Glitter Words

Saturday, June 26, 2010

Forum Ilmiah Ayah bersama Mufti Kerajaan Negeri Johor Sohibus Samahah Ustaz Tahrir

Dewan Besar Sekolah Menengah Arab Loghatul Quran .maaf tak clear gambar

salam semua..selamat malam ,semoga malam ini lebih indah dari malam sebelumnya dan semoga ia membawa lebih banyak perubahan dan menjadikan kita terus berusha memperbanyakkan amalan..insyallah.

Alhamdulillah,segala pujian tanda syukur kepada Ilahi,hampir pukul satu pagi baru ana jejak kan kaki kat rumah,jadi sekadar melepaskan kepenatan setelah baru pulang dari jadi driver ayah ke forum bersama Mufti Johor dan sebelum mata ni terlena dibuai mimpi,suka lah sikit nak berkongsi ilmu atau nak memanjangkan apa yang telah didengar dalam forum tadi.semoga ianya akan memberi sedikit manfaat buat kita semua.seperti syarak mengajar kita ( maka berikanlah peringatan atau nasihat sesungguhnya nasihat tadi memberi manfaat bagi orang yang beriman )

Ayah & Sohibus Samahah Mufti

Tadi yang dikasihi lagi dicintai ayah ana sendiri ustaz Sulaiman bin Sharif telah selesai menjadi ahli panel forum ilmiah bersama Al-Fadhil Sohibus Samahah Ustaz Tahrir bin Dato' haji Shamsuddin ,Mufti Negeri Johor.Forum tersebut bertajuk " Akidah dan Kaitan Dengan Akhlak " Forum ni sebenarnya diadakan sempena jubli emas Sekolah Menengah Agama Arab Loghatul Quran Muar.secara kebetulan diri ni dulu pernah lah mengaji kat situ tapi setaun je masa tingkatan satu,pastu cabut berhenti sebab takut bila tingkatan dua kena duk asrama ..hehe.

ermmm..seterusnya nak kongsi lah sikit apa yang dapat pada malam ni.
antara soalan yang diberi kat ahli panel tentang hubungan Akidah dengan akhlak.
pertamanya ahli panel menerangkan tentang maksud aqidah tu sendiri.
aqidah menurut ajaran ahli sunnah wal jamaah adalah satu Iqtikad atau ikatan dan kalaulah diterjemahkan secara istilah Aqidah merupakan suatu ilmu kepercayaan kita dengan sepenuh hati yang wajin kita pelajari yang mana ilmu itu menyelidik dan mengkaji tentang kepercayaan hati bagaimana hati itu beriman dengan Allah taala iaitu ketuhanan, beriman pada Rasulullah dan seterusnya menyelidik hati untuk percaya dengan perkara samiat (perkara yang hanya didengar) dengan dalil yang yakin sama ada akli dan dalil nakli.ahli panel mengambil daripada buku iktikad ahli sunnah wal jamaah yang dikarang oleh bekas Mufti Sabah.

seterusnya mengenai hubungan akidah dan akhlak ahli panel membawa sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah

لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن، ولايشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن

mafhumnya : ( tidak berzina seseorang penzina itu tatkala dia hendak berzina dia dalam keadaan beriman,dan tidak pula seorang pencuri itu mencuri tatkala dia mencuri dia beriman dan tidak pula minum seseorang itu arak tatkala dia hendak meminumnya dia beriman )
ini menunjukkan bahawa iman dan akhlak itu terlalu berkait antara satu sama lain.dan iman juga merupakan benteng atau tunjang utama untuk memandu akhlak seseoarang.

berdasarkan Hadis Nabi mengenai cabang iman ,juga disebut didalam nya sifat atau akhlak yang menjadi sebahagian cabang iman.Sabda Nabi Muhammad yang mafhumnya ( iman itu 67 cabang yang paling tinggi Lailaha illallah dan yang paling rendah menghilangkan sesuatu yang menghalang perjalanan dan malu itu sebahagian daripada iman.)

iman dan akhlak ini juga dikatakan umpama dua tanduk yang mana jika rosak salah satu tanduk maka tak sempurna tanduk tersebut.

Dan akhir penulisan malam ni sebab sy dah mengantuk ,suka nak amik apa yang ahli panel sampaikan tadi mengenai selaku seorang pelajar kita kena usha untuk mendapat kan ilmu,disertai dengan sikap ikhlas dalam mencari ilmu Allah dan berdoa serta tawakkal kepada ilahi.insyallah kita akan diberkati.amin.wallahualam,wassalam



No comments:

Post a Comment