Glitter Words

Friday, February 19, 2010

Dustanya Syahid ,Orang Kaya Dan Ulama’

Hadis Muslim,daripada Abu Hurairah ra. sabda Nabi saw :
Sesunguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah ,

Pertama ,orang yang gugur syahid. Dia dibawa mengadap Allah,maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmatnya, lalu dia pun mengakui menerima nya. Allah swt bertanya kepada nya “ maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu”?
Dia menjawab .
“ Aku berperang kerana mematuhi perintah mu sehingga aku gugur syahid”
Allah berfirman “ engkau berdusta, akan tetapi engkau berperang sipaya orang mengatakan engkau berani ,dan telahpun dikatakan demikian ,” kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua , orang yang belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran. Dia dibawa mengadap Allah,maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmatnya, lalu dia pun mengakui menerima nya. Allah swt bertanya kepada nya “ maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu”?
Dia menjawab.
“Aku belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-quran kerana mengharap keredhaan mu”
Allah berfirman “ engkau berdusta , akan tetapi engkau pelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim,dan engkau membacar Al-Quran supaya orang mengatakan si anu seorang Qori, dan telahpun dikatakan demikian ,” kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan. Dia dibawa mengadap Allah,maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmatnya, lalu dia pun mengakui menerima nya. Allah swt bertanya kepada nya “ maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu”?
Dia menjawab.
“Aku tidak tinggal satu pun jalan yang engkau suka untuk dibelanjakan kekayaan padanya melainkan aku belanjakan padanya ,kerana mengharapkan rahmat mu.”
Allah berfirman “ engkau berdusta ,akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaan mu supaya orang mengatakan si anu itu dermawan , dan telahpun dikatakan demikian ,” kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

No comments:

Post a Comment