Glitter Words

Thursday, April 8, 2010

Taubat Setiap Hamba Mu


salam sekalian...

Entah kenapa malam ni tak leh nak tido, mybe sebb dah bese tdo lewat ,ni bila kawan2 kuar dah tak ada topik nak sembng mata pun ngantuk..ala kulli hal terima kasih n bersyukur sangat kepada ilahi sebab tadi dh lepas syafawi Quran..semalam rasa macam nak menangis,tapi bila dah duk jawab tadi semua dipermudahkan.ala kulli hal,semua tu kerja Allah..bila soalan tadi ustza baca memang sedih juga,sebab ustaz yang syafawi tadi dia memang prosedur sikit,sekali soalan pertama dia soal juzuk ke 5 helaian ke 6..terperanjat juga,maklumlah kita ni bukan lah apal sangat tapi nak cerita kan rejeki tu dapat lah juga jawab soalan tu dan soalan yang len..buat sahabat-sahabat yang lain dari taun 3 kuliah syariah tu insyallah sama-sama najah.. amin.allahumaftahalaikum.!! chaiyok..dan selamat menduduki exam yang akan datang ni..lepas berjuang leh lahh balik kampung jumpa ayam itik yang rindukan kamu sekalian... hehe.

Dah lama tak menulis, sebelum tidur ni nak lah tulis sikit tentang taubat.mudah-mudahan dapat jadi renungan buat diri senderi ni terutamanya..
sabda rasulullah bermaksud :
( setiap anak adam itu bersalah ,dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang memohon keampunan )

seterusnya,yang dimaksudkan dengan taubat tu macam mana?? taubat adalah kita memohon ampun dari Allah swt dengan lisan dan seterusnya diiringi dengan penyesalan dalam hatiterhadap sesuatu dosa yang telah kita lakukan dengan jalan meninggalkan dosa tersebut dan dengan niat dan azam tidak akan melakukanya lagi.seterusnya,kalaulah dosa tadi melibatkan hal kita dengan hamba allah yang lain,maka tidak boleh tidak wajib kita memohon maaf dekat dia orang yang kita wat salah.
bila kita tengok maksud taubat tu macam mudah je nak buat,yang jadi masalah nya taubat tu memang insyallah diterima Allah selagi mana kita tak kufur kepada nya.namun kalau difikirkan balik kadang-kadang kita bertaubat dan dalam masa yang sama kita terus melakukan perkara tu juga...entahlah ,sebenarnya nak dikatakan juga disini bahawasanya rahmat dan hidah Allah untuk hamba itu mahal sangat-sangat.
namun sahabat-sahabat,apa yang kita kena dan pasti ingat bahawa maut tu datang nya entah bila ketika,tak tahu dan tak dapat kita teka dan duga.kadang-kadang kita tengok orang yang sihat ,segar bugar pun mati tiba sedangkan yang dah 3,4 bulan terlantar kat hospital sebab sakit tua masih belum lagi ajal mereka.alangkah indah nya dan hikmah nya kerja Allah kepada hambanya..sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang ada di langit dan dibumi malahan diseluruh kejadian nya dialam ini.

oleh kerana itu,kesilapan besar lah bagi orang yang masih menagguhkan taubatnya kepada Allah atas setiap segala kesilapan yang dilakukan.kadang-kadang ada pulak yang kata," ishhh aku muda lagi,lama lagi nak mati jom arr enjoy,tak puas lagi ni bro "
ermmm entahlah,hidup ini memang banyak ujian.kadang-kadang kita baik orang dengki dan iri hati,terutamanya zaman sekarang ini,zaman yang orang ramai dah mula tak takut Allah.malahan sanggup sampai buat benda-benda keji bahkan syirik dengan berjumpa dengan bomah lah apalah semata-mata dalam menjayakan agenda diri dia untuk menjatuhkan manusia yang lain.ada pulak kadang-kadang tak pasal-pasal suka sangat memfitnah dan mengadu domba.,bagi kita, sebenarnya mereka ini sama sekali tak takut dengat azab Allah.sedangkan memfitnah tadi ibarat nya sepertimana firman allah fitnah itu lebih teruk dari membunuh..

ala kullihal,semua ini berpunca dari satu..apa dia?? mungkin ianya berpunca dari hati yang sakit,yang tidak dapat diubati lagi disebabkan hati dan naluri yang terlalu cinta akan dunia dan terus lupa akan Allah dan seterusnya mereka terlalu berani melanggar had-had sempadan Allah tanpa sekali pun mereka ingin merasa yang mereka wajib bertaubat dan kembali kepada matlamat hidup manusia diciptakan iaitu beribadat terus kepada Allah.

Jadi , buat kesimpulan malam ni,marilah kita sama-sama insafi dan sedari .andai ada yang silap kita mohon ampon dan jika ada yang kita curigai kita mohon diberi petunjuk kerana setiap langkah kita sering kali si syaitan laknatullah mengikut dan cuba menodai iman kita..

dekat sini jomlah kita renungkan sedikit kata-kata :

Wahai orang-orang yang berdosa dan menghitung keesalahanya,janganlah engkau lupa akan dosamu dan ingatlah akan apa yang telah berlalu dari dosa mu itu.dan bertaubatlah kepada Allah sebelum mati,dan berhentilah wahai orang yang durhaka serta akuilah akan dosa mu.

seterunya firman Allah yang bermaksud :

maka barang siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu, maka sesungguhnya ALlah menerima taubatnya,sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.. ( surah al-maidah: 39 )

Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment