Thursday, October 8, 2009

Latar belakang golongan berfahaman liberal dalam Islam

Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan gama lain di Malaysia.

Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama.

Bila munculnya Liberal dalam Islam?

Ia bermua di di dunia barat apabila menjelangnya zaman kebangkitan barat (selepas kejatuhan Andalusia 1492), serta kebangkitan golongan yang anti gereja atas nama kemajuan teknologi barat. Gereja telah lama mengongkong umat Kristian sehingga mereka tidak dapat membangkitkan tamadun seperti Umat Islam di Baghdad dan Sepanyol.

Islam adalah agama ilmu. Kerana itu Islam melahirkan ramai ilmuan yang meliputi ilmu sains, teknologi, sosiologi, sejarah, agama, politik dan kesenian tanpa mereka menyerang para ulama’ dan Al-Quran. Mereka masih Islam dan menggunakan ilmu untuk memajukan Islam.

Akibat kongkongan Gereja dan Raja di Barat yang zalim, golongan cerdik pandai di Barat mula menentang gereja dan bermulalah kegiatan sekularisme (pemisahan agama dengan kehidupan) serta liberalisme barat (pembebasan ilmu dengan agama).

Mengapa Idea Liberal masuk ke dunia Islam?

Golongan ilmuan Islam yang dijajah oleh Barat mula mengkagumi kehebatan barat selepas tamadun Islam dipindah ke Barat. Mereka mula mengagumi

  • Hiburan barat
  • Teknologi barat
  • Pakaian dan cara hidup barat
  • Cara Barat berfikir

Apakah saranan golongan liberal di Malaysia

  • Jauhkan institusi ulama’ dari pentadbiran
  • Setiap individu berhak sepenuhnya ke atas dirinya dan tiada pantauan moral boleh dilakukan.
  • Biarkan kehidupan bebas (gay, lesbian, arak, pengguguran anak)
  • Menyerang sistem poligami Islam.
  • Mengatakan sistem kehakiman Islam zalim dan tidak berperi kemanusian.
  • Tiada paksaan terhadap waniota untuk menutup aurat.
  • Menyerang bahawa Islam membenarkan penderaan isteri kerana dikatakan Islam membenarkan pemukulan Isteri secara wewenang.
  • Menyamataraf semua agama di Malaysia.
  • Ingin menghapus terus Mahkamah Syariah di Malaysia.
  • Membenarkan kebebasan bersuara sehingga penghinaan terhadap Nabi dibiarkan.

No comments:

Post a Comment