Glitter Words

Wednesday, November 10, 2010

Kemanisan Iman...



Rasanya tidaklah salah andai kita katakan bahawa Iman seseorang itu boleh diukur dan dinilai oleh tuan punya iman tersebut dengan bersandarkan apa yang difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2-3 :Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. iaitu orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.

Nilai iman tidak boleh dicapai melalui kajian atau alatan sains seperti microskop dan sebagainya.Ini membuktikan bahawa kekuasaan Allah dan keagungan Allah yang samasekali tidak mampu dicabar oleh oleh manusia.kalaulah kita lihat ,ahli-ahli sains telah berjaya untuk mengukur atom dan sebagainya namun iman bukanlah suatu yang mampu diukur dengan kajian dan peralatan.

Berdasarkan ayat tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang beriman apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka.adakah sikap ini ada terdapat dalam diri kita?? adakah apabila kita mendengar lafaz ALLHUAKBAR pada laungan azan hati kita terus tersentak untuk mengigati Allah ?? tepuk dada tanya iman ...

Selaku orang yang mengaku diri islam dan beriman sewajarnya apabila membaca Al-Quran dan mendengar bacaan Quran maka bertambahlah keimanan mereka kepada Allah.kita seharusnya membaca dan memahami segala tuntutan dan isi Quran terhadap diri kita dan seterusnya menjadikan apa yang terdapat dalam Quran tadi sebagai pendorong yang menjadikan diri kita sebenarnya lebih dekat dengan Ilahi.

Maka bertepatanlah dengan Sabda Nabi yang bermaksud ( Hendaklah kamu membaca Al-Quran , sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di bumi dan perbendaharaan kamu di Akhirat )

Iman juga ditakrifkan sebagai tasdik atau membenarkan dengan hati kepada apa yang diketahui yang disampaikan oleh nabi serta berikrar dengan lidah dan diringi dengan amal perbuatan yang hanya kerana Allah.Iman bukanlah hanya dengan kata sahaja,bahkan iman itu hendaklah berakar tunjang dihati dan dibuktikan oleh amal perbuatan.

Iman yang baik adalah iman yang sentiasa mendesak pemiliknya agar sentiasa melakukan perkara yang diredhoi Allah serta menyuruh manusia yang berada disekeliling agar sentiasa memperbaiki diri dan meningalkan segala kemaksiatan serta mengembalikan segala masalah dan kemaslhatan yang berlaku kepada Islam dan sumber hukumnya.

Justeru itu ,apabila bersemadi nya iman dalam hati seseorang ,maka terbitlah dari hati ini ketenangan , kesabaran,kebahagian, keinsafan dan perasaan yang sentiasa mengharap pergantungan kepada Allah

No comments:

Post a Comment