Saturday, October 16, 2010

Riya'



Assalamualaikum...saudara kaum Muslimin yang sentiasa dirahmati Allah..semoga apa yang ditulis ini menjadi penambahbaikan untuk diri ini dan para sahabat sekalian..
Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya Karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (al-Baqaroh : 264 )

watak , cara hidup serta cara muamalat harian dan keikhlasan kita sesama manusia merupakan satu perkara yang amat penting , boleh kita katakan yang semua itu adalah buah yang amat berharga yang ada dalam diri yang seharusnya kita jaga dan pelihara agar terus manis dan ranum .jangan sesekali biarkan dia busuk serta dimakan oleh serangga perosak walaupun sedikit tapi ianya akan mencacatkan.

Begitu juga dengan amal kita.amal seharian kita semuanya jika diniatkan kerana Allah maka semua itu akan diangkat kepada maksud Ibadat.walaupun perbuatan itu cuma sejenis senaman sahaja ,namun kalaulah niat kita untuk sihat dan seterusnya mudah untuk ibadat kepada Allah maka insyallah dapatlah pahala Ibadat tersebut. oleh itu tidak boleh tidak kita hendaklah ikhlas agar kita bebas dari ganguan riya didalam seluruh amal ibadat kita sama ada yang bersangkut paut dengan Allah ataupun muamalat kita dengan yang lain.


apakah yang dimaksudkan dengan Riya'..??
Riya' adalah memperlihatkan amal kebajikan supaya dilihat orang iaitu beramal dengan tidak ikhlas kerana sesuatu perhatian yang lain dari Allah.

Maka Riya' itu terdiri dari 5 bentuk :

1) Orang yang riya' dalam soal tauhid .mereka memperlihatkan imannya yang benar yang dipegang oleh umat islam , padahal i'tiqodnya tidak begitu.orang ini boleh dikatakan sebagai orang Munafiq hakiki .zahirnya beriman tapi pada hakikatnya mereka ini tidak percayakan apa yang wajib dipercayai oleh orang Mukmin.

2) Riya' dalam melaksanakan amal Ibadah.misalnya seorang yang solat yang mana solatnya itu untuk dilihat oleh orang lain.mereka melakukan sedemikian untuk menarik minat orang lain terhadapnya.

3) Riya' dalam mengerjakan amalan Sunnah ,seperti berwirid ,solat sunat semata-mata ingin menunjukkan segala amalan itu kepada orang ramai dan sebagainya.namun sekiranya tidak ada orang yang berada disekitarnya dirinya tidak pernah melakukan.

4) Riya' kerana menyebutkan sesuatu amal kebajikan yang dibuatnya.contohnya mereka menceritakan amalan kebajikan yang dilakukan dihadapan orang lain.

5 ) Orang yang memperlihatkan sikap dan kesungguhannya daam beribadah .ia menzahirkan kekhusyukan , merendahkan suara agar kelihatan alim.ia melahirkan zuhudnya dihadapan orang ramai.riya' semacam ini akan menghilangkan kebaikan amalannya dan akan menghapuskan pahalanya.

menurut islam Riya' ini merupakan satu syirik yang kecil sepertimana sabda Nabi Muhammad yang menyatakan riya' merupakan suatu perbuatan yang mengarah untuk sampai ke musyrik kecil.

Islam tetap keras menentang riya' dalam segala bentuknya.islam juga sekaligus menentang keras semua panyakit rohani yang lain yang timbul dari ketidakikhlasan hati.penyakit-penyakit rohani itu membawa kerosakkan yang kompleks yang mana ianya sukar ditempuh untuk menghindar kan diri dari nafsu yang hina.

No comments:

Post a Comment