Friday, February 19, 2010

Peringatan Rasulullah Buat Mawar Berduri



Wanita apabila ia sembahyang lima waktu,puasa sebulan ramadhan,memelihara kehormatan serta taat akan suaminya,maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.(H.Riwayat Tarmizi,Ibnu Hibban,Thabrani,Anas bin malik )

Perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan akan dia. (Hr.Tarmizi)

Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara.kerana hartanya ,kerana keturunanya ,kerana kecantikkanya dan kerana agamanya.maka carilah yang kuat agamanya,nescaya kamu bertuah.(H.Riwayat Bukhari)


Dunia adalah perhiasan ,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) solehah.( H.Riwayat Muslim)

Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan ,kemudian dia keluar melintasi lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya,maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina .(H.Riwayat Ahmad,Thabrani dan hakim)

Wanita yang minta diceraikan oleh suaminya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak,maka haramlah baginya bau syurga. .(H.Riwayat Tarmizi,Abu daud)

Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya ,nescaya masuk ia ke dalam syurga. .(H.Riwayat Tarmizi)

No comments:

Post a Comment