Glitter Words

Wednesday, June 9, 2010

Penolakkan Para Ilmuan terhadap Muhammad bin Abdul Wahab


Muhammad bin Abdul Wahab yang mereka-reka atau mengadakan bid’ah itu telah menyampaikan ceramahnya semasa menjadi khatib pada hari jumaat di masjid ad-Dar’iyah dan telah pun menyebut dalam tiap-tiap khutbah atau ceramahnya( sesiapa yang bertawasul dengan nabi Muhammad s.a.w dia telah kufur .Saudaranya bernama As-sheikh sulaiman bin Abdul Wahab ,seorang yang mempunyai bnyak ilmu dan alim sangat tidak setuju dan membangkang apa yang telah dilakukan oleh Muhammad bin abdul wahab.beliau sama sekali tidak mengikut akan apa yang diadakannya .

Pada suatu hari saudaranya as-sheikh Sulaiman telah berkata kepadanya : Berpakah rukun islam wahai Muhammad Bin Abdul Wahhab? Muhammad Bin Abdul Wahhab menjawab : 5.saudaranya berkata lagi: engkau telah menjdaikanya 6 .iaitu sesiapa yang tidak mengikut engkau ,bukanlah ia muslim.inilah rukun ke 6 agama islam menurut kamu.Dan apabila pertelingkahan ini berpanjangan antara dia dan saudaranya maka Muhammad Bin Abdul Wahhab amat takut dan menyuruh agar saudaranya dibunuh,As-sheikh Sulaiman pun berpindah ke Madinah al-Munawwarah dan mengarang satu risalah penolakkan ajaran Muhammad Bin Abdul Wahhab dan mengirimkannya kepada nya namun tidak pun tertegah dari meneruska fahamabya dikalangan masyarakat.selain itu ramai ulama’ mazhab Hanbali mengarang kitab bagi menolak fahaman Muhammad Bin Abdul Wahhab lalu mengirimkan kepadanya,namun tidak juga tertegah dari meneruskan fahamanya.selain itu , Muhammad Bin Abdul Wahhab pernah bercakap kepada seorang lain dengan katanya : ia adalah ketua satu puak yang tidak boleh dikalakan .Dia mengatakan lagi: apakah kata mu sekiranya seorang yang bersifat benar,kuat agamanya dan bersifat amanah yang juga engkau tahu akan kebenaranya,bahawa satu puak yang ramai akan menyerang kamu dan mereka berada dibelakang gunung ini dan kamu menghantar 1000 penunggang kuda untuk melihat kaum itu dibelakang gunung tetapi mereka tidak mempunyai walau seorang pun,bahkan tidak seorang pun yang dating.adakah kamu akan mempercayai yang sorang atau yang 1000?Orang yang berkenaan itu menjawab :saya akan mempercayai yang 1000.sesungguhnya semua ulama’samada yang hiduap atau yang telah meninggal dunia didalam kitan-kitab mereka mendustakan apa yang kamu bawa,jadi kami mempercayai mereka dan membohongkan kamu. Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak dapat menjawab.

Pernah terjadi satu kejadiaan,pada suatu ketika yang lain ,seorang lelaki pernah berkata kepadanya : agama yang engkau bawa berhubung atau terpisah? Muhammad Bin Abdul Wahhab menjawab : sehinggakan guru-guruku dan guru-guru kepada guruku hingga 600 tahun semuanya musyrik.lelaki itu berkata kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab ,jika begitu agama engkau terpisah dan tidak mempunyai hubungan. Daripada siapakah engkau mengambilnya? Jawabnya : wahyu dan ilham seperti Nabi Khidir.lelaki itu berkata lagi : oleh itu tidaklah ia terhenti kepada engkau sahaja, setiap orang boleh mendakwa dia menerima wahyu dan ilham sepetimana engkau mendakwanya.

Lelaki itu berkata kepadanya lagi :sesungguhnya bertawasul itu telah sepakat ahli sunnah sehinggakan ibnu Taimiyah telah menyebut padanya ada dua cara dan tidak menyebut yang melakukanya itu kafir.Golongan Rafidhah ,khawarij dan ahli-ahli bida’ah semuanya berkata sahnya bertawassul dengan Rasulullah s.a.w,maka tidak ada jalan bagi engkau untuk mengkafirkan sama sekali. Muhammad Bin Abdul Wahhab telah berkata kepadanya :sesungguhnya Saidina Omar r.a telah bermohon hujan dengan bertawassul kapada Abbas r.a.mengapa ia tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.? . maksud Muhammad Bin Abdul Wahhab dengan hujah yang demikian ialah menyatakan Abbas r.a ketika itu masih hidup sedangkan Rasulullah telah wafat dan tidak boleh bertawassul denganya.lelaki itu berkata kepadanya : ini adalah hujah atas dirimu.ini kerana Saidina Omar r.a bertassul kepada Abbas r.a sebagai memberitahu orang ramai bahawa sah nya bertawassul dengan selain Nabi Muhammad s.a.w dan sebagaimana engkau berhujah dengan permohonan hujan Saidina Omar dengan bertawassul kepada Abbas r.a,dan bahawasanyalah saidina Omar yang meriwayatkan hadis bertawassulnya Nabi Adam a.s dengan Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda dijadikan.oleh itu bertawassul dengan Nabi Muhammad adalah maklum pada saidina Omar dan lain-lainya.adapun apa yang dikehendaki oleh Omar adalah untuk mengajar orang ramai akan sahnya bertawassul dengan selain Nabi Muhammad s.a.w .maka Muhammad Bin Abdul Wahhab tercengang dan terpegun.

sumber :
Permata Yang Berharga
Hujah Menolak Fahaman Al-Wahhabi

No comments:

Post a Comment