Glitter Words

Thursday, October 8, 2009

Sister In Islam (SIS) Perancangan Memusnahkan Agama ALLAH

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca yang kebanyakan mereka adalah orang awam yang tidak begitu mahir dengan islam.'Sisters in Islam' ini membawa prinsipnya yang mana mereka ingin mempertahankan kebebasan hak individu wanita. Apa yang menyedihkan pendokong badan ini di negara kita yang dikatakan negara islam oleh sesetengah pihak merupakan mereka yang berpengaruh dan berpendidikan tinggi .Antara dakwaan beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas,serta membincangkannya.Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu samada ilmu duniawi umumnya atau ukhraw khususnya, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.Secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Apa yang kita lihat disini mereka mempunyai masalah dalam memahami erti dan maksud ' Keadilan ' itu sendiri.bagi mereka keadilan adalah satu perinsip kesamarataan tidak kira atas siapa tanggunjawab itu ditaklifkan.SIS mengatakan yang mereka ingin menuntut kesemarataan namun mereka sendiri salah untuk mentakrifkan 'keadilan' tersebut. Sekiranya mereka ingin sama kan hak wanita dengan hak lelaki ,suka saya membawa sedikit contoh mudah dalam prinsip mereka ini. Andailah sebuah van yang membawa kaum wanita dan kaum lelaki rosak ditengah jalan dan van tersebut mestilah ditolak untuk sampai kesuatu destinasi yang selamat adakah wajar bagi kaum wanita menolak van tersebut selepas setengah daripada perjalanan itu telah ditolak oleh kaum lelaki ?? bukan kah kesamarataan yang diinginkan disini oleh SIS telah secara tidak langsung menindas kaum wanita yang mana mereka murapakan kaum yang lemah? Oleh yang demikian itu kita semua harus menolak apa yang ditafsirkan oleh SIS ini mengenai maksud kesamarataan dan keadilan. Oleh kerana itu islam membawa maksud 'adil' adalah meletakan sesuatu pada tempatnya.yang mana tidak boleh lari mengikut pentakrifan tersebut terhadap suatu prinsip iaitu keatas siapa sesuatu hukum atau tangunjawab itu harus diletakan.

Apa yang ditulis dalam laman web SIS sendiri beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

# Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Lihatlah petikan, ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Buat SIS ,ketahuilah sekiranya kamu masih benar-benar islam ,ayat ini adalah kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan untuk mengambil sesetengah individu.Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari seterusnya memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment