bagi menyatakan siksa orang yang derhaka kepada ibu bapa nya.telah berkata Allah Ta'la dan janganlah engkau kata bagi ke dua ibu bapa (Ah) ,dan jangan engkau membentak bagi kedua nyadan kata oleh mu bagi kedua nya akan kata yang mulia yakni lemah lembut (dan) telah bersabda
Rasulullah
, tiada beza antara orang yang derhaka kepada ibu bapa nya dan antara iblis didalam neraka melainkan darjat yang satu dan tida beza antara orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya dan segala Anbiya' didalam Syurga melainkan darjat yang satu dan iaitu sekampung dengan para Anbiya' di dalam syurga ( dan telah ) bersabda Rasulullah,pada malam mikraj ke langit ku lihat beberapa orang yang tergantung sekalian nya pada pelepah tamar dan mereka itu di dalam neraka dan kata ku,apa itu ya Jibril ( maka )katanya pada ku, ya Muhammad ,itulah orang yang menyumpah ibu bapanya ( dan berkata ) Rasulullah , berwasiat aku bagi mu dengan sembahyang dan berbuat baik kepada ibu bapa nya dan barang yang ada di dalam tangan kamu,maka bahawasanya berbuat baik akan ( walidain ) itu menambahi umur nya tiga tahun ( maka) ia berbuat baik akan walidain maka di jadikan Allah Ta'la umur nya yang tiga tahun itu jadi tiga puluh tahun ( dan ) jika ia menyampah akan walidain maka di jadikan Allah Ta'la umur nya yang tiga taun itu menjadi tiga hari ( dan bersabda ) Rasulullah ( barangsiapa ) derhaka akan walidain maka sa nya derhaka akan Allah dan Rasul nya ( dan ) yang terlebih siksa bagi segala manusia dalam neraka jahanam itu tiga jenis ( pertama ) orang yang derhaka akan ibu bapanya ( dan kedua ) orang yang berzina ( dan ketiga ) orang yang syrik akan Allah Ta'ala.( dan cerita ) dari setengah orang soleh , berkata ia,aku berjalan kubur orang pada malam hari maka aku lihat satu kubur pada hal keluar asap terlalu banyak ( maka ) berhenti aku melihat kepadanya maka tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar daripada nya manusia terlalu hitam muka nya dan pada tangan nya tongkat daripada besi dan dihadapan nya seekor himar memalu atas kepala nya dan himar itu berteriak-teriak kemudian maka ditarik himar itu ke dalam kubur dengan rantai besi daripada api neraka maka masuklah kedua-dua nya kemudian tertutuplah kubur nya lalu berjalan lah aku,tiba-tibabertemu seorang perempuan maka bertanya aku kepada nya daripada hal yang demikian itu ,berkata perempuan itu, ini lah orang yang zani ( penzina ) dan syarbu khamar ( peminum arak ) dan menyumpah ibu bapanya serta berkatalah ia bertriak-triak lah engkau seperti aku maka tatkala mati dijadikan Allah akan dia himar dan adalah menyiksa itu pada tiap-tiap malam ,dan berlindung aku kepada Allah daripada pekerjaan isi neraka dan aku pohon akan keampunan dan rahmat bahawasanya Allah Ta'ala itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..

Wallahualam.

Di terjemahan kepada rumi
dari Kitab Tanbih Al Ghafilin
bab yang ke dua

No comments:

Post a Comment